4 Cara Elak Duit Hilang Dalam Akaun Bank | Salam semua, isu duit dalam bank hilang bukan lah suatu isu yang baru. Kalau yang tiba - tiba ada viral pasal isu duit hilang dan penuh cerita di mana - mana media sosial, mula lah gelabah sekejap.
Baca - baca komen yang netizen sendiri pun ada pengalaman duit sendiri hilang dalam bank ni buatkan sis tak senang duduk jugak ni.
Orang kata simpan dalam bank dah tak selamat. Simpan bawah bantal selamat jugak ke ?. Sekarang rata - rata kebanyakannya memang dah ada semua aplikasi bank kat telefon.
Kalau sis dulu - dulu jawabnya kena pergi kat cimb bank atm la nak check duit.
Mulalah terfikir, sejauh mana keselamatan sistem perbankan untuk memastikan akaun bank kita selamat. Adakah, sistem sekuriti sistem perbankan sekarang mudah untuk digodam oleh scammer.
Scammer pun bijak sekarang ni, dah satu langkah ke hadapan. Yang baru - baru ini, kes doktor, tiba - tiba hilang duit dalam akaun bank, nombor TAC pun tak dapat.
Duit pun lesap masuk akaun bank scammer.
Kes scammer di Malaysia ni bukan semakin menurun, semakin menaik ada la. Kalau tak percaya tengok berita TV3.
Mestilah ada isu kes duit kena tipu sampai juta - juta pun ada. Terfikir jugak lah macam mana boleh tertipu.
Pengalaman Sendiri Scammer Telefon Jadi Penyamar
Memandangkan isu scammer ni berleluasa sekarang ini, sis pun tak terlepas ditelefon oleh scammer.
Yang popular sekarang, ramai scammer yang menyamar jadi pegawai LHDN. Sis ni susah ikutkan nak jawab panggilan telefon yang tak kenal.
Terjawab tu, sebab ingatkan ada orang nak hantar barang.
Kebetulan barang yang order tu tak sampai lagi. Lagipun naik nombor yang biasa.
Angkat call, terus robot bercakap, siap ada tunggakan dan cakap kalau tak bayar lagi mahkamah macam tu macam ni. Suara perempuan.
Di sebalik robot yang bercakap, ada bising - bising belakang tu. Mula - mula sis layan.
Kalau yang jenis lemah memang mudah la kena tipu. Robot cakap macam ugutan.
Lepas robot tu cakap "sila tekan butang 1 untuk berhubung dengan pegawai", pegawai kononnya. Terus sis matikan telefon.
Malas nak layan dah, banyak kerja nak buat. Tahu dah scammer.
Korang ada pengalaman dengan scammer telefon tak ?
Masuk tahun ini 2 kali yang menyamar jadi scammer LHDN ni telefon.
Makin maju teknologi, scammer pun makin maju bergerak jugak. Hati - hati ya.
Mana Ok Di Antara Guna Aplikasi Bank Dan Laman Web Untuk Online Banking
Tidak dinafikan sekarang kan, semua kerja dihujung jari memang memudahkan tapi ada bahayanya kalau tidak berhati - hati.
Lebih - lebih lagi bila melibatkan transaksi online. Kalau dulu asyik main masuk bank. Sekarang dah ada laman web untuk online banking.
Yang bahaya sekali benda yang selalu melekat di tangan, iaitu handphone.
Aplikasi bank pun dah boleh install dalam telefon. Orang kata lagi mudah kan kerja.
Dalam mudahkan kerja, ada 'mata - mata' yang tengah perhati.
Cuma sis tak tahu semua bank memang ada aplikasi sendiri ke ?
Jujur sis bagi tahu sebelum ni, memang tak guna aplikasi bank langsung.
Sebab satunya risau yang melampau bila ada buat transaksi guna telefon ni. Kita tak tahu macam - macam boleh jadi.
Kalau nak buat transaksi, memang sanggup buka laman web kat laptop.
Itu pun memang memang ambil langkah berjaga - jaga siap clear cache semua lepas buat transaksi. Cepat - cepat buat transaksi, dan log out terus.
Cuma ada satu bank baru - baru ini dah macam tak boleh buat transaksi online guna laman web.
Tak tahu kenapa. Nak tak nak sis pun muat turun jugak aplikasi di telefon.
Kalau ikutkan kan memang tak nak ada aplikasi bank di telefon.
Pendapat sis, di antara guna aplikasi bank dengan guna laman web perbankan. Sama saja, ada bahayanya.
Perasan tak kalau guna laman web perbankan, kalau kita lengah buat lambat transaksi, dia macam bagi amaran.
Ya lah tengah buat transaksi ni tak boleh nak lama - lama sangat. Kadang - kadang sis rajin sebab double check nombor akaun penerima.
Asyik tengok ulang - ulang risau takut tersalah nombor.
Sis rasa ramai yang guna aplikasi bank kan. Betul tak ?
Cara Elak Duit Hilang Dalam Akaun Bank
Baru -baru ini, sis nampak video di Tik Tok ramai yang berkongsi macam mana cara nak elak duit hilang dalam akaun bank.
Asyik FYP pasal isu duit hilang jer. Ada Tik Tokers ni dia ex-banker dan dia berkongsi untuk sama -sama beringat jangan ambil mudah dengan elektronik transaksi.
Jadi, macam mana nak elak semua ini terjadi. Kita kena ambil langkah berjaga - jaga ya.
Ini ada 4 langkah untuk korang.
1. Mempunyai 3 Simpanan Di Bank Yang Berbeza
Sis ingat dulu masa nak tukar kad bank, ada staff bank situ cakap tak payah banyak - banyak buat akaun bank.
Tak ingat dah dia ada sebut ke berapa akaun bank perlu ada.
Sebab cerita ni dah lama. Tapi memang ada betul apa yang dia cakap.
Buat banyak - banyak akaun bank, lepas tu habis ke semua akaun nak buat elektronik transaksi.
Itu lah kita, nak lagi mudah sebenarnya tapi dalam masa yang sama mengundang bahaya.
Jadi, berapa akaun bank yang perlu korang ada.
Bank A
Gunakan untuk transaksi online Sahaja. Kalau bank ni korang buat untuk masuk gaji. Masuk jer gaji, siap bayar bil - bil semua.
Baki tu terus ambil simpan dalam akaun simpanan. Kalau nak letak dalam bank ni, boleh simpan maksimum RM 500.
Simpan banyak - banyak pun risau. Kita tak tahu apa yang berlaku tanpa sedar.
Bank B
Bank B adalah untuk akaun simpanan. Jangan sesekali guna untuk online. Akaun simpanan ni, korang letak dalam Tabung Haji ke.
Walaupun sekarang Tabung Haji pun dah boleh di link kan dengan akaun bank lain. Kalau nak selamat jangan sesekali buat.
Sis dulu, ingat nak link kan sebab macam senang nak pantau untuk akaun Tabung Haji. Selepas dengar video, ada akaun Tabung Haji pun duit pun boleh hilang. Terus tak jadi buat.
Yang bercakap tu bagi tahu kalau nak selamat, akaun Tabung Haji tu tak payah link kan dengan bank lain.
Ada betul apa yang dia cakap. Tak semua akaun bank kena buat elektronik transaksi ni.
Rindu pulak zaman guna buku bank. Boleh tengok baki duit dalam buku.
Bank C
Dari simpan akaun biasa dan kayakan bank, gunakan untuk buat pelaburan dan simpan dalam ASB. Salah satu cara menyimpan duit
2. Jangan Tekan Link Sebarangan
Jenayah siber sekarang bila scammer menghantar link supaya kita klik. Link tersebut adalah link 'phishing'.
Yang klik link ni ramai betul kena diperdaya termasuklah sis sendiri. Kalau ikutkan banyak dapat email yang ada link phishing ni.
Kalau mudah gelabah, habis lah.
Apa maksud phishing ? Ini apa yang sis baca dalam wikipedia
Dalam pengkomputeran, istilah memancing data (Bahasa Inggeris: phishing; sebutan: 'fishing') adalah satu cubaan bersifat jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif di dalam perhubungan elektronik.Contohnya, seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai.eBay, PayPal serta bank-bank dalam talian adalah antara yang sering kali menjadi sasaran.Phishing selalunya dilakukan melalui email atau pesanan ringkas, dan selalunya mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran pada laman web tertentu, namun begitu hubungan telefon juga pernah digunakan.
Dapat SMS pun kena hati - hati juga, jangan main klik sebarangan. Perasan tak, tengok dalam sms tu, dia bagi link pendek. Tak ada kaitan tak payah rajin nak klik.
Kalau sis, sampai mesej apa pun sis delete terus.
3. Scan Handphone 1 Kali Sehari
Jangan lupa untuk scan handphone korang 1 kali sehari.
4. Selalu Semak Senarai Aplikasi Yang Di Muat Turun Di Google Play
Sekarang ni kan, orang mudah sangat nak download aplikasi. Aplikasi ni kena hati - hati jugak, kalau betul - betul nak guna baru download.
Nak download pulak, jangan klik sebarangan link aplikasi tu. Contoh nya nampak kat facebook suruh suka - suka jer klik situ.
Sis taip dulu nama aplikasi dekat Google Play, nak tahu wujud ke tak aplikasi tersebut.
Lagi satu, disable kan apa yang perlu di aplikasi yang korang install. Sis pun tengah semak balik apa yang tak perlu dalam telephone tu nak delete terus.
5. Sentiasa Log Out Selepas Lakukan Transaksi
Tak kira samaada guna aplikasi perbankan atau laman web perbankan, pastikan log out selepas melakukan transaksi.
Jangan sesekali tak log out. Ini memang mengundang bahaya. Faham sangat kadang - kadang kita ni terleka sikit.
Kalau boleh tukar lah password online secara berkala.
Kesimpulan
Sasaran scammer tak kira peringkat, yang muda dan orang tua semua jadi mangsa. Lebih lagi warga emas.Sis sekali sekala bercakap jugak hal ni dengan mak ayah nak suruh berhati - hati. Kita sendiri pun kena bagi tahu jugak.
Ya lah, bahaya sekarang pun dah ada dalam handphone itu sendiri.
Biasanya warga emas ni, mereka adalah kegemaran scammers dan ada kes ramai warga emas ditipu oleh scammers.
Ok, korang ada lagi nak tambah macam mana lagi cara nak elak duit hilang bank ni, boleh komen ya.
Post a Comment