Salam semua, Kuala Lumpur adalah merupakan sebuah kota metropolitan yang terkenal di merata dunia.
Ia menjadi destinasi pelancongan yang wajib dilawati oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Malaysia.
Di bandaraya yang menjadi ibu negara Malaysia ini, semuanya ada.
Masuk sahaja ke lobi hotel ini, anda akan melihat dua lingkaran tangga dan di tengah-tengahnya adalah arca patung berbaju kebaya dengan warna emas berkilauan.
Di bandaraya yang menjadi ibu negara Malaysia ini, semuanya ada.
Bangunan bersejarah, bangunan pencakar langit, keindahan alam semulajadi, variasi makanan tempatan, pusat beli belah termasuklah pilihan tempat penginapan yang bertaraf 5 bintang.
Memang sesuai sangat untuk pelancong yang bercadang untuk merasai pengalaman menginap di Kuala Lumpur.
Untuk memudahkan anda, berikut kami senaraikan pilihan hotel 5 bintang di Kuala Lumpur dengan servis terbaik dan harga berpatutan. Jom baca!
Untuk memudahkan anda, berikut kami senaraikan pilihan hotel 5 bintang di Kuala Lumpur dengan servis terbaik dan harga berpatutan. Jom baca!
Hotel 5 Bintang Terbaik Di Kuala Lumpur
1. Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur
Berjaya Times Square Hotel adalah merupakan hotel 5 bintang yang tidak asing lagi di Kuala Lumpur.Melalui hotel ini anda boleh terus ke pusat beli belah Berjaya Times Square yang terletak betul-betul di bawah bangunan hotel ini.
Hotel ini juga menyajikan pemandangan kota raya pada waktu malam yang begitu menakjubkan!
Sesuai dengan taraf 5 bintang, bilik yang disediakan besaiz agak besar, bergantung jenis bilik yang anda tempah.
Sesuai dengan taraf 5 bintang, bilik yang disediakan besaiz agak besar, bergantung jenis bilik yang anda tempah.
Kelengkapan yang disediakan di dalam setiap unit bilik juga sangat lengkap. Siap ada set sofa dan dapur mini yang dilengkapi dengan alat membuat kopi lagi!
2. The RuMa Hotel and Residences
The RuMa Hotel and Residences adalah merupakan hotel 5 bintang yang menjadi pilihan terutamanya buat pengunjung yang mahukan pengalaman menginap dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas.Masuk sahaja ke lobi hotel ini, anda akan melihat dua lingkaran tangga dan di tengah-tengahnya adalah arca patung berbaju kebaya dengan warna emas berkilauan.
Apabila diteliti dengan lebih dekat, monumen baju kebaya itu terhasil daripada ratusan kupu-kupu emas yang disusun membentuk baju kebaya. Memang unik sangat!
Kolam renang hotel ini terletak di tingkat atas. Jadi, anda boleh berenang sambil menikmati pemandangan bangunan pencakar langit yang ada di Kuala Lumpur.
Kolam renang hotel ini terletak di tingkat atas. Jadi, anda boleh berenang sambil menikmati pemandangan bangunan pencakar langit yang ada di Kuala Lumpur.
3. Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
Four Seasons Hotel adalah merupakan rangkaian hotel mewah yang terkenal di seluruh dunia.Sesiapa yang sering mengembara sudah pasti tahu kemewahan dan servis terbaik yang ditawarkan oleh hotel ini.
Melihat luaran bangunan hotel ini sahaja pun dah cukup buat kita terpegun.
Dengan berkonsepkan dekorasi moden dan urban, setiap unit bilik di hotel ini kelihatan begitu elegan.
Dengan berkonsepkan dekorasi moden dan urban, setiap unit bilik di hotel ini kelihatan begitu elegan.
Terdapat tiga kategori penginapan yang ditawarkan iaitu bilik tetamu, suites dan apartmen mewah.
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menerokai semua kemudahan yang ada di hotel ini untuk kepuasan yang maksimum. Rugi tau dah bayar tapi tak digunakan.
4. Hotel Traders
Hotel Traders adalah salah satu hotel mewah yang menawarkan pemandangan Menara Berkembar Petronas.Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih bilik yang menawarkan keindahan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur terutamanya pada waktu malam.
Setiap biliknya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden untuk keselesaan tetamu.
Setiap biliknya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden untuk keselesaan tetamu.
Para tetamu juga boleh meluangkan masa berenang di kolam renang yang disediakan di tingkat atas hotel.
Bukan itu sahaja, jarak hotel ini dengan Menara KLCC, pusat beli belah Pavillion dan juga Suria KLCC hanya lebih kurang 10 minit berjalan kaki.
5. EQ Hotel Kuala Lumpur
EQ Hotel Kuala Lumpur adalah salah satu cawangan hotel 5 bintang yang terkenal seluruh dunia.Sehubungan itu, hotel ini sering menjadi pilihan orang kenamaan dan golongan elit untuk menginap di sini.
Rekaan hotel yang eksklusif menyerlahkan lagi kemewahan hotel ini.
Hotel ini terletak di lokasi yang cukup strategik, sesuai untuk pengunjung yang mahukan pengalaman berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.
Hotel ini terletak di lokasi yang cukup strategik, sesuai untuk pengunjung yang mahukan pengalaman berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.
Ia terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan dan tarikan utama di Kuala Lumpur seperti Bukit Bintang, KLCC dan sebagainya.
Anda wajib cuba menginap di semua hotel 5 bintang yang disenaraikan di atas apabila berkunjung ke Kuala Lumpur kelak.
Jom Bercuti Di Kuala Lumpur !
Anda wajib cuba menginap di semua hotel 5 bintang yang disenaraikan di atas apabila berkunjung ke Kuala Lumpur kelak. Anda boleh buat tempahan melalui laman web atau aplikasi Traveloka untuk dapatkan tawaran dan diskaun menarik. Yang penting, buat tempahan awal tau!
Post a Comment