7 Cara Simpan Duit Gaji Dengan Berkesan Dan Bijak

Salam semua, tak semua orang mampu menguruskan kewangan dengan bijak. Ada juga yang masih "blur" walaupun nak uruskan duit gaji sendiri. 

Pernah dengar kes, tak sempat hujung bulan pun dah "kering". Itu sebabnya penting ada ilmu pengurusan kewangan walaupun hanya nak urus duit gaji. 

Pengurusan kewangan

Ditambah pula dengan cabaran ekonomi untuk tahun 2023 akan datang. Dengan harga barang yang tidak menentu. Sampai sis sendiri pun terasa dengan kadar kenaikan harga barang. 

Tapi, itu tidak bermaksud kita kena berbelanja berlebihan disebabkan harga barang yang mahal. 

Pentingya Pengurusan Kewangan Yang Berhemah

Sumber kewangan setiap orang ni berbeza - beza. Sebab itu, pentingnya untuk menguruskan kewangan dengan bijak. 

Semakin susah nak uruskan kewangan, jika kita sendiri tidak mempunyai disiplin diri untuk memastikan pengurusan kewangan kita berjalan dengan lancar. Betul tak ? 

Dalam menguruskan kewangan peribadi, perlu tahu amalan yang betul supaya duit diurus dengan baik. 

Perkara yang ramai orang terlepas pandang, simpanan perlu ditetapkan sebelum membuat perbelanjaan, yang penting kalau nak berbelanja, jangan melebihi pendapatan.

Ramai yang selalu membuat kesilapan dalam menguruskan wang. Dalam masa yang sama, banyak kesan jangka pendek dan jangka panjang yang akan berlaku. 

Bercakap pasal tips pengurusan wang ni, sis banyak ambil nasihat dari mak sis. Mak sis kalau bercakap pasal duit memang teliti. 

Tak kaya, tapi cukup keperluan untuk hidup. Dapat beli aset, dapat hantar duit untuk mak ayah di kampung. 

Buka pelaburan untuk anak - anak, mak ayah kita ni macam ni lah buat semua ni pun demi anak - anak. 


7 Cara Simpan Duit Gaji Dengan Berkesan

Kali ini, sis nak kongsi beberapa tips simpan duit atau cara nak uruskan duit dengan betul. Yang bergaji kecil atau bergaji tinggi, semua kena tahu cara nak urus wang dengan bijak. 

Ini penting untuk elak dari menghadapi masalah kewangan kelak. 

Risau juga dengan apa yang sis baca di berita kosmo, seramai 7 daripada 10 rakyat Malaysia menyimpan kurang daripada RM 500 sebulan. 

Apapun, cara di bawah korang boleh cuba : 

1. Buat Formula Pengurusan Kewangan 

Setiap kali dapat duit gaji, buat anggaran belanjawan. Macam mana tu ? Boleh ikut formula urus duit gaji dengan membahagikan pendapatan ikut kategori. 

Sama ada untuk keperluan dan mustahak, kehendak dan juga simpanan atau bayaran hutang. Penting untuk susun, risau kalau terlebih aliran duit yang keluar. 

Korang boleh cuba guna jadual perbelanjaan sebagai rujukan. Laman web ni best, sebab perbelanjaan telah dibahagikan berapa peratus yang boleh kita belanjakan. 

Sudah tentu, bila buat jadual macam ni, kena utamakan keperluan dari kehendak. Keperluan merupakan perkara yang perlu diteruskan untuk hidup. 

Contohnya termasuk pembayaran rumah, penjagaan kesihatan, makanan, insuran dan utiliti.

Kehendak pula adalah belanjakan wang kepada perkara yang tidak berapa penting. Walaupun ada perbelanjaan untuk kehendak, tapi gunalah wang dengan berpada - pada. 

2. Jangan Guna Kad Kredit 

Kalau orang lain mesti kata hadkan penggunaan kad kredit, tapi sis nak cakap tak payah guna kad kredit. Boleh tak ? 

Walaupun kad kredit ni ada kebaikannya, tapi keburukan tetap ada. Kalau tak ada kepentingan sangat tak payah guna. 

Risau jika penggunaan kad kredit yang tak terkawal, nanti pengurusan kewangan pun dah lari dari yang dirancang. 

Nak guna kad kredit boleh, tapi kena pastikan korang boleh mengawal nafsu untuk berbelanja dan boleh membezakan antara keperluan dan kehendak. 

Selain itu kena pandai mengurus kewangan dan jangan mudah untuk terpengaruh dengan promosi. 

3. Buat Pelaburan Simpan Duit Untuk Jangka Panjang 

Tahu tak korang, 52 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas masih belum mula melabur. 

Sekarang ni, ramai terkesan dengan kadar kenaikan inflasi dan juga harga barang yang semakin lama, semakin naik.

Nak tak nak, kena ubah penyesuaian gaya hidup kita dalam ekonomi mencabar ni. Peruntukan duit gaji untuk pelaburan tetap kena ada. Orang kata menyimpan walaupun sikit, lama - lama jadi bukit. 

Pilih pelaburan yang selamat dan berisiko rendah untuk mengelakkan kehilangan wang atau modal. Pilihan sis, boleh melabur dan simpan duit di ASB, Tabung Haji dan KWSP. 

Dengan pelaburan ni, bukan setakat menyimpan, malah boleh kembangkan duit dan mendapat pulangan dividen dan bonus tahunan. 

4. Rancang Belanjawan Isi Rumah 

Kos perbelanjaan isi rumah kalau tak pandai nak urus, memang tak perasan. Sampai nak menyimpan pun dah rasa tak ada duit. 

Jadi, kena rancang belanjawan isi rumah dengan teliti. Boleh buat pelan perbelanjaan mingguan dan bulanan. 

Sekurang - kurangnya kita ada langkah berjaga - jaga supaya aliran duit tidak terlebih keluar. 

Satu lagi, amalkan sikap senaraikan barang - barang yang hendak dibeli sebelum pergi ke mana - mana kedai. 

Untuk elakkan dari berbelanja kepada barang yang tidak penting. Semua ni bergantung kepada tabiat perbelanjaan korang. Yang mana tak berapa penting tak payah beli.

Dalam masa yang sama, kita boleh tengok balik perbelanjaan kita, mungkin kita ada terlebih berbelanja untuk bulan lepas. 

pengurusan kewangan

5. Perbelanjaan Kecil Jangan Diabaikan

Ramai yang tak nampak perbelanjaan yang kecil ni boleh beri impak yang besar. Terutamanya perbelanjaan yang bersifat kehendak. 

Sebagai contoh, portal pembelian internet. Semua orang tahu kan, shopping sekarang memang mudah hanya di hujung jari.

Kadang - kadang kita ni tak perasan sebab asyik leka melayari scroll sana sini. Eh, tiba - tiba dah bayar. Bukan apa, risau dengan duit yang mengalir tanpa sedar. 

Itu semua terpulang kepada kepada kita untuk menentukan perbelanjaan yang sedia ada. 

6. Sentiasa Ada Pelan Kedua Untuk Buat Kerja Sampingan 

Cara lain untuk simpan duit gaji, jika berkemampuan cuba usahakan untuk ada kerja sampingan. Tapi, ramai di kalangan kita yang dah buat lebih dari satu kerja.

Sekarang ni, bidang freelance pun dah makin meluas dan mendapat sambutan. 

Mungkin di kalangan korang ada bakat terpendam. Lagipun, seiring dengan teknologi sekarang semua kerja pun boleh buat online dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan pasif. 

Contoh kerja yang lain ada yang jadi juru gambar ataupun juru video, pemandu grab, dropship. Pilih lah ikut kesesuaian dan serasi dengan minat korang. 

7. Elakkan Dari Berhutang 

Perkara yang selalu untuk dipertimbangkan adalah hutang. Kalau boleh elakkan dari berhutang. Bila ada hutang ni, memang duit gaji akan tolak dan berkurang. 

Tapi, ada pengecualian jika nak beli rumah atau pun kereta. Bergantung atas komitmen masing - masing. 

Sekiranya tidak mampu, elok untuk tangguhkan dulu hasrat untuk membeli hingga benar - benar mampu. 

pengurusan kewangan

Kesimpulan 

Itu saja 7 cara nak urus duit gaji yang sis dapat kongsikan dengan korang. Rancang ikut mana pun kalau disiplin diri tu tak ada, memang tak menjadi jugak. 

Pada pendapat sis, kena ada tahap disiplin yang tinggi barulah pengurusan kewangan kita berjalan dengan lancar. 

Jangan lupa, korang boleh tahu banyak lagi cara pengurusan kewangan yang betul.

Selain itu, sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah supaya rezeki kita berjalan dengan lancar. 



2 Comments

  1. thanks you share, kena praktik kan selalu agar pengurusan kewangan lebih tersusun cantik

    ReplyDelete
  2. yang perbelanjaan kecil memang setuju sangat kak wani...jahattttt

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post