Biskut Coklat Messy Choc Rasa Coklat Premium Dan Cookies Rangup

Salam semua, lama tak buat personal review, sekali sekala letak jugak review kat blog ni kot ada yang tengah mencari - cari sebelum nak beli. Cuba google kot ada yang dah tulis pasal review biskut ni.

messy choc

Terkejut tak ada langsung, cuma naik video yang ada sis upload kat Youtube pasal Messy Choc ni. Siapa cakap review tak penting, bila orang nak tahu info mesti lah google dulu kan. 

Messy Choc Premium Signature bar 

Sis memang peminat coklat tegar. Bukan senang juga nak beli biskut coklat ni, sebab banyak kali lalu lalang nampak iklan di sosial media, terus tergoda. 

Lagipun, ramai artis yang review antaranya Tiz Zaqyah, Ernie Zakri, Wany Hasrita dan ramai lagi. Itu yang buat lagi craving nak makan.  

Apa lagi terus beli. Mula - mula tengok harga emm terfikir juga sebab macam mahal. 

messy choc

Tapi, apa salahnya anggap reward untuk diri sendiri kan. Makan masuk perut jugak. Sudah tentu, sis cari di Shopee dulu, nasib baik ada. Tengok review orang dah beli pun ok. 

Ada 2 pilihan yang ada milk choc ataupun white choc. Boleh pilih yang mana suka. Bekas, pun ada saiz medium dan yang besar. Nak puas hati, ambil bekas besar. 

Tapi, isi dalam tu banyak sikit dari yang bekas kecil. Sis memang rasa tak cukup, ambil yang balang besar terus.

Untuk bekas medium ada 20 keping. Bekas besar ada dalam 42 keping. 

Messy Choc Diperbuat Dari Bahan - Bahan Premium

Sebelum beli, sis memang nak tahu juga kenapa harga sekian -sekian. Mesti kita nak tahu bahan apa yang letak kan.

Sis pun memang nak tahu bahan - bahan apa yang digunakan dalam biskut ini sampai orang yang beli repeat banyak kali. 

Antara bahan - bahan premium yang digunakan untuk buat biskut coklat ini adalah :

1. Serbuk koko Van Houten
2. Coklat Van Houten & Beryls
3. Almond
4. Nestum
5. Butter Anchor dan Buttercup
6. Coffeemate

Patut lah sedap. 

Review Messy Choc Rasa Coklat Premium Dan Cookies Rangup

messy choc

Seperti sis bagi tahu, saiz bekas ada medium dan besar. Sis pilih yang besar dan pilih yang milk chocolate. 

Disebabkan sis beli online dan bukan secara cash on delivery, coklat lapisan atas dalam bekas tu jadi tak cantik sikit. 

Tapi ok jer sis. Sebab faham beli letak dalam kotak ni kena ambil risiko sikit. 

Memang asyik sungguh makan coklat ni. Sebaik buka kotak, buka tudung terus ngap. Sampai gigitan terakhir tu macam nak kunyah lagi. 

Coklat paling sedap la setakat ni untuk biskut. 

Lapisan coklat pun rasa premium dengan rasa milk chocolate. Lapisan biskut pun rangup, lembut dan tak keras. 

Kalau korang nak rasa nyaman tekak bila makan. Simpan dalam peti sejuk biskut Messy Choc ni. Lagi sedap mengunyah biskut sejuk - sejuk. Sis suka pulak. 

Kesimpulan

Nak makan biskut tak nanti nak raya pun, bila - bila masa boleh makan kalau dah craving sangat. Nak buat biskut raya pun boleh Messy Choc ni. 

Kalau nak buat untuk birthday gift pun boleh. Rasanya, bila sebut coklat ni tak ada siapa yang nak tolak kan. 

Korang nak cuba, boleh beli Messy Choc. Pembungkusan pun cantik dalam kotak dah printed Messy Choc. 

Selain itu ,kalau korang peminat coklat Beryl's, boleh beli coklat beryls borong

Baca Juga : 





1 Comments

  1. aduh terliur nengoknya kak...nampak kesedapan coklat dia tu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post