Menu Berpantang 44 Hari Untuk Ibu Bersalin Versi Mudah

Menu Berpantang 44 Hari Untuk Ibu Bersalin Versi Mudah | Salam semua, untuk ibu - ibu, tempoh berpantang selepas bersalin adalah masa untuk badan melalui proses pemulihan. Bila dalam tempoh berpantang ni, makanan dan minuman kena jaga. 

Lauk pantang ni kadang - kadang gantung atas badan masing - masing boleh terima atau tidak. 

Tapi sebaiknya elakkan makan sekiranya makanan tersebut tak sesuai untuk badan dalam tempoh berpantang.

Selepas melahirkan anak ni keadaan dalaman badan ibu pun lemah. 

Si ibu kena banyak berehat selain makan makanan yang sesuai untuk membantu pemulihan dan memberi tenaga dalam badan. 

Panduan Untuk Ibu Pantang Bersalin

Untuk makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng.

Jenis Masakan Yang Dicadangkan

1. Sup
2. Bakar
3. Rebus

Jenis Minuman Yang Dicadangkan 
  1. Jus oren manis - bagus untuk luka
  2. Air milo panas
  3. Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
  4. Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
  5. Air rebusan kunyit
Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal. 

Untuk ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun.

Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana. 

Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber. 

Kerapkan minum air, minum air tidak menyebabkan miss v kita basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. 

Tapi kalau ibu kurang minum air, nanti akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas.

Bagi ibu bersalin secara pembedahan elakkan pengambilan ikan haruan 3 minggu pertama pantang.

Bagi mengelakkan luka bercantum mengejut. Amalkan buah sunkist manis sudah mencukupi.

Sebelum cuba menu yang baru. Cuba dahulu. 

Kalau badan tak tolak, tak ada gatal-gatal dan sebagainya. 

Boleh teruskan. Sebab badan kita tak sama. Ada yang sesuai ada yang tidak.

*Tips dan resepi boleh diubahsuai mengikut kesesuain masing-masing. 

Dicadangkan penggunaan minyak zaitun untuk gantikan minyak masak biasa.

Kredit: Faezah Ismail MAHN

Resepi Makanan Pantang Untuk Ibu Bersalin 

Selalunya, memang buntu nak masak lauk orang pantang ni. Ini adalah 20 resepi menu berpantang versi mudah dan sedap untuk ibu - ibu pantang bersalin. 

Lauk berpantang ni memang biasanya pun ringkas jer tapi sedap. 

Bab ikan ni tak semua badan boleh terima. Kalau boleh makan ikan tenggiri dan ikan siakap makan je la yang tu. 

Nanti makan ikan yang tak sesuai dengan badan, risau, simptom yang lain pulak datang. 

1. Resepi Ikan Tenggiri Lada Hitam Kukus 

Menu berpantang

Bahan - Bahan 
3-4 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa

Cara - Cara 
1. Bersih isi ikan , mayang semua bawang , halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai . 
2. Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan. 
3. Masukkan sos tiram , garam dan serbuk lada hitam .
4. Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak 

Nota : 
* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan mengeluarkan jus.

2. Resepi Sup Ikan Merah 

Menu berpantang

Bahan - Bahan
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Sup bunjut ikan Adabi

Cara - Cara
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3.  Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. 
4. Taburkan daun sup dan bawang goreng. 
5. Tutup api dan sedia dihidangkan

3. Resepi Ayam Panggang Selera Pantang 

menu berpantang

Bahan - Bahan
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan - Bahan Kisar
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara - Cara
1. Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
2. Panggang sehingga masak.
3. Panaskan sedikit minyak.
4. Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
5. Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.

Nota :
Resepi ini membantu memecahkan angin dalam badan dan meningkatkan selera makan

4. Resepi Singgang Ikan Tenggiri 

menu berpantang

Bahan - Bahan 
Ikan tenggiri 3 keping besar
3 ulas bawang putih - dimayang
7 ulas cili api
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa

Cara - Cara 
1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masakkan hingga kuah mendidih.
4. Sedia untuk dihidang. 
5. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas.

5. Resepi Sup Ayam / Daging Berempah 

menu berpantang

Bahan - Bahan
2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar
Sedikit lobak merah didadu
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air 
Garam
Sup bunjut Adabi

Cara - Cara
1. Didihkan air di dalam periuk bersama sup bunjut adabi.
2.  Masukkan halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah. 
3. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. 
4. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. 
5. Biarkan air mendidih.
6.  Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. 
7. Perasakan dengan lada hitam dan garam. 
8. Masukkan daun sup dan daun bawang. 
9. Biarkan merenih seketika dan hidangkan

6. Resepi Sup Lobak Putih 

menu berpantang

Bahan - Bahan 
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

Cara - Cara 
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia.
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Nota : 
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.

7. Resepi Ayam Kukus Cendawan Hitam 

menu berpantang

Bahan - Bahan 
2 ketul dada ayam
3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong nipis)
1/2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa

Bahan - Bahan Ditumbuk A 
20gm halia
4 ulas bawang putih

Bahan - Bahan Ditumbuk B 
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara - Cara 
1) Lumurkan ayam dengan halia,bawang putih dan garam.
2) Perap selama 30 minit.
3) Kukus ayam sehingga masak.
4) Tuangkan cuka, masukkan cendawan hitam dan bahan tumbuk B.
5) Kukus lagi selama 5 minit

8. Resepi Ikan Panggang Halia Muda 

menu berpantang

Bahan A 
2 ketul ikan tenggiri
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan B ( Dihiris )
30gm halia muda
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara - Cara 
1) Lumurkan bahan A pada ikan.
2) Perapkan selama 30 minit.
3) Panggang ikan hingga masak.
4) Panaskan sedikit minyak.
5) Tumis bahan B hingga naik bau.
6) Angkat dan taburkan di atas ikan panggang.

9. Resepi Sup Kurma Merah 

menu berpantang

Bahan - Bahan 
500ml air
100gm dada ayam (dipotong kiub)
50gm ikan bilis
20gm kacang hitam
20gm kurma merah
Garam secukup rasa

Bahan - Bahan Dihiris Halus 
10gm halia
10gm bawang putih

Cara - Cara 
1. Panaskan air dan masukkan bahan-bahan yang dihiris halus.
2. Rebus kesemua bahan hingga mendidih.
3. Tunggu sehingga ayam empuk sebelum dihidangkan.

Nota : 
Resepi ini masakan orang cina.Gabungan kacang hitam dan kurma merah membekalkan mineral untuk memperbaiki struktur kulit daripada luka dan parut.

Baik untuk buah pinggang dan sistem paru-paru

10. Resepi Ikan Siakap Bakar 

menu berpantang

Bahan - Bahan 
Seekor ikan siakap
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk) atau sesudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara - Cara 
1. Bersihkan ikan siakap.
2. Perapkan dengan semua bahan selama setengah jam.
3. Panggang sehingga masak.
4. Ikan siakap boleh digantikan dengan ayam atau daging.

11. Resepi Ayam Masak Halia 

Bahan - Bahan 
Isi ayam dipotong
Halia dimayang 
Rencah lada hitam bergaram 

Cara - Cara 
1. Masukkan semua bahan dengan sedikit air.
2. Rebuskan hingga ayam masak dan kuah pekat dan kering. 

12. Resepi Ikan Merah Stim Halia 

Bahan - Bahan 
Ikan merah 
Bawang merah dan bawang putih 
Hirisan halia 
Garam 

Cara - Cara 
1. Letak ke semua bahan dalam pengukus. 
2. Kukus hingga masak 
3. Siap dihidang 

13. Resepi Ayam Percik Chinese Style 

Bahan - Bahan 
1 ekor ayam 
Daun salam dan daun kunyit 

Bahan - Bahan A
Bunga lawang 
Bunga cengkih 
Kulit kayu manis 
Jintan manis 
Lada hitam 
Serai dan halia
Gula melaka dicincang halus 
Lemon diperah
Santan 
Garam 
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus 
Cili padi ( optional ) 

Cara - Cara 
1. Masukkan daun salam dan daun kunyit ke dalam ayam.
2. Panggang atau goreng dalam minyak penuh.
3. Tumis bawang merah dan putih.
4. Masukkan bahan - bahan A, perahan lemon, gula melaka dan garam.
5. Masukkan santan cair, biarkan mendidih di atas api perlahan.
6. Bila dah pekat masukkan santan pekat. 
7. Kuah dah pekat, boleh siram ke atas ayam panggang. 

14. Resepi Ikan Cencaru Bakar Berempah 

Bahan Bahan 
1 ekor ikan cencaru
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
½ inci halia
½ inci kunyit
2 sudu besar serbuk kari

Cara - Cara 
1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit.
2. Campurkan kesemua bahan yang ditumbuk bersama serbuk kari dan lumurkan pada ikan.
3. Bakar ikan sehingga masak.

15. Resepi Serunding Halia 

Bahan - Bahan 
Halia
Lada hitam ditumbuk halus
Ikan bilis segenggam digoreng
Bawang putih digoreng
Garam

Cara - Cara 
1. Halia disagat halus, diperah dan ditapis airnya.
2. Goreng halia dengan api sederhana sehingga garing. Toskan minyak.
3. Setelah itu, gaul sekali dengan ikan bilis goreng, bawang goreng, lada hitam dan perasakan dengan garam.
4. Serunding halia boleh dihasilkan dengan banyak dan disimpan dalam bekas kedap udara.

16. Resepi Kari Ikan Tanpa Santan

Bahan - Bahan 
2 keping isi ikan merah/jenahak
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
2 sudu besar serbuk kari ikan
Air asam jawa
Halba
Daun kari
Air

Cara - Cara 
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat. 
2. Tumiskan bersama kayu manis, bunga lawang dan pelaga, halba dan daun kari.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, isi ikan dan air asam jawa.
5. Perasakan dengan garam.

17. Resepi Lempeng Oat Tanpa Gula 

Bahan - Bahan 
1 cawan oat yang dikisar halus
1 cawan tepung gandum
Air

Cara - Cara
1. Campurkan oat dan tepung gandum serta sebatikan dengan air sedikit demi sedikit.
2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
3. Panaskan non-stick pan dan letak sedikit butter.
4. Sendukkan adunan ke dalam non-stick pan dan masak sehingga kekuningan.
5. Boleh dimakan bersama madu dan buah-buahan seperti strawberi atau epal.

Minuman Dalam Pantang Bersalin

18. Resepi Air Halia Madu Panas 

Bahan - Bahan
50gm halia – buang kulit dan potong kecil
3 sudu besar madu
3 cawan air

Cara - Cara 
1. Kisar halus halia bersama air.
2. Tapis bahan yang dikisar dan ambil airnya sahaja.
3. Kemudian masak di dalam periuk kecil sehingga air mendidih.
4. Untuk diminum, letakkan 3 sudu madu.

19. Resepi Susu Kacang Badam

Bahan - Bahan 
Segelas susu segar
7 biji kacang badam (disangai terlebih dahulu)
21 biji kismis
1 biji kurma

Cara - Cara 
1. Ke semua bahan dikisar dan ditapis untuk diambil airnya.

Nota
Menu berpantang ini sesuai untuk membantu memperbanyakkan air susu ibu.

20. Resepi Jus Pegaga Dan Madu

Bahan - Bahan 
2 ikat ulam pegaga
2 sudu madu
3 cawan air

Cara - Cara 
1. Ke semua bahan direbus.
2. Apabila mendidih, tapis bahan-bahan tadi dan diambil airnya.
3. Boleh diletakkan sedikit madu.
4. Sesuai diminum sama ada sejuk atau panas.

Terima kasih penyumbang resepi. Semoga ini dapat membantu memberi idea untuk masak menu pantang bersalin ketika berpantang nanti. 

Kredit : 
1. https://pantangplus.com/menu-berpantang-44-hari/
2. Facebook page Resepi Enak 

Post a Comment

Previous Post Next Post