Jimat Masa Dan Mudah Dengan Adanya Pes Tumisan Bonda

Jimat Masa Dan Mudah Dengan Adanya Pes Tumisan Bonda | Salam semua, bulan puasa lepas, sis ada beli pes masakan yang dah siap. Maklumlah bulan puasa kadang - kadang ada masa, hidangan nak cepat sebab malas nak lama - lama sangat di dapur. 

Pes tumisan bonda

Tak susah nak kotorkan blender dah. Sis guna Pes Tumisan Bonda. Cari di Shopee, buntu jugak nak ambil yang mana satu sebab banyak sangat pes - pes yang dah siap jual di Shopee.

Sambil scroll tu, berkenan nak cuba pes tumisan bonda ni. Ada 15 jenis pes semuanya. Harga pun tak mahal sangat. Sis ambil 4 jenis pes iaitu : 

1. Pes Ikan bakar Portugis
2. Pes kurma ayam 
3. Pes lemon berempah
4. Pes asam pedas

Pes tumisan bonda ni kalau ikut arahannya dah tak payah nak tambah apa - apa dah cuma letak air saja. 

Tapi sis pergi jugak tokok tambah contohnya nak masak untuk pes kurma ayam. Sis pergi tumis balik rempah sekawan tu. 

Tak apa lah ikut citarasa masing - masing. Beli 4 pes tapi cuma 3 pes dah cuba. Untuk pes asam pedas belum cuba lagi. Nanti bila dah cuba sis edit balik post ni ya. 

Lagipun nak review 3 lagi pes yang dah cuba.

Review Pes Tumisan Bonda 

Review jujur sis bila dah cuba pes tumisan bonda ni. Memang sedap semuanya. 

1. Pes Ikan Bakar Portugis 

pes tumisan bonda

Pes ikan bakar Tumisan Bonda ni sedap. 1 paket memang cukup molek untuk 2 ekor ikan bawal yang sederhana. 

Untuk pes ikan bakar ni, kena perap sekejap ikan tu sebelum dibakar. Lepas tu, korang boleh lah bakar atas pemanggang ajaib ke nak bakar dalam oven pun boleh. 

Sis buat ni ikan bawal tu besar sikit. Jadinya, sambal tu tak berapa cukup nak makan dengan nasi. Keseluruhannya memang pes ni sedap sangat. Kalau ada seafood ni lagi sedap. 

Sis bakar guna pemanggang ajaib Dessini yang besar, muat 2 ekor ikan bawal. 

Boleh tonton video di bawah ya. 

Link Shopee untuk pemanggang ajaib Dessini boleh klik sini


2. Pes Kurma Ayam 

Pes kurma ayam sis rekomen sangat siapa nak cuba. Memang sedap pesnya. Rasa lain dari sis buat bahan kisar untuk masak kurma ayam

Macam nak repeat pulak beli pes kurma ayam ni. Bila buka paket tu bau terus semerbak. Belum tumis lagi. 

pes tumisan bonda

Sis tumis pulak dengan rempah sekawan. Kalau ikutkan cara dia lagi mudah. 

3. Pes Lemon Berempah

Pes lemon berempah ni sis buat dengan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. 

Mula - mula sis ingat pes kicap untuk masak ayam tu. Tapi bau dia dah lain. Memang sedap. 

pes tumisan bonda

Yang sekali sekala terasa malas nak buat pes macam sis, boleh la beli yang dah siap.

Korang nak beli pes ke semua pes ini, boleh klik di sini


Baca Juga : 





















Post a Comment

Previous Post Next Post