Salam semua, dah masuk hujung bulan Disember 2022. Tak banyak tulis personal story kat blog ni. Sebelum tutup tirai 2022, nak cerita kat sini buat kenangan.
Maklum lah 5 tahun sekali pergi mengundi. Dah lama dah kerajaan baru terbentuk, belum sempat nak tulis di blog ni. Dewan rakyat pun dah mula bersidang
Tapi rasanya tahun ni belum cukup 5 tahun kan sebab mengundi awal. Sepatutnya tahun depan mengundi. Eh, betul ke ?.
Tapi tu lah negara kita ni macam - macam hal bab politik. Rakyat ni pun follow jer lah. Dah kena mengundi, tunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
Nak Tukar Pusat Mengundi Tempat Lain
Sis ada tulis jugak entry kenangan mengundi Pilihan Raya Umum yang ke 14 di Sini. Entry yang dulu, cakap nak tukar alamat, sampai ke sudah tak tukar alamat.
Sebab nak dekat dengan rumah sebenarnya. Masa demi masa berlalu, tahun demi tahun tak tukar jugak.
Bukan sebab jauh, tapi tempat mengundi tu masuk bandar.
Nak pergi mengundi bulan lepas pun bukan main sesak juga jalan.
Itu cakap nak tukar tapi tak tertukar jugak. Fikir balik, sis ni sekali dengan mak dan ayah tempat mengundi sama.
Jadi,senang sekali masuk kereta, turun pun sekali pergi kat tempat mengundi. Tak adalah nak pergi drop sana sini. Jimat masa.
Nak tukar ni, risau jugak takut pergi hantar kat pusat mengundi asing - asing pulak.
Ke siapa- siapa ada pengalaman tukar tempat mengundi ni. Boleh komen.
Pusat Mengundi Di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3
Tahun 2018 pergi mengundi sekolah yang sama, tahun 2022 pun tempat mengundi pun sekolah sama.
Cuma kali ini berbeza, dulu mak sis boleh lagi nak jalan, tahun ini mak kena duduk atas kerusi roda.
Setakat dalam rumah tu boleh jer jalan, cuma jauh - jauh sangat jalan ni, kaki tak berapa kuat nak jalan.
Nak boleh ke sampai ke kelas tu, jauh jugak. Nasib baik dekat khemah penyokong - penyokong parti dah sediakan kerusi roda.
Cuaca hari tu agak mendung dan hujan gerimis. Seawal pukul 9: 30 pagi lebih dah bertolak. Risau takut tak dapat parking sebenarnya.
Dah sampai, pergi ambil kerusi roda dulu untuk mak. Masuk ke perkarangan sekolah, baru nampak orang dah mula ramai.
Mula - mula hantar mak dulu nasib baik saluran warga emas ni kelas bawah. Nak tunggu turn tak berapa ramai orang.
Disebabkan abah ada, abah yang tolong mak nak pangkah undi dulu. Saluran sis kena naik atas tangga untuk kelas atas. Jadi, sis terus naik atas.
Sampai - sampai, tak ramai orang yang beratur. Jadi sekejap jer lah. So, ambil gambar jari buat kenangan.
Kali ini terdalam sikit celup jari. Turun bawah tengok mak sis dah siap, sebab nampak dia tunggu kat ruang bawah.
Kali ini lambat menunggu sebab turn abah ramai sangat. Tempat ruang dia menunggu pun ramai sangat orang. Sis pun keliru, ramai warga emas pulak pagi - pagi ini
Sepanjang tengah tunggu turn abah siap, sis jeling jugak tingkat atas, tapi tempat saluran sis tak nampak orang pun. Ada la sampai 2 - 3 orang lepas tu kosong balik.
Mungkin mereka nak datang tengah hari sikit kot. Kalau sis, tak boleh nak pergi lewat - lewat kena pergi awal - awal sebab sis jenis tak suka lewat - lewat.
Nak dekat 2 jam tunggu abah, baru sudah.
Selesai Tanggungjawab Mengundi Tahun 2022
Masa tulis entry ni, dakwat di kuku pun tak hilang lagi. Ada lagi ya, tapi nak hilang dah warna tu. Itu lah sedikit coretan untuk kenangan di blog ni untuk pilihan raya umum 2022.
Gambar pun tak banyak tapi boleh la buat kenangan.
Dalam tempoh 5 tahun ini, macam - macam boleh terjadi. Jadi, sis sebagai rakyat Malaysia pun nak yang terbaik untuk negara kita.
Yang dulu jadi kerajaan sekarang jadi pembangkang, yang dulu jadi pembangkang, sekarang jadi kerajaan.
Diharapkan kerajaan baru dapat membentuk negara, yang maju, aman dan sejahtera.
Baca Juga :
Post a Comment