5 Kelebihan Aplikasi SemuaPay Berbanding E-Wallet Yang Lain

5 Kelebihan Aplikasi SemuaPay Berbanding E-Wallet Yang Lain | Salam semua, sistem pembayaran tanpa tunai makin lama makin popular sejak kebelakangan ini kan. 



Lebih - lebih lagi sejak bermulanya PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) yang lepas. 

Semua orang takut nak guna wang tunai sebab melibatkan sentuhan. Sis dulu yang suka bayar secara tunai terus pun terasa pentingnya e-Wallet masa tu. 

Senang cerita, nak bayar apapun senang. Sebab tak guna tunai. Lagipun lebih cepat dan jimat masa sebab bayar secara online. 

Kalau korang yang lebih suka bayar tanpa tunai, apa kata guna aplikasi SemuaPay. Sis sendiri pun teruja bila dah teroka dan lihat sendiri apa istimewanya SemuaPay ni. 

Apa Itu SemuaPay ? 

Untuk pengetahuan semua, secara umum SemuaPay bukan lah sekadar aplikasi pembayaran online. Aplikasi ini menawarkan pelbagai servis perkhidmatan secara atas talian. 
SemuaPay adalah satu platform perkhidmatan servis secara online dihasilkan 100% bumiputera Malaysia. 
Aplikasi ini juga menyediakan satu sistem bayaran untuk memudahkan pengguna membuat bayaran seperti bil utiliti, menambah nilai prabayar (topup), belian pin dan lain-lain. 
Selain itu, SemuaPay juga menawarkan platform asas e-kedai secara atas talian kepada semua pengguna.  

SemuaPay juga menyediakan peluang pekerjaan kepada semua pengguna di Malaysia, pengguna akan menerima pelbagai ganjaran berbentuk komisyen dengan hanya menggunakan aplikasi SemuaPay.
Kalau dulu, kita dengar kebanyakan e-Wallet hanya nak bayar bil utiliti dan lain - lain. 

Di SemuaPay, banyak lagi kelebihan lain yang ada. Nanti sis cerita satu - satu. Sebelum itu, jom kita daftar dulu. 

Cara Daftar SemuaPay Sebagai Pengguna 

aplikasi semuapay

Nak daftar SemuaPay ni mudah saja. Isi nama, nombor telefon dan emel korang. Sis pilih pakej keahlian sebagai pengguna dan hanya bayar nilai serendah RM 10 seumur hidup. Menarik tak. 

Tak mahal mana pun lagipun bila dah bayar sebagai pengguna, banyak kelebihan yang ada dalam satu aplikasi SemuaPay ni. 

Kemudian boleh semak emel untuk password. Korang dah boleh log in masuk akaun SemuaPay. Kalau nak tukar kata laluan yang lebih selamat. 

Klik atas profile dan klik atas nama akan keluar untuk tukar kata laluan. 

Lagi satu perkara penting, sebelum nak guna apa - apa servis perkhidmatan yang ada dalam SemuaPay ni, korang kena buat pengesahan identiti terlebih dahulu. 

aplikasi semuapay

Caranya, dengan memuat naik gambar kad pengenalan bersama swafoto ( selfie dengan ID ). Kalau tak buat, dekat bahagian atas ni akan keluar amaran tanda merah sebab tak buat lagi.

Pastikan korang buat ya kalau nak guna ke semua servis perkhidmatan dalam aplikasi SemuaPay ni. 

Cara Tambah Nilai Guna Ekspres FPX 

aplikasi semuapay

Selepas selesai untuk pengesahan identiti, boleh lah korang tambah nilai dalam wallet. 

Nak tambah wallet dalam SemuaPay memang tiada caj yang dikenakan. Sis memang dah biasa buat dengan ekspres ( FPX ). 

Dengan FPX ni cepat sikit, masuk online banking, letak jumlah nilai berapa nak letak. Tak sampai 3 minit dah ada dah duit dalam wallet. 

5 Kelebihan Aplikasi SemuaPay Berbanding E-Wallet Yang Lain 

Seperti yang sis bagi tahu sebelum ni, SemuaPay bukan hanya aplikasi pembayaran online semata - mata. 

Sebaik saja, korang daftar sebagai pengguna, terus boleh guna ke semua servis yang ditawarkan.
 
Ini di antara kelebihan SemuaPay berbanding E-Wallet yang lain. Sekali korang dah tahu semua, memang akan bertambah sayang dengan SemuaPay ni. 

#1. Menyediakan Sistem Pembayaran Online 


Komitmen bulanan memang tak lari dah nak bayar bil utiliti contoh nak bayar bil air, bil elektrik, bil internet. 

Sama juga nak beli top up ( prabayar ) telefon.  Daripada fikir nak bersesak -sesak keluar di jalan raya. Baik bayar bil secara online. 

Di SemuaPay, pengguna boleh mengurus dan bayar semua bil utiliti utama hanya dalam satu platform. Memudahkan kerja korang nak bayar hanya di hujung jari. 

Berita baik juga untuk peminat game online di luar sana, korang juga boleh tambah nilai untuk online game. 

Banyak jugak game online yang SemuaPay sediakan untuk mudahkan korang tambah nilai. Antara game online yang ada seperti Freefire, Gamesberry, Garenashell, Genshin Impact, Razergold, Mobile Legend dan banyak lagi.


Jadi, tunggu apa lagi buat peminat game online, jangan lepaskan peluang untuk tambah nilai di SemuaPay. 

Bukan sekadar hanya tambah nilai, dapat rebat lagi bagi setiap pembelian.

#2. Dapat Bonus Cashback Setiap Kali Bayaran

aplikasi semuapay

Apa yang menariknya di SemuaPay ni , bagi setiap transaksi bayaran yang dah dibuat, pengguna akan menerima cashback hasil dari bayaran. 

Memang tak rugi lah kalau korang nak bayar online. Setiap kali bayaran dibuat terus dapat bonus cashback. Dah boleh kumpul duit dalam akaun. 

Jumlah bonus yang kita dapat, adalah berbeza mengikut jenis produk dan kadar semasa. 

#3. Mempunyai Kedai Online ( e-Kedai ) Sendiri Tanpa Fikir Modal Stok 

aplikasi semuapay

Selain itu, korang juga boleh ada e-kedai sendiri. Sambil bayar bil - bil utiliti online, apa kata buka e-kedai di SemuaPay. 

Cara nak buka e-kedai di SemuaPay ni mudah saja. Ikut langkah - langkah di bawah. 

1. Pastikan e-Wallet ada RM 50.
2. Klik e-Kedai dan klik buka kedai.
3. Masukkan nama kedai di ruangan kosong seterusnya, kemudian klik kemaskini maklumat kedai.
4. Klik langgan dan kemaskini tetapan seperti dalam gambar rajah.
5. Langkah terakhir, boleh mulakan jualan dengan kongsi pautan kedai sendiri. 

Walaupun kena langgan untuk bulanan, pengguna tidak perlu risau tentang stok atau produk jualan kerana aplikasi telah sediakan produk untuk jualan seperti bil, prabayar, permainan, pin dan emas

Semuanya SemuaPay dah uruskan. Korang hanya perlu kongsi link e-kedai untuk jana pendapatan. 

#4. Hanya RM 5 Untuk Mula Tabung Emas 

aplikasi semuapay

Dalam aplikasi SemuaPay juga, korang boleh beli, jual dan simpan emas patuh syariah. Menarik aplikasi ni ada fungsi nak buat simpanan emas. 

Cara nak simpan emas mudah saja. Ikuti langkah - langkah di bawah : 

1. Klik Emas pada halaman utama aplikasi 
2. Klik "Tambah Simpanan"
3. Masukkan jumlah simpanan
4. Klik "Tambah Simpanan"
5. Klik "Pinta TAC". TAC ini akan dihantar ke email berdaftar 
6. Salin TAC dan masukkan di ruang TAC
7. Klik "Pengesahan Tambah Simpanan"
8. Tambah simpanan emas berjaya


Setiap transaksi yang dibuat untuk simpanan emas ini, korang akan menerima cashback. Jadi tunggu apa lagi, jangan tunggu minat nak datang untuk simpan emas. 

Lagi satu cara mudah dan tak perlu keluar poket sendiri pun. Bonus cashback setiap kali buat bayaran bil utiliti semua tu, korang dah boleh simpan emas secara percuma.

Paling penting konsisten dan disiplin untuk menyimpan secara bulanan. 

#5. Buat Duit Online Dengan Menyiapkan Tugasan 

aplikasi semuapay

Kelebihan lain yang sis suka di SemuaPay ni, korang boleh buat task yang ada dalam aplikasi ni. Salah satu cara nak jana pendapatan online

Mudah sangat nak dapat bonus percuma kan. Like, Comment dan Share pun boleh dapat duit. Task macam ni sis suka, sebab tak sangka pulak dalam aplikasi SemuaPay pun ada. 

Caranya, pengguna perlu hanya tekan Viral pada halaman utama aplikasi. 

Kemudian, ikut arahan di dalam tugasan. Selepas buat task, jangan lupa letak URL seperti yang diminta sebagai bukti task dah dibuat. 

Kalau buat hari - hari dah berapa banyak duit yang terkumpul. Cara buat duit online yang mudah hanya perlu kerajinan untuk buat task. 

Hanya Guna Dan Kongsi Dapat Menikmati Pelbagai Ganjaran Di Aplikasi SemuaPay

Tak rugi nak join SemuaPay ni, korang guna sendiri, baru tahu banyak kelebihan yang ada dalam SemuaPay ni. Lebih lagi sekarang ini semua nak ke arah gaya hidup digital. 

Nak tak nak kena belajar juga nak buat transaksi tanpa tunai macam mana. Bukan apa, mudahkan kerja kita nanti. 

Macam berbaloi bayar seumur hidup RM 10 saja pun, pelbagai bonus boleh terima dalam ganjaran tunai. Dalam masa yang sama boleh jana pendapatan pasif  hanya dalam satu aplikasi. 

Kemudian, kita kongsi dengan orang lain untuk sama - sama menikmati pelbagai bonus dan ganjaran yang ada. 

Korang nak join jugak boleh klik SINI ya. 

Untuk maklumat lanjut tentang SemuaPay, boleh layari laman web dan media sosial di bawah : 

Laman Web : www.semuapay.com |  Facebook Page : SemuaPay | Instagram : semuapay



Post a Comment

Previous Post Next Post