Cara Buat Duit Online Dalam USD Dengan Intellifluence | Salam semua, buat duit online ni memang dah lama sejak dulu - dulu pun dah ada, cuma makin naik tahun, makin bertambah cara buat duit seiring dengan gaya hidup sekarang ni lebih ke arah digital.
Lebih lagi sekarang ni, buat kerja pun boleh buat dari rumah.
Ramai yang beralih untuk cari duit sampingan dengan jana pendapatan secara digital.
Sama ada nak jana income dalam ringgit ataupun USD.
Semuanya di hujung jari. Ini berita baik untuk korang yang berstatus influencer ataupun blogger, sis nak kongsikan apps buat duit.
Siap tugasan korang dibayar dalam USD. Best tak ?
Apa Itu Intellifluence ?
Ikutkan sis ni banyak jugak join aplikasi yang boleh buat duit online ni.
Cuma kat sini nak kongsikan dekat korang platform yang sis sendiri pun dah dapat bayaran dalam USD.
Yang istimewanya platform ini klien dari luar negara.
Mula - mula dengar Intellifluence, macam ragu - ragu jugak dalam fikiran ni betul ke "legit".
Bila buat sendiri dan siapkan tugasan yang diberi, memang bayaran dibayar selepas 15 hari kita hantar tugasan. Jadi, bukan scam la ya.
Sis mula join tahun lepas, baru nak tulis kat sini nak ajak korang pun join sama. Masa mula - mula tu platform ni tak ada lagi app.
Selepas beberapa bulan join kalau tak silap, baru team intellifluence umum untuk aplikasi dah boleh download di playstore.
Lagi senang sebenarnya bila buka dekat aplikasi ni. Sis apa lagi terus download senang sikit nak pantau tengok.
Ok, jadi sebenarnya apa itu intellifluence ?. Untuk pengetahuan korang, Intellifluence adalah satu platform di mana influencer ataupun blogger dikumpul di seluruh negara.
Salah satu tujuan utama platform ini adalah untuk mengiklankan produk - produk klien dengan cara postkan tugasan yang berkaitan di media sosial ataupun di blog masing - masing.
Kalau korang influencer sama ada korang kena buat video, ataupun pos gambar di media sosial.
Jika blogger pula, tugasannya kena menulis di blog untuk tugasan klien.
Tapi sekarang blogger pun dah jadi influencer.
Kekuatan yang korang kena ada adalah jumlah follower di media sosial masing - masing.
Sis sendiri pun, hampir semua sosial media. Tapi kekuatan sis tak ada sangat kat media sosial ni. Ada blog pun dah cukup.
Siapa cakap jadi blogger pun tak boleh buat duit.
Rajin menulis, buat lah satu blog. Korang pun dah boleh jadi blogger.
Ok dah jelas kan apa itu intellifluence.
Cara Daftar Intellifluence
Sebelum nak kena buat tugasan, mesti lah korang kena daftar dulu. Intellifluence ni memang ada aplikasi, tapi kalau nak senang, daftar dulu buka guna dekstop. Senang luas biji mata sikit.
Bukan apa, banyak kerja sikit nak buat lepas daftar nanti. Mana - mana yang bergelar influencer ada media sosial seperti twitter, instagram, tiktok, blog, facebook dan lain - lain.
Untuk daftarnya senang jer.
1. Pegi ke laman web intellifluence.
2. Klik login dan nampak paparan macam tu dan klik bahagian bawah nampak tulisan influencer.
3. Kemudian, korang klik register as an influencer.
4. Seterusnya, korang isi ke semua details yang diminta.
5. Ok dah siap isi, nanti korang dah boleh mohon job apa yang ada di intellifluence.
Paling penting kat sini, korang kena lebih masa sikit untuk cerita yang best- best dekat profile.
Pengalaman korang sebagai influencer dan blogger, sebab kat sini bakal - bakal klien akan tengok dan nilai sebelum diberi tugasan.
Cara Nak Hantar "Pitch" Untuk Tugasan
Jadi, macam mana cara nak buat duit online mudah USD ni. Untuk job - job yang ada korang boleh tengok dekat marketplace.
Kat sinilah senarai - senarai job yang ada yang berkaitan dengan profile korang. Ia bergantung juga dengan apa yang korang pilih untuk ruangan specialties.
Biasanya, sis banyak dapat job untuk menulis di blog. Paling mahal setakat ni klien bayar dalam USD100. Itu sepanjang sis perhati kalau job menulis kat blog ni mesti dalam USD 100.
Setakat ini sis dah siapkan 8 tugasan dekat intellifluence ni.
Walaupun banyak sebenarnya job sebelum ni sis mohon, ada juga yang tak dapat.
Disebabkan buat masa sekarang, job tak ada sangat di marketplace, ada satu jer. Boleh la sis buat contoh. Korang klik dekat apply seperti gambar di bawah.
Dan situ, korang kena taip sikit proposal korang untuk klien apa yang korang boleh buat.
Di bawah ni contoh cara sis tulis proposal untuk klien. Tapi yang ni tugasan yang dah lama siap.
Lepas hantar pitch, korang hanya tunggu emel jika klien terima pitch korang.
Di situ lah bermula klien hantar apa tugasan yang perlu dibuat.
Bayaran DiBuat Melalui Paypal
Lepas siap postkan di blog dan hantar link untuk semakan klien di intellifluence.
Nanti korang kena tunggu klien untuk semak dulu posting di blog.
Bila klien dah mesej semakan dah dibuat, bayaran akan dibuat di intellifluence.
Bercakap tentang bayaran ni, duit akan masuk paypal selepas 15 hari bekerja. Memang prosedur dia dah.
Di intellifluence pun, duit boleh dikeluarkan selepas cukup USD25 dah boleh cashout.
Memang kena tunggu la sikit. Bila buat job yang libatkan klien dari luar negara ni, memang korang kena siap - siap ada akaun paypal untuk mudahkan urusan pemindahan duit di bank dalam negara nanti.
Kalau korang tanya sekali lagi duit masuk ke tak, sekali lagi sis tekankan memang platform ni legit ya, duit memang masuk lepas korang siapkan task.
Banyak Ke Job Yang Ada Di Intellifluence ?
Intellifluence ni salah satu platform cara buat duit dari rumah. Walaupun korang dengar duit yang dibayar dalam USD, nak kata lubuk duit untuk blogger tu tak jugak.
Job pun kadang - kadang ada, tapi boleh lah korang buat duit sampingan untuk tambah duit poket.
Itulah saja perkongsian sis tentang intellifluence ni, jadi, apa tunggu lagi. korang daftar siap - siap. Sis pun dah bagi link untuk daftar tu di atas.
Tercari - cari aplikasi buat duit, nanti korang dowload aplikasi intellifluence ni.
Baca Juga :
Oh pembayaran melalui PayPal . Sy tak ada akaun tu
ReplyDeletePost a Comment