Tegangkan Kulit Muka Dengan Cara Urutan Muka Yang Betul | Salam semua, selain dari penjagaan kulit wajah menggunakan skincare, urutan muka juga amat penting supaya kulit muka lebih berseri.
Tanpa sedar bila umur meningkat, tanda - tanda penuaan kulit akan muncul.
Tahu tak korang bila usia dah cecah 30 tahun kulit wajah pun akan mula mengalami proses penuaan.
Seiring dengan peningkata usia, ramai wanita risau sebab kulit muka dah tak tegang macam dulu.
Dah lumrah hidup yang muda akan menua. Kedutan dan garis - garis halus yang muncul banyak berpunca dari pelbagai faktor.
Antara faktor tersebut adalah :
1. Kehilangan volum
2. Gangguan dalam ton otot.
3. Kehilangan keanjalan kulit.
4. Lemak subkutus
5. Peredaran darah yang perlahan.
Antara yang sering kita selalu lupa adalah kulit yang terlalu kerap terdedah kepada sinaran ultra ungu (UV) dan radikal bebas.
Sinaran UV dan radikal bebas boleh mengakibatkan keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen berkurang.
Tanda - Tanda Proses Penuaan Kulit
Korang tahu tak, proses penuaan berlaku secara berperingkat bermula daripada kulit, lemak di muka dan tulang tengkorak di bahagian mata.
Ini apa yang sis baca dari apa Perunding Dermatologi Dermalene, Dr Alina Hasni Mohamad Rashid bagi tahu.
Munculnya kedutan, kulit terasa kering dan tompokan seperti jeragat pada wajah adalah tanda - tanda proses penuaan.
Memang tidak dinafikan, bila usia dah meningkat ni banyak perubahan yang berlaku pada kulit.
Jadi, nak tak nak pun kena terima.
Cuma nak kena jaga jangan nampak lebih tua dari usia.
Petua Awet Muda Dengan Urutan Muka
Sekarang ini, banyak pusat kecantikan yang menawarkan khidmat untuk rawatan muka. Masalah kulit muka ni memang tak ramai nak ambil berat.
Jadi sebelum munculnya masalah kulit muka, buat langkah awal untuk mencegah.
Ya lah kan, kulit muka kita ni nak dibelai manja jugak. Tapi akibat kekangan masa, tak ramai yang sempat nak pergi ke pusat kecantikan.
Antara rahsia awet muda untuk mendapatkan kulit cantik berseri adalah dengan urutan muka. Nak buat urutan muka pun ada teknik urutan yang betul.
Kadang - kadang kita ni asyik terfikir produk kecantikan mana nak rawat masalah muka seperti jerawat, pigmentasi dan sebagainya.
Sedangkan, kita lupa yang urutan wajah adalah satu rahsia untuk melegakan tekanan pada kulit wajah.
5 Kelebihan Utama Urutan Muka Untuk Kekal Cantik
Korang tahu tak banyak kebaikan bila buat senaman muka. Selain daripada melegakan tekanan, di bawah adalah kelebihan urutan muka :
1. Dapat melancarkan peredaran darah dalam masa yang sama dapat menambahkan nutrisi kepada kulit.
2. Dapat memperbaiki ton kulit dan penampilan secara am.
3. Menjadikan wajah kelihatan lebih muda dan dapat mengurangkan garis penuaan.
4. Senaman muka dapat membantu melembutkan otot dan menguatkan tisu.
5. Untuk merangsang saraf dan salur limfa.
Nampak tak betapa penting urutan muka ni. Rasanya kalau konsisten untuk ambil masa beberapa minit sehari nak buat.
Impian nak dapatkan keremajaan kulit akan nampak hasil la jugak kan.
Panduan Supaya Urutan Muka Lebih Berkesan
Sebelum nak buat urutan muka, ada beberapa panduan yang korang perlu ambil kira.
1. Pertama sekali, bersihkan muka terlebih dahulu. Tangan dibasuh dengan sabun dan kemaskan rambut boleh ikat jika rambut panjang.
2. Langkah ini yang paling penting. Pilih produk yang bersesuaian dengan kulit korang. Dengan urutan muka, membolehkan kulit untuk menyerap kandungan produk yang korang guna.
3. Bagi sis, masa sesuai untuk buat urutan muka ni, boleh saja buat masa tengah nak cuci muka dan juga masa nak pakai produk penjagaan wajah seperti pelembap, sunscreen dan lain - lain. Bila lagi masa nak buat kan.
Buat urutan selama 2 minit sehari pagi dan malam sebelum tidur. Dengan urutan ini, ia dapat membantu melengahkan kemunculan garis halus.
4. Buat urutan dengan tangan pun dah cukup. Sekarang ni pun, banyak juga produk yang muncul untuk alat urutan muka.
Kalau nak guna pun, pilih yang betul - betul bersesuaian. Kalau sis, baik guna jari lah. Terasa sikit sentuhan kulit muka.
Kalau korang nak guna untuk cuci muka, boleh juga guna yang ini. Yang ini yang basic saja. Harga pun murah sangat.
Boleh klik
sini untuk beli face brush massager
5. Nak dapatkan manfaat dari urutan wajah ini, kena buat urutan dalam pergerakan yang boleh memberi rangsangan pada kulit.
Cara Urutan Muka Yang Betul
Urutan muka ini adalah salah satu tips kecantikan untuk mendapatkan keremajaan kulit.
Baru - baru ini, sis ada tonton dekat Tik Tok, macam mana cara nak urut muka dengan betul.
Hanya dengan urutan muka pun, ia dapat membantu tegangkan kulit muka. Tapi kena lah dengan cara yang betul.
Contoh mudah yang boleh kita ambil masa tengah cuci muka. Tengah cuci muka pun boleh buat urutan muka.
Sis memang ambil peluang masa nak cuci muka dan juga masa nak tempek segala pelembap, sunscreen semua tu.
Ok, ini langkah - langkah yang betul untuk urutan muka.
1. Urut muka dengan face oil atau mana - mana produk penjagaan muka yang bersesuaian. Kalau jari kering susah sikit nak urut.
2. Buat urutan menghala ke atas bermula dari bawah dagu sebanyak 5 - 7 kali sebelah kanan dan kiri.
3. Seterusnya buat urutan kawasan bawah mata cara ke atas atau secara bulatan 5 - 7 kali sebelah kanan dan kiri. Boleh gunakan eyecream kalau ada.
4. Dengan menggunakan 2 jari, urut bahagian dahi arah ke atas 5 - 7 kali.
5. Ulang urutan dengan menggunakan skincare seperti toner, serum dan pelembap.
Ok faham tak. Korang boleh tonton video di bawah macam mana kedudukan tangan yang dia buat. Nampak jelas sikit.
Kesimpulan
Betul lah kita dengar "beauty is pain" kan. Nak cantik tak boleh nak malas. Kena rajin.
Yang penting sambil - sambil urut muka tu, boleh lah mulut tu sambil berselawat.
Patut lah kita tengok ada selebriti - selebriti walaupun usia dah meningkat tapi tetap maintain nampak awet muda kan.
Tak semestinya luaran saja nampak nak cantik, kecantikan dalaman pun perlu lah kena jaga.
Banyakkan makan sayur dan buah. Sis pun pernah dengar kurangkan makanan yang berminyak, tidak bergula dan jumlah garam yang sikit.
Proses penuaan boleh dilengahkan cuma kena mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Selain itu, ekspresi muka tu penting juga. Orang kata jangan marah nanti cepat tua. Kena banyakkan senyum ya.
Rujukan :
1. https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/04/568454/proses-penuaan-boleh-dilengahkan
2. https://www.mstar.com.my/xpose/mode/2021/05/31/ketahui-perubahan-yang-berlaku-pada-kulit-wajah-ketika-usia-memasuki-30-tahun
3. https://www.hmetro.com.my/hati/2018/09/378507/urutan-wajah-awet-muda4. https://www.hijabista.com.my/rahsia-kulit-cantik-berseri-dengan-teknik-urutan-wajah-yang-betul-ini-cara-yang-betul-seperti-pro/
Baca Juga :
Post a Comment