Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Rendah

Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Rendah | Salam semua, impian untuk memiliki rumah sendiri adalah satu peluang yang semua orang tak nak lepaskan. Lebih lagi bila semangat untuk mempunyai rumah pertama dalam hidup.

beli rumah

Bagi yang dah berkahwin dan berkeluarga impian nak ada rumah sendiri tu semakin tebal dalam diri. Buat yang bergaji rendah atau tiada pendapatan tetap, ini merupakan halangan buat mereka dari segi pembiayaan pinjaman

Nak beli rumah tapi gaji rendah. Boleh ke nak buat loan rumah. Ini selalunya dilema bagi individu yang mempunyai gaji rendah. Risau takut tak dapat nak buat pinjaman untuk rumah. 

Faham sangat nak dapatkan pembiayaan pinjaman perumahan ni bukan mudah sebenarnya. Lebih lagi yang gaji rendah dan tiada pendapatan tetap. 

Salah satu faktor utama kenapa permohonan pembiayaan perumahan ditolak adalah disebabkan pemohon tidak mencapai kriteria, mempunyai dokumen yang tidak lengkap dan juga sejarah kredit yang agak teruk. 

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad ( SJKP ) 

Sejak kebelakangan ni, sis banyak dengar berita usaha kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Terutamanya untuk membeli rumah pertama. 

Ramai golongan yang gaji rendah tidak mampu untuk memiliki rumah disebabkan status pekerjaan dan juga masalah kewangan. 

Penubuhan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad oleh kerajaan adalah untuk menjamin kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh pihak bank. 

Bagi yang tak tahu, skim ini bertujuan untuk membantu pembeli untuk membeli rumah pertama. Keutamaan diberikan kepada golongan berpendapatan tidak tetap seperti : 

1. Pekerja yang terlibat dalam ekonomi gigs dan bebas
2. Pemilik perniagaan dan peniaga 
3. Usahawan kecil

6 Bank Utama Yang Terlibat 

Untuk pengetahuan semua, ada 6 bank utama yang terlibat dalam program ini. Bank - Bank tersebut adalah : 

1. Agro Bank
2. Bank Islam
3. Bank Muamalat
4. Bank Rakyat
5. BSN
6. RHB

Ada lagi institusi - institusi kewangan lain yang terlibat. Boleh rujuk di laman web SJKP. 

Sekiranya layak, jumlah pembiayaan yang diberikan dalam pembiayaan ini adalah sehingga RM 400,000. Ini adalah termasuk : 

1. Amaun Pembiayaan Prinsipal
2. Jaminan Tempoh Pengurangan gadai janji ( MRTA )
3. Takaful Bertempoh gadai janji berkurangan ( MRTT ) 
4. Takaful pemilik rumah jangka panjang ( LTHO )
5. Yuran peguam cara 
6. Yuran penilaian


beli rumah

Syarat Kelayakan Permohonan Pembiayaan

Walaupun pembiayaan pinjaman dibolehkan sehingga RM 400,000, skim di bawah program ini ada syarat kelayakannya. 

Syarat - syarat kelayakan tersebut adalah : 

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Pinjaman 2 generasi dibenarkan.

2. Bagi pembelian rumah kediaman baru pertama, rumah sedia ada (sub-sale), atau rumah lelong yang akan diduduki oleh pemilik.

3. Jumlah bayaran balik semua pembiayaan oleh pemohon tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan mereka.

4. Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) tunggakan tidak melebihi dua bulan dalam tempoh 12 bulan*.

5. Tiada rekod kredit buruk lain dalam tempoh 24 bulan yang lalu.

Semua orang mempunyai impian untuk beli rumah pertama. Dengan adanya Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, ia dapat meringankan  beban ramai golongan yang bergaji kecil untuk membeli rumah pertama mereka. 

Sama ada peniaga kecil, peniaga online, pemandu e-hailing dan lain - lain pekerjaan boleh memohon untuk membeli rumah pertama sehingga RM 400,000. 

Jadi Kaya Dengan Hartanah 

Sekarang, ramai nak beli rumah sebab nak buat aset. Bercakap pasal hartanah ni, kalau tak cukup ilmu pelaburan hartanah, tersilap langkah memang akan merugikan diri sendiri. 

Macam - macam kisah yang sis dah pernah dengar pasal nak beli rumah ni. Ia bukan sesuatu yang mudah nak ambil keputusan ya kalau harga rumah dalam beratus - ratus ribu ni. 

Banyak perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum nak beli rumah

Korang nak tahu lanjut info pasal pelaburan hartanah ni, boleh klik gambar di bawah. Sebelum membeli rumah kena tahu dengan lebih details tentang hartanah. 

Harap ini dapat membantu untuk tips beli rumah pertama korang. 


                   

Memang menarik ilmu dan pengalaman yang dikongsi oleh penulis sendiri. Golongan muda ni ramai target yang nak beli rumah, tapi jangan sampai terciduk. 

Baca Juga : 

Post a Comment

Previous Post Next Post