Salam semua, zaman sekarang semuanya mudah, asalkan ada internet, buka telefon pintar, macam - macam boleh buat. Semuanya di hujung jari kan. Termasuk lah nak shopping online.
Tak dapat dinafikan, ramai yang lebih suka membeli secara online termasuk sis sendiri. Bukan apa, sebab mudah, cepat dan jimatkan masa. Klik - klik barang apa yang nak, bayar dan tunggu barang sampai rumah.
Cumanya, sis ni jenis setia kepada yang satu, bukan apa, tak nak download aplikasi banyak - banyak.
Satu lagi, risau takut kena scam. Maklumlah, pembelian online ni memang kena berhati - hati sikit.
Tapi, baru - baru ini ada macam gatal tangan pergi masuk troli dulu. Tengok kedai online tu rupanya seller dari Indonesia.
Barang dari Indonesia tak banyak kat Shopee, jadi terhad sikit kalau nak membeli.
Sis ingatkan kat platform Shopee jer yang ada jual barang - barang dari Indonesia, rupanya ada platform lain yang buat servis tolong beli barang dari Indonesia Ke Malaysia.
Kali pertama dengar servis ni, tak sangka pula ada pihak yang boleh sediakan servis belian barang macam ni. Jadi, senang kalau ada nak beli barang terus dari Indonesia, boleh guna servis Tolong Beli.
TolongBeli.com.my, Servis Beli Barang Dari Indonesia Dan Pos Ke Malaysia
Bagi yang masih tak tahu atau pertama kali mendengar servis ini, Tolong Beli merupakan satu - satunya di Malaysia yang menyediakan servis beli barangan dari Indonesia dan pos semula ke Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, syarikat ini telah berdaftar dengan SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ) dan telah beroperasi selama 3 tahun.
TOLONGBELI DIYMAN RESOURCES
NO. PENDAFTARAN : 202003229276
Pihak TolongBeli akan membantu buat pembelian barangan di Indonesia MarketPlace.
Kemudian, menguruskan dan pos barang tersebut hingga selamat sampai kepada pelanggan di Malaysia.
Dikenali Sebagai Tokopedia Malaysia
Sis tak biasa sangat dengan platform beli belah online di Indonesia ni. Mengikut info yang dikongsikan di laman web TolongBeli, Indonesia banyak website shopping yang menarik.
Yang paling banyak pengguna adalah Tokopedia, Bukalapak, Shopee Indonesia, Blibli dan Lazada Indonesia.
Selain daripada harga yang murah di sana, barangan yang susah nak dapat di Malaysia pun memang mudah nak dapat seperti makanan, barangan kosmetik, sparespart automotive dan sebagainya.
Patut lah TolongBeli ini digelar sebagai Tokopedia Malaysia
6 Kelebihan Menggunakan Servis Tolong Beli
Sebenarnya, banyak kelebihan jika korang nak guna servis Tolong Beli. Ini di antara beberapa kelebihannya :
1. Servis Secara Atas Talian Menggunakan Whatsapp
Bagi memudahkan berurusan dengan pelanggan, pihak Tolong Beli menyediakan talian whatsapp yang dikelolakan oleh perseorangan dan bukan Bot.
Mudah sikit bila berurusan melalui whatsapp, nak balas pun cepat, dapat info pun cepat.
2. Transaksi Dalam Ringgit Malaysia
Jangan risau, walaupun beli barang dari Indonesia, pembayaran barang di buat dalam matawang Malaysia.
Pembayaran boleh dibuat secara online transfer ataupun mesin CDM ATM.
3. Barang Dipos Di Malaysia, Brunei Dan Singapura
Apa yang menariknya, pihak TolongBeli bukan saja tolong beli barang untuk pelanggan Malaysia saja.
Orang Brunei dan Singapura yang nak menggunakan servis ini pun boleh.
Penghantaran barang akan dihantar melalui udara untuk Malaysia, Singapura dan Brunei. Melalui laut pula hanya untuk semenanjung Malaysia saja.
4. Kemudahan Kalkulator Untuk Membuat Anggaran Awal Kos
Platform Tolong Beli juga ada menyediakan kalkulator untuk memudahkan pelanggan nak buat kira - kira awal untuk tahu anggaran kos.
Sebelum nak whatsapp untuk confirmkan barang mana nak dibeli, boleh buat kira - kira dulu. Jadi, tak adalah lari bajet nak berbelanja beli barang dari sana.
5. Kemudahan Untuk Tracking Barang
Bab tracking barang ni, semua orang teruja nak barang sampai rumah dengan selamat kan.
Untuk tracking barang pula, korang jangan risau, mana - mana parcel yang telah diposkan, korang boleh check tracking tersebut di platform Tolong Beli.
6. Memudahkan Urusan Belian Barang Untuk Pelanggan
Pihak Tolong Beli ni dah macam personal shopper la kan. Mereka semua yang uruskan untuk buat pembelian barang dari sana, sampai lah nak handling untuk pengeposan barang.
Cara Beli Barang Dari Indonesia
Mesti korang tertanya macam mana nak beli barang dari Indonesia ? Seperti yang sis bagi tahu, servis ini berurusan dengan menggunakan whatsapp. Ya, secara manual.
Tapi macam sis bagi tahu kita berurusan dengan orang dan bukannya bot.
1. Mula - mula sekali, korang kena pergi ke laman web https://tolongbeli.com.my/. Nampak butang Whatsapp tu, klik dan akan terus ke whatsapp korang.
Berikan nama, alamat lengkap (negeri alamat penerima), dan nombor telefon. Bagi tahu admin barang apa nak dibeli.
2. Nanti korang bagi link barang yang nak dibeli dari platform mana. Jangan lupa, bagi tahu sedikit maklumat size packaging (panjang, tinggi, lebar dan berat) untuk pihak Tolong Beli bantu buat anggaran awal kos pos.
3. Link barang dan info pun dah bagi, nanti admin akan buat kiraan harga barang dan juga anggaran awal kos pos.
Sekiranya korang bersetuju, boleh lah buat bayaran. Bayaran dibuat dalam nilai RM.
4. Kemudian, pihak Tolong Beli akan buat pembelian. Kena ingat, kemungkinan seller tak teruskan order, antara sebabnya stok dah tak ada.
Jangan risau, admin akan maklumkan sama ada nak cari barang lain atau sebaliknya.
5. Setelah barang korang sampai di warehouse Indonesia, pihak Tolong Beli akan ukur dan timbang semula sekiranya ada penambahan kos pos yang perlu ditambah.
Jika tak ada apa - apa perubahan, teruskan pos dan nombor tracking akan diberikan kepada pelanggan.
6. Setelah dapat nombor tracking, korang boleh check barang secara berkala. Tunggu barang sampai depan pintu rumah korang.
Testimoni Dari Pelanggan Tolong Beli
Ramai sebenarnya yang dah ambil servis Tolong Beli. Tak sangka, ramai peminat barang dari Indonesia rupanya.
Patutlah semakin ramai yang kenal, sebab servis Tolong Beli boleh dipercayai dan terjamin.
Di sini, sis nak kongsikan beberapa testimoni dari pelanggan Tolong Beli yang menggunakan servis ini. Korang boleh juga tengok di laman web Tolong Beli.
Jom Shopping Barang Dari Indonesia Guna Servis Tolong Beli
Buat peminat barangan dari Indonesia, kalau terasa nak beli barang dari Indonesia, boleh guna servis Tolong Beli.
Nak melancong tak sampai seru lagi, nak beli barang dari Indonesia, eh dah mudah sekarang sebab ada servis Tolong Beli.
Apapun tentang info terkini rajin - rajin korang tengok di laman web Tolong Beli ya.
Post a Comment