Berita Forex – Bolehkah Berita Mempengaruhi Dagangan Mata Wang Asing?

Berita Forex – Bolehkah Berita Mempengaruhi Dagangan Mata Wang Asing? | Ramai yang masih belum meneroka keseluruhan ciri yang ada pada platform dagangan yang mereka gunakan. 

Banyak fitur tersembunyi yang boleh anda gunakan untuk menambahbaik strategi dagangan serta perbaiki kualiti transaksi yang anda sempurnakan, semuanya untuk mengunjur jauh lagi kadar pulangan anda.

Forex
Sumber : unsplash.com

Pengetik berita forex adalah antara ciri yang hilang di sebalik pencartaan, kelengkapan dan fitur canggih lain. 

Tetapi ramai yang tidak sedar yang pendetik ini berpotensi memberikan anda begitu banyak kebaikan, terutamanya dari segi penstrategian dan menguruskan dagangan forex anda. 

Mahu tahu bagaimana? Teruskanlah membaca sehingga penghujung penulisan ini!

Mengapa pendetik berita forex begitu berharga?

Forex
Sumber : unsplash.com

Dengan adanya pengetik berita tersedia di hampir setiap platform dagangan kini, anda tidak perlu lagi mencari sumber berita yang sahih dan terpercaya. 

Sebaliknya, fungsi pendetik ini akan memberikan anda akses kepada semua perkembangan terkini dunia, baik yang boleh mempengaruhi pasaran dagangan mahupun berita semasa lain.

Strim berita berterusan ini akan membantu anda mengenal pasti kalanya anda perlu melakukan perubahan drastik atau tidak kepada segala aktiviti dalam portfolio anda. 

Berita dan perkembangan semasa negara-negara besar juga boleh digunakan untuk mengunjur pergerakan masa depan pasaran. Ini akan memudahkan anda mengatur strategi dagangan seterusnya.

Topik berita mana yang perlu diberikan perhatian?

Forex
Sumber : pexels.com

Pendetik berita akan menyajikan semua berita terkini yang penting dan menjadi bualan ramai, terutamanya dalam industri finansial. 

Tetapi yang manakah artikel berita forex penting yang perlu diberi perhatian lebih? Mari dalami.

1. Kadar Pengangguran

Perubahan dalam kadar pengangguran mana-mana negara akan memberi kesan negatif terhadap matawang tempatan mereka. 

Ini kerana lebih banyaknya penganggur, semakin kuranglah kadar peredaran matawang itu secara lokal.

Situasi seperti ini berpotensi mengurangkan penggunaan dan penghasilan satu-satu matawang seterusnya menurunkan nilai pasarannya.

2. Kadar GDP

GDP, atau “gross domestic product” adalah tanda ukur pertumbuhan sesebuah negara. Dengan mengawasi nilai utama ini, anda boleh meneka susur-galur pasangan matawang anda buat dagangan masa depan. 

Kebiasaannya, negara yang tinggi ukur GDPnya akan melihat pertumbuhan nilai matawang yang cepat dan stabil.

3. Nilai CPI

Nilai CPI, atau “consumer price index” adalah kajian inflasi yang dibuat bagi setiap negara berpaksikan julat masa yang tertentu. 

Dengan berdasarkan harga barangan dan servis tempatan, para finansialis boleh mengagak kebolehan berbelanja rakyat jelata. 

Semakin kurangnya nilai ini, semakin rendahlah nilai matawang negara tersebut di pasaran dagangan dunia.

Apa yang perlu saya buat jika platform dagangan tidak mempunyai pengetik berita?

Forex
Sumber : pixabay.com

Sekiranya platform dagangan anda belum mempunyai ciri ini, anda boleh sahaja membaca berita terkini dari pusat-pusat berita online. 

Antara yang diiktiraf dan mengamalkan pemberitaan sahih dan berkualiti termasuklah Bernama, Bloomberg, CNNMoney, DailyFX, Reuters, FX Street, dan beberapa lagi laman berita dalam talian.

Jika anda menggunakan cara manual ini, pastikan mana-mana artikel berita yang bakal anda gunakan dalam perkiraan strategi dagangan anda ini mempunyai sumber data yang betul dan tepat. 

Akan lebih baik jika anda boleh mengesahkan laporan berita tersebut menerusi informasi dari agensi berita yang bereputasi.

Ataupun, anda boleh sahaja berpindah ke platform forex yang sedia mempunyai fungsi pendetik berita ini. 

Sistem MetaTrader 4 dan 5 mempunyai fungsi ini dan membolehkan anda terus membaca berita terkini daripada sumber-sumber utama dan terpercaya dunia!

Beri perhatian khusus kepada berita forex!

Forex
Sumber: freepik.com

Berita forex sangat penting dalam urusan dagangan, terutamanya dari segi mengatur strategi forex terbaru anda. 

Ianya juga dapat memberikan anda gambaran menyeluruh tentang keadaan semasa dari segi finansial dan sosial serta membantu anda memahami apa yang berlaku di setiap pelosok dunia dan bagaimana ia boleh mempengaruhi matawang tempatan. 

Jadi jangan lagi abaikan pengetik berita anda!


Post a Comment

Previous Post Next Post