Elakkan 9 Kesilapan Ini Semasa Beli Kereta Pertama

Elakkan 9 Kesilapan Ini Semasa Beli Kereta Pertama | Salam semua, proses pembelian kereta bukan satu perkara yang mudah. Banyak faktor - faktor yang perlu diambil kira sebelum mengambil keputusan untuk membeli kereta. 

beli kereta

Lebih - lebih lagi nak beli kereta pertama. Kebanyakannya untuk golongan muda yang baru mula bekerja. 

Samaada nak beli kereta terpakai ataupun kereta baharu, kesemuanya memerlukan komitmen dalam memastikan kereta yang dibeli boleh diguna pakai dalam jangka masa yang panjang. 

Maksudnya kat sini kita mampu nak jaga kereta bukan saja dari segi bayaran bulanan kereta saja. Ya lah mesti nak kereta sentiasa dalam keadaan sempurna nak gerak sana sini.

Perkara terpenting yang kena ingat berbelanja mengikut kemampuan kewangan.

Bukannya berbelanja melebihi kemampuan sehingga akhirnya menanggung dengan beban hutang bulanan yang tinggi dalam tempoh jangka masa yang lama. 

Tips Beli Kereta : 9 Kesilapan Semasa Beli Kereta Pertama 

Kalau ikut situasi dengan keadaan ekonomi negara sekarang, untuk pengetahuan korang, harga kereta di Malaysia dijangka meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah dan juga kelemahan nilai ringgit. 

Tapi apa yang sis dengar dan baca, pengeluar kenderaan di Malaysia belum lagi memutuskan kenaikan harga kenderaan atau terus menyerap semua kos yang perlu ditanggung. 

Sekiranya harga kereta naik pun, sebagai bakal pembeli kereta, kita yang harus bijak dalam pembelian kereta. 

Untuk korang yang nak merancang untuk beli kereta pertama kena ambil tahu tips beli kereta dengan betul. Sentiasa tambah pengetahuan tentang kereta. 

Bila dah ada ilmu kereta dengan betul, banyak perkara yang boleh kita elak terutamanya untuk elak dari menanggung komitmen bulanan yang tinggi. 

Ini di antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh pembeli kereta pertama. Untuk elak kesilapan berlaku lagi, korang boleh baca untuk panduan semasa nak beli kereta pertama. 

beli kereta

1. Lebih Cenderung Untuk Beli Kereta Baharu Daripada Kereta Terpakai

Tidak ramai di kalangan pembeli kereta yang lebih berminat dengan kereta terpakai. Terutamanya buat yang mula baru bekerja. Kalau tanya, rata - rata jawapan yang diberi nak beli kereta baharu. 

Bukan tak boleh beli kereta baharu. Boleh beli tapi ikut dengan kemampuan kewangan. Apa yang sis nak tekankan kat sini, kereta terpakai pun boleh jadi pilihan untuk kereta pertama. 

Walaupun kereta terpakai, jika dilakukan dengan cara yang betul, terdapat banyak pilihan kereta terpakai yang lebih baik dan menjimatkan. 

Lagipun, kereta terpakai dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kereta baharu. Kos penyelenggaraan dan pembaikan kereta terpakai pun lebih rendah. 

Yang penting, pilih kereta yang sesuai dengan kehendak dan keperluan 

2. Tidak Membuat Tinjauan Samaada Secara Fizikal Ataupun Online

Nak beli kereta ni macam kita nak beli rumah. Nak buat keputusan nak beli rumah pun, dah macam - macam tempat pergi nak lihat keseluruhan rumah. 

Begitu lah juga dengan nak beli kereta. Sekiranya tidak membuat tinjauan terlebih dahulu, kemungkinan banyak risiko yang bakal berlaku.

Pertama sekali kena buat pemerhatian secara fizikal ataupun tinjauan di kedai - kedai kereta yang berdekatan. 

Atau dapatkan maklumat secara online. Sekarang ini dah banyak portal jual beli kereta secara online. Kumpulkan maklumat seperti ulasan, pendapat dan pengalaman pengguna. Tidak lupa juga prestasi pengedar kereta yang berkaitan. 

3. Kenalpasti Keperluan Dan Kehendak 

Sebelum membeli kereta pertama, persiapkan diri korang dengan maklumat yang mencukupi. Dengan cara ini dapat membantu untuk membeli kereta mengikut keperluan dan kehendak kita. Bukan kehendak orang lain. 

Lagi satu, nak elak dari penjual kereta yang suka mengambil kesempatan. Sebab itu penting untuk korang melakukan pemerhatian dan tinjauan. 

Bila dah kenal pasti keperluan dan kehendak kita, ia juga dapat membantu kita daripada berbelanja melebihi kemampuan. 

4. Pemilihan Kereta 

Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri terhadap kereta. Tapi, sekiranya tersilap langkah, kos bulanan untuk komitmen kereta mungkin melebihi bajet. 

Sebagai contoh, kereta yang bersaiz kecil mungkin lebih sesuai untuk golongan yang baru mula bekerja kerana kereta jenis ini menjimatkan minyak. 

Nak pandu masuk bandar pun tak risau sebab jimat minyak. Jadi, belilah kereta mengikut kesesuaian. Kalau nak bawa untuk pergi kerja, lebih baik beli kereta yang jimat minyak. 

5. Tidak Menyemak Rekod Penyelenggaraan

Biasanya kalau nak beli kereta terpakai pernah dengar nampak luaran kereta baik tak semestinya "dalaman" kereta pun dalam keadaan elok kan.

Ini yang selalu kesilapan semasa nak beli kereta. Nampak luaran sempurna tapi tidak semestinya kereta tu berkualiti. 

Kalau nak tahu kereta tu baik atau tidak, kena lihat dari rekod penyelenggaraan kereta tersebut. Selain itu, dengan pandu uji kereta juga, boleh kesan sejauh mana situasi kereta. 

Dari rekod penyelenggaraan korang boleh tahu sejarah kereta samaada pernah terlibat dengan kemalangan, kebakaran atau masalah lain seperti ditenggalami air. 

Ada juga yang semak insurans kereta sekiranya ada tuntutan insurans. 

6. Kereta Yang Ingin Dibeli Tidak Dipandu Uji 

Pandu uji kereta yang ingin dibeli adalah sangat penting. Ini adalah untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan yang salah. 

Melalui pandu uji kereta, dapat mengenal pasti kelebihan dan kelemahan dan juga kualiti kereta tersebut. 

Jika ada dua atau lebih model pilihan korang, cuba pandu uji untuk melihat sejauh mana kualiti pemanduan dan juga bunyi dalam kereta.
 

7. Tidak Mempertimbangkan Tentang Kos Keseluruhan Kereta

Memang tidak dinafikan memiliki sebuah kereta memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Jangan nilai kereta pada harga saja. 

Kos perbelanjaan seperti kadar faedah, tempoh pinjaman, cukai jualan dan sebagainya memang perlu diambil kira. 

Kalau tidak teliti dalam perbelanjaan bajet untuk kereta, korang mungkin terikat dengan tempoh pinjaman yang lebih panjang. 

Dalam masa yang sama, korang akan terikat dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Kalau tak nak pening kepala korang boleh buat kira - kira dulu kos perbelanjaan keseluruhan kereta guna pengiraan loan kereta

Sekurang - kurangnya, ia dapat membantu korang dalam mendapatkan gambaran sebenar kos yang perlu ditanggung. 

Ingat ya, kos - kos lain seperti harga insurans kereta, cukai jalan, penyelenggaraan kereta dan lain - lain kena pertimbangkan juga. 

8. Suka Memilih Tempoh Pembiayaan Yang Lebih Panjang 

Rata - rata ramai pembeli kereta pertama ni mudah tertarik dengan tawaran kadar ansuran bulanan yang rendah, tempoh pinjaman yang lebih panjang dan juga tanpa bayaran pendahuluan terlebih dahulu. 

Tapi tahu tak, ke semua tawaran ini boleh menyebabkan pembeli kereta terikat dengan kadar faedah yang lebih tinggi. 

Walaupun jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar adalah rendah, dalam masa yang sama kena fikir juga dengan peningkatan kos keseluruhan yang dibayar. 

9. Kekeliruan Dalam Memahami Kontrak Pinjaman Kereta 

Bila dah buat keputusan untuk membeli kereta, ramai yang terlepas pandang tentang kontrak pinjaman kereta. Proses pembelian kereta juga mempunyai dokumen atau kontrak yang perlu ditandatangani.

Baca dan fahamkan kontrak dan segala terma dan syarat untuk mengelakkan dari tertipu. 
Sekiranya tidak berhati - hati, kemungkinan banyak lagi kos tambahan yang perlu ditanggung. 

Samaada korang nak beli kereta second hand murah atau kereta baru, pastikan elakkan dari 9 kesilapan ini. 

Jika mengamalkan tips beli kereta dengan langkah yang betul, proses nak beli kereta pertama akan jadi lebih mudah .

Lagi bagus kalau korang bawa kawan atau sesiapa yang pernah ada pengalaman beli kereta pertama. Sekurang - kurangnya dapat elak dari kesilapan semasa proses membeli kereta. 

beli kereta

Yang penting, beli kereta ikut kemampuan kita dengan mengambil kira ke semua perbelanjaan kita yang lain seperti tempat tinggal, makanan, simpanan dan keperluan yang lain. 

Diharapkan panduan beli kereta ini dapat membantu korang ya. 

Dah cerita pasal tips beli kereta, kalau korang minat main game online kereta, korang boleh main sini. Percuma saja dan tak ada iklan pun. 

Banyak jugak koleksi games yang ada. Sis asyik main car lightning speed. Macam seronok jer. Ajak anak - anak main sama. 




Post a Comment

Previous Post Next Post