Mimi Lala Mooncake Kuih Bulan Halal Buatan Muslim Pilihan Ramai

Mimi Lala Mooncake Kuih Bulan Halal Buatan Muslim Pilihan Ramai | Salam semua, Sejak pandai makan kuih bulan, tiba - tiba tekak teringin nak makan mooncake, terus sis cari - cari dulu dekat Shopee. Tak susah dah nak cari kuih bulan. 

Kuih bulan

Terjumpa kuih bulan halal dari Mimi Lala. Sekarang ni, kuih bulan bukan hanya dimakan semasa perayaan dah. 

Bukan musim kuih bulan pun boleh makan. Kita ni bertuah sebab rakyat berbilang kaum. Boleh kenal kuih dari bangsa lain. 

Baker pun dah ada orang melayu dan muslim jual kuih bulan. Jadi, tak payah ragu -ragu bila dah ada yang muslim homemade. 

Kuih Bulan 

Perayaan kuih bulan adalah satu perayaan yang sangat penting bagi masyarakat cina. Kuih bulan adalah kuih tradisional masyarakat cina dan dimakan semasa perayaan kuih bulan. 

Bagi yang tak biasa tengok, mungkin tak tahu itu kuih apa. Kebiasaan sis tengok, kuih bulan bentuknya segiempat tepat dan ada juga yang bulat. 

Inti di dalam pula terdiri daripada isi biji teratai dan kacang merah. Luaran pula adalah satu pastri nipis yang menyaluti inti dalam kuih bulan. 

Kuih bulan ada juga letak kuning telur masin di tengah inti, bila potong nampak macam bulan. 

Kuih bulan biasanya dipotong dalam potongan kecil dan dihidangkan dengan teh cina. 

Nampak macam senang nak buat, tapi bila baca resepi tak semudah itu. Kuih bulan ada 2 versi yang dibakar dan versi tak bakar. 

Yang tak bakar ni macam dah moden sikit sebab nak buat pun senang sangat tapi kena hidang sejuk baru sedap makan. 

Mimi Lala Mooncake Hasil Dari Air Tangan Usahawan Wanita Muslim

Kuih bulan sekarang bukan sahaja kegemaran masyarakat cina malah seluruh rakyat Malaysia. Sis terbaca di laman web www.klook.com, Mimi Lala Mooncake termasuk di antara "Best Halal Mooncake" yang patut dicuba. 

Wah ! dah sebaris dengan keluaran dari hotel seperti hotel Hilton, Le Meridien. Terkejut jugak bila nampak perkataan Mimi Lala tu. 

Kuih bulan

Sis ada ternampak pemilik bisnes Mimi Lala Mooncake ni di TikTok. Rupanya seorang wanita muslim. Memang bagus bila ada orang melayu islam yang buat sendiri kuih bulan.

Ramai yang nak merasa kuih bulan tapi mesti rasa ragu - ragu kan. Dalam masa yang sama dapat mempromosikan, keunikan kuih bulan kepada orang lain. 

Sis pun suka tengok wanita yang terlibat dalam bisnes lebih lagi bila berbisnes kuih bulan yang biasa dimakan oleh masyarakat cina. 

4 Sebab Kenapa Perlu Cuba Mimi Lala Halal Mooncake 

Kuih Bulan Mimi Lala ni bukan buatan kilang ya. Kuih bulan yang dibuat homemade dengan penuh kasih sayang. 

Siapa follow kat TikTok memang akan tahu macam mana kuih bulan ni dibuat. 

1. Pelbagai Pilihan Kuih Bulan Dengan Inti Yang Berbeza

Masa pertama kali sis nak order kan, memang banyak perisa untuk inti dalam kuih bulan. Ada 20 jenis perisa.

Antara inti kuih bulan yang ada : 

1. Pandan original
2. Dauyong kuaci
3. Durian kuaci
4. Redbean egg yolk

Banyak lagi inti lain, tapi ni sis bagi separuh.  Kalau nak rasa hipster sikit, boleh pilih chocolate oreo, coffee bean ataupun chocolate almond.

Kuih bulan

Tapi, Mimi Lala Mooncake dijual ikut set. Ada 4 jenis set iaitu set mix, set original, set kuaci dan set eggyolk. 

Bila dijual ikut set macam ni, kita pun senang nak pilih yang mana. Bagi pihak sana pulak, senang nak susun masuk kotak dan tak ada lah istilah tertukar. 

2. Buatan Muslim Dan Halal

Ramai juga tertanya, kuih bulan Mimi Lala ni halal ke ? Sis sendiri dah beli sebab selalu tengok owner Mimi Lala buat iklan. Macam tu lah bila dah terpengaruh. 

Owner sendiri pun selalu tunjuk video dia dan team buat kerja macam mana untuk menghasilkan kuih bulan yang sedap diterima tekak.

3. Lembut, Kurang Manis Dan Tak Cepat Muak

Biasa orang kata kuih bulan ni manis sangat. Kuih bulan Mimi Lala tak berapa manis sangat. Sedang elok tekak nak telan. Sesuai dengan citarasa orang melayu. 

Satu lagi tak cepat muak. Pastri pun lembut bila potong dan tak keras.


4. Pembungkusan Kuih Bulan 

Kuih bulan diletak dalam kotak yang comel. Memang sesuai kalau korang nak buat set hadiah untuk yang tersayang. Sekali tengok kotak pun, sis ingat kotak kain tudung. Memang cantik. 

5. Harga Mampu Milik 

Biasa kita dengar kuih bulan mesti harga mahal. Harga tak ada lah mahal sangat. Mampu milik dengan harga kasih sayang. 

Kalau ada rezeki, korang rajin - rajin tengok juga kedai Shopee Mimi Lala ni. Kadang - kadang ada buat sale. 

Review Mimi Lala Mooncake "Comel - Comel Sebab Bentuk Mini Saiz"

Sebelum nak order, memang sis akan baca dulu testimoni orang yang dah makan. Rata - rata yang komen banyak positif. 

Terus sis order. Dalam hati ni risau jugak takut semut masuk makan. Itu lah yang fikir. Bila dah sampai. Alhamdulillah tak ada seekor pun semut. 

Pembungkusan pun kemas tersusun elok dalam kotak yang keras. Sis beli 2 kotak dengan perisa inti berlainan. Dalam satu kotak ada 6 biji kuih bulan yang comel - comel sebab mini saiz. 

Kuih bulan

Setiap kuih bulan dibalut dengan plastik bukan terdedah macam tu masukkan dalam kotak. 

Sis pilih set original dan set eggyolk. 

Set Original RM 30 
1. Redbean original - 2 
2. Pandan original - 2
3. Dauyong ( kacang dhal ) original - 2 

Set Eggyolk RM 37
1. Red bean eggyolk - 2
2. Pandan eggyolk - 2
3. Dauyong eggyolk - 2 

Nak simpan lama, letak dalam peti bawah. Lagi sedap makan sejuk. Jangan lama sangat simpan kat suhu bilik, takut berkulat nanti. 

Kuih bulan bukan nanti musim pun sebab kuih bulan Mimi Lala memang dijual hari - hari. Jadi, tak perlu risau nak rasa kuih bulan tapi nak tunggu tahun depan baru boleh makan. 

Patut lah ramai testimoni yang makan kuih bulan ni kata sedap. Memang sedap lah tekak sis. 

Sekiranya korang berminat untuk cuba kuih bulan, boleh beli di Mimi Lala hq

Baca Juga : 

Post a Comment

أحدث أقدم