Cara Mudah Hafal Sifir 6, 7, 8 Dan 9 Guna Jari

Cara Mudah Hafal Sifir 6, 7, 8 Dan 9 Guna Jari | Salam semua, penguasaan sifir di kalangan murid - murid di sekolah tidak dinafikan ada lagi yang masih lemah. 

Ya lah subjek matematik, ada yang suka ada yang tak. Mungkin dalam fikiran mereka matematik itu susah.

Sis sendiri pun zaman sekolah dulu akui lemah jugak bila nak hafal sifir ni. 

Cikgu tanya sikit mula lah mulut terkumat kamit. Bila ingat memori zaman sekolah rendah ni terasa rindu pulak. 

Sifir ni benda asas yang kena kuasai dalam subjek matematik. Ada setengah murid dia anggap sifir ni macam susah nak hafal sedangkan kalau kena dengan teknik yang betul. Senang nak ingat sifir ni. 

Lebih lagi, penguasaan sifir ni kena lah belajar untuk murid sekolah darjah 1 hingga 6. 

Lagi satu, teknik hafal sifir ni ikutkan sekarang dah macam cara cikgu ajar di sekolah. 

Cikgu pun dah cuba pelbagai kaedah nak ajar anak murid bagi mudah faham dan senang nak ingat sifir. 

Biasa korang kat sekolah dulu cikgu ajar kaedah yang macam mana. Zaman sekolah sis dulu, mesti ingat yang cikgu matematik ajar teknik hafal sifir guna jari. 

Teknik Hafal Sifir Guna Jari 

Sifir guna jari, teknik yang tak payah guna pen dan kertas. Bila sebut tak payah guna pen dan kertas terasa mudah kan. 

Sis pun tak berapa ingat dah, Tengok video di Youtube ada seorang cikgu ni ajar baru nampak balik dan mudah faham. 

Pada peringkat awal nak belajar darab ni memang perlu tunjuk sekali dengan teknik, supaya murid pun tak berasa bosan kan. 

Walaupun kaedah hafal tu perlu jugak.

Tapi di dalam kelas cikgu pun kena lah kreatif nak menarik minat murid - murid untuk lebih suka dengan subjek matematik. 

Untuk ibu bapa sendiri pun boleh belajar sama nak kuasai sifir dengan mudah. Senang nak ajar anak nanti. 

Hafal Sifir 2,3 dan 4

Untuk menggunakan teknik hafal sifir guna jari ni, kena pastikan yang anak - anak sudah boleh menghafal sifir 2, 3 dan 4. 

Sifir 2 ni sifir paling mudah dan rasanya tak adalah menjadi masalah bila dah ingat betul - betul. Sebab ia jumlah gandaan yang mudah. 

Sifir 3 dan 4 mungkin agak susah sikit, tapi masih lagi melibatkan nombor - nombor yang kecil. 

Bila dah boleh hafal sifir tersebut dengan ada sekali kemahiran asas untuk menambah, dah boleh mula untuk ajar hafal sifir  guna jari. 

Sekurang - kurangnya dengan teknik ini, ia dapat membantu untuk menguasai sifir 6, 7, 8 dan 9 dengan mudah. 

Untuk hafal sifir 2,3 dan 4 tu. Kena hafal yang ini seperti di bawah : 

2 x 2 = 4 
2 x 3 = 6 
2 x 4 = 8
3 x 3 = 6
3 x 4 = 12
4 x 4 = 16

6 sahaja sifir yang kita perlu hafal untuk sifir 2, 3 dan 4 untuk guna sifir di jari ni bukan semua ya. 

Cara Mudah Hafal Sifir 6, 7, 8 Dan 9 Guna Jari 

Bila dah kuasai sifir 2,3 dan 4, boleh ke langkah seterusnya untuk hafal sifir guna jari. 

Cara hafal sifir guna jari ni bukan saja boleh diguna pakai untuk murid di sekolah jer. 

Kita yang dewasa ni pun rasanya kalau nak guna pun boleh bagi kerja - kerja yang melibatkan pengiraan ni kan. 

Jom kita mula. 

Guna Jari Untuk Mewakili Sifir 6,7,8 Dan 9

Pertama sekali, kita guna jari untuk mewakili sifir 6,7,8 dan 9. Tunjuk gambar tangan nampak sikit. 

Kedua - dua tangan sama ya tangan kanan dan tangan kiri. 

Setiap jari mewakili nombor seperti di bawah. Kita kena ingat nombor -nombor yang mewakili setiap jari. 

hafal sifir

Contoh 1 

Sebagai contoh nak tahu jawapan 7 x 9. 

Langkah 1 

Mula - mula sekali , tutup jari semua untuk mewakili sifir yang nak dikira. Untuk 7 x  9 ni, buka 2 jari untuk mewakili nombor 7 di tangan kiri. 

hafal sifir

Manakala buka 4 jari untuk mewakili nombor 9 di tangan kanan. 

Langkah 2 

Tengok jari yang tertutup,tangan kiri ada 3 jari tertutup. Tangan kanan ada 1 jari tertutup. 

Kemudian, untuk jari yang tertutup ni, kita darab 3 x 1 = 3 

hafal sifir

Langkah 3 

Tengok jari yang terbuka, tangan kiri ada 2 jari terbuka. Tangan kanan pula ada 4 jari terbuka.

Kemudian, untuk jari yang terbuka ini, kita tambah 4 + 2 = 6. 

hafal sifir

Kita jadikan 6 ini tambah kosong di belakang, maka jadilah 60 

Langkah 4 

Untuk jawapan 7 x 9 ini adalah dengan buat penambahan 

60 + 3 = 63 

Ok, dah dapat jawapan untuk 7 x 9 = 63

Untuk pengiraan sifir yang lain pun sama juga ya. 

Tips Penting Dalam Hafal Sifir Guna Jari 

Ini tips penting untuk teknik hafal sifir guna jari ni. 

Jari terbuka ditambah sebagai nilai puluh. Manakala jari tertutup didarab. Sebab itu penting untuk hafal 6 sifir yang penting macam sis sebut di atas. 

Hafal yang itu, automatik terus dapat. Ok faham. Bagi sis, mudah faham sikit teknik ni. 

Belajar Matematik Sambil Bermain Di Calculators.org

game online

Pembelajaran subjek matematik di kalangan kanak - kanak, sebagai ibu bapa kita pun kena ambil berat dan kreatif jugak. 

Tak nak bagi anak - anak ketinggalan jauh di belakang. Maklumlah, peringkat awal kanak - kanak, mereka suka belajar sambil main. 

Sis nak kongsi free game online yang melibatkan pengiraan di calculators.org. Game ni tak payah download ya, buka laman web boleh terus main. 

Permainan yang melibatkan sifir ni pun ada jugak. Boleh cuba untuk anak - anak main. Nak asah kemahiran sejauh mana tahap mereka ingat sifir. 

1. Table Under Pressure 

hafal sifir

Bukan mudah jugak main Table Under Pressure ni, rasanya memang kena ingat hafal dah sifir semua baru boleh jawab. 

Sebab game ni memerlukan kepantasan untuk berfikir dan terus klik nombor. 

Kalau tak cepat, makin dekat bomb tu, tak bagi tahu lagi jawapan, memang meletop. 

Kiranya game ni memang ada masa yang terhad. 

2. Multiplication Tables 

hafal sifir

Game multiplication tables ni nak kata senang tu tak jugak. Game ni kena jawab dengan betul jawapan yang dia bagi. 

Jawapan dah bagi, kita cuma klik dan letak kat tempat yang betul.

Nak senang, jawab ikut turutan. Yang ni pun boleh asah kemahiran untuk menghafal sifir. 

Banyak lagi games menarik untuk kanak - kanak. Boleh pergi tengok - tengok kat laman web calculators.org tu ya. 

Yang games zaman kanak - kanak dulu pun ada kat sini. 





1 Comments

  1. Oh, senang je nak guna jari kira sifir kak..baru tau ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post