Kenapa Kena Pakai Sunscreen ?
Salam semua, sejak sis ambil berat tentang penggunaan sunscreen atau sunblock dalam rutin penjagaan kulit seharian ni. Alhamdulillah suka pulak tengok kulit muka diri sendiri.
Sepatutnya dulu - dulu lagi kena didik diri sendiri nak pakai krim muka sunscreen / sunblock. Jangan tak tahu ya, indeks UV di Malaysia tinggi tau.
Terdedah secara melampau dengan cahaya matahari boleh bawa kesan jangka pendek dan jangka panjang untuk kulit.
Tak nak tanggung risiko penuaan awal ? Sebab itu sunscreen terbaik sangat penting untuk kita pakai.
Apa itu sunscreen ? Krim muka sunscreen ini membantu untuk melindungi kulit kita daripada sinar UV yang berbahaya.
Dengan kata lain, sunscreen atau sunblock terbaik berfungsi untuk menyerap sinaran UV dan juga mengurangkan jumlah sinaran UV sampai ke kulit.
Mesti korang tertanya kenapa perlu SPF perlu tinggi ? Lagi tinggi SPF, lagi bagus sebenarnya, ini kerana semakin tinggi perlindungan untuk melindungi kulit kita dari sinaran UVA dan UVB.
Lagi satu, mesti korang perasan tanda "+" yang ada pada packaging sunscreen. Kalau nak tahu, itulah "broad spektrum" atau spektrum luas.
Semakin banyak tanda "+++", maksudnya semakin bagus perlindungannya untuk kulit.
Bermakna ia memang sunscreen / sunblock yang bagus untuk kita pakai.
3 Jenis Krim Muka Sunscreen Untuk Melindungi Kulit Daripada Sinar UV
Untuk pengetahuan semua, ada 3 jenis sunscreen :
1. Chemical sunscreen
2. Physical sunscreen
3. Hybrid sunscreen
Apa Itu Physical Dan Chemical Sunscreen / Sunscreen ?
1. Physical Sunscreen
Physical sunscreen ini juga dikenali sebagai mineral sunscreen kerana mengandungi zarah mineral halus seperti titanium oksida dan zink oksida.Kebaikan physical sunscreen, ia melindungi kulit dengan cara memantulkan dan membiaskan sinaran UV dari badan kerana zarah mineral membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit.
Selain itu, ia merupakan sunscreen untuk kulit sensitif kerana tidak bersifat komedogenik. Maksudnya tidak akan menyumbat pori -pori.
Kelemahan physical sunscreen biasanya sering meninggalkan kesan putih ( white cast ) pada kulit melainkan korang tidak kisah kelihatan seperti telah dicelup dalam cat putih.
Selain itu, ia kesat dan tidak mudah meresap.
2. Chemical Sunscreen
Chemical sunscreen terdiri daripada semua bahan aktif yang tidak mengandungi zink oksida dan titanium dioksida.Kebaikan sunscreen jenis ini menyerap ke dalam kulit seperti losyen. Selain itu, tekstur ringan, mudah blend dan menyerap dengan cepat.
Ia tidak ada white cast, jadi bila pakai nampak cantik dan smooth jer. Tapi boleh sebabkan iritasi pada kulit sensitif.
Kelemahan chemical sunscreen, ia menukar sinar UV kepada haba. Untuk orang yang kulit sensitif tak sesuai guna.
Kulit boleh jadi gatal dan tak selesa.
Apa Itu Hybrid Sunscreen ?
Satu lagi krim siang sunscreen bagus yang jarang didengar adalah hybrid sunscreen. Kalau nak tahu, hybrid sunscreen ini adalah inovasi terbaru pada krim siang sunscreen terbaik.
Hybrid sunscreen adalah gabungan antara physical sunscreen dan chemical sunscreen yang ambil kebaikan kedua - dua physical sunscreen dan chemical sunscreen.
Hybrid sunscreen lebih baik nak banding dengan physical dan chemical sunscreen kerana ia neutrilized kan kelemahan kedua - dua physical dan chemical sunscreen.
Sekarang, dah tak perlu risau untuk korang dapatkan perlindungan matahari daripada kedua-dua jenis sunscreen ini.
Hybrid Sunscreen Terbaik - Aloe Vera Sunscreen / Sunblock Dari Hansaegee Nature
Sebelum memilih sunscreen atau sunblock terbaik, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian. Bukan main beli dan pakai.
Paling penting, tengok jenis kulit muka korang. Sama ada kulit berminyak, kulit kering atau kulit kombinasi.
Kalau nak tahu, produk skincare terbaik krim muka Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah dari jenis hybrid sunscreen.
Jadi, sis rekomen sangat kalau korang cuba dulu pakai Aloe Vera Sunscreen ini sebab ia adalah dari jenis hybrid sunscreen untuk kulit berminyak yang bagus.
Sis sendiri pun dah pakai krim siang Aloe Vera Sunscreen terbaik ni sejak tahun lepas lagi. Antara skincare products Malaysia yang bagus.
Jenis kulit sis berminyak dan Aloe Vera Sunscreen untuk kulit berminyak ni memang serasi dengan kulit.
Sis suka pakai Aloe Vera Sunscreen ni sebab ia adalah krim siang terbaik yang pernah sis pakai.
Walaupun kulit sis jenis kulit berminyak, sunscreen / sunblock SPF 50 terbaik ini boleh melembapkan kulit muka dan dalam masa yang sama dapat memberi perlindungan dari sinar UV yang berbahaya.
Jangan takut nak cuba pakai, selagi tak cuba pakai tak rahu resultnya macam mana kan.
Kandungan Sunscreen SPF 50 PA +++ Sangat Baik Untuk Melindungi Kulit Muka
Sebelum sis nak cuba produk Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature ni, sis baca dulu review orang yang dah cuba.
Memandangkan ramai pengguna yang jenis kulit berminyak macam sis bagi review yang best bila pakai sunscreen / sunblock untuk kulit berminyak ini. Tidak teragak - agak untuk sis mencuba sendiri.
Nak pilih krim siang muka sunscreen yang bagus, sekurang - kurangnya pilih sunscreen / sunblock terbaik yang merupakan sunscreen SPF50 PA +++
Sis pilih Aloe Vera Sunscreen sebab sunscreen ini mempunyai SPF 50 + PA +++ terbaik. Best sunscreen sis pernah pakai.
Sunscreen Yang Tidak Berminyak Dan Moisturize
Sebelum ni memang pernah pakai sunscreen atau sunblock lain. Tapi, ada kesan kulit berminyak buat sis kurang selesa bila sapu di kulit muka.
Tambah lagi bila dah siap sapu di muka, nak basuh tangan tu, memang melekit. Kena ambil sikit handwash nak hilangkan kesan minyak.
Sejak dah jadi rutin harian pakai sunscreen Aloe Vera untuk kulit berminyak yang bagus ini, walaupun kulit muka sis jenis berminyak, bila sapu rata krim di kulit muka,tak rasa berminyak langsung.
Lagipun, tekstur krim yang ringan, lembut dan tidak melekit, mudahkan untuk kita sapu rata di kulit muka.
Jangan risau, kandungan Aloe Vera yang ada dalam sunscreen ini adalah berfungsi untuk melembapkan kulit muka. Sambil sapu rata sambil melembapkan kulit muka. Best kan.
Sis pun dah test sendiri di blotting paper, kertas tak berminyak langsung.
Krim muka sunscreen aloe vera yang tidak berminyak
Sunscreen / Sunblock Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Aloe Vera Sunscreen ini bukan saja sunscreen atau sunblock untuk kulit berminyak, ia adalah sunscreen yang terbaik untuk semua jenis kulit.
Bagi yang mengalami kulit kering dan kulit kombinasi pun boleh pakai.
Siapa yang mengalami kulit sensitif pun boleh pakai. Sis faham yang mana golongan kulit sensitif ni susah nak cari sunscreen yang sesuai.
Kandungan ekstrak aloe vera di dalam sunscreen ini boleh melegakan masalah kulit sensitif dan menenangkan iritasi kulit pada muka.
Kandungan yang baik yang ada dalam sunscreen terbaik ini boleh memberikan perlindungan pada kulit.
Lagipun, sunscreen ini adalah tanpa alkohol, tanpa paraben, tanpa silikon, tanpa sulfat dan tanpa allergen.
No White Cast & Not Waterproof ( Senang Cuci Dengan Air )
Aloe Vera Sunscreen ni dari jenis hybrid sunscreen. Apa yang bagus bila guna yang jenis hybrid sunscreen ini, ia adalah sunscreen yang tiada white cast ( kesan putih ) di kulit muka.
Ada white cast ni memang tak selesa jugak, lebih lagi di kulit muka.
Dah sapu rata di kulit muka memang nampak natural walaupun di bawah sinar cahaya matahari.
Selain itu, sunscreen yang untuk kulit berminyak ini tidak kalis air ( not waterproof ). Sebab ada setengah sunscreen yang kalis air kan.
Yang kalis air ni bukan tak boleh pakai, tapi mesti rasa dah fikir dah nak ambil wuduk ni mesti payah. Jadi, pilih sunscreen yang boleh basuh dengan air adalah sangat penting.
Sebab kena basuh muka cuci bersih dengan pembersih muka. Macam leceh pulak. Orang macam sis memang tak boleh dah.
Nasib baik guna sunscreen Aloe Vera ni sebab ia sebati dan senang cuci dengan air.
Sekali basuh, gosok lembut kulit muka dah tanggal. Memang nampak kesan warna putih keluar.
Tak perlu risau dah nak buat solat kan sebab ia adalah sunscreen yang boleh basuh dengan air.
Cara Memakai Aloe Vera Sunscreen Dengan Betul
Cara pakai sunscreen ini ada cara yang betul. Bukan main pakai jer. Faham sangat, tips rutin penjagaan muka ni, ia kena ada step yang betul, baru lah apa yang kita pakai dapat manfaat sepenuhnya.
Kalau tak, jangan tanya kenapa pakai sunscreen atau sunblock hari - hari, tapi kulit tetap kena sunburn. Jawapannya hanya satu, disebabkan cara pemakaian sunscreen yang tidak betul.
Jadi di sini, sis nak kongsi dengan korang cara pakai sunscreen yang betul.
1. Waktu Yang Sesuai Untuk Pakai Sunscreen
Mungkin orang yang baru belajar nak pakai sunscreen atau pun yang masih keliru mesti tertanya - tanya, sunscreen pakai waktu bila ?
Sunscreen atau sunblock dipakai pada waktu siang hari saja. Bermula dari pagi hingga lah terbenam matahari. Semua orang dah tahu yang sunscreen ini dipakai untuk melindungi kulit dari sinaran UV.
Tak kira cuaca mendung atau panas seharian. Duduk di rumah seharian ataupun di pejabat, memang kena pakai sunscreen.
Walaupun tengok kat luar cuaca mendung atau hujan, tapi sinar UV tetap ada. Pakai lah sunscreen setiap hari tidak kira cuaca apa sekalipun, jika tak nak risiko penuaan awal.
2. Sentiasa Reapply Sunscreen Untuk Perlindungan Yang Optimum
Yang ini rasanya, ramai yang tak tahu, sunscreen bukan untuk sekali pakai setiap hari. Walaupun korang pakai spf yang rendah hingga lah yang tinggi, tetap kena reapply sunscreen.
Kenapa kena reapply sunscreen atau sunblock? Selepas kena cahaya matahari, muka berminyak atau berpeluh perlindungan sunscreen akan mula luntur.
Jadi, tak ada perlindungan dari sunscreen dah. Sebab itu, sentiasa kena reapply sunscreen atau sunblock.
Kalau nak reapply sunscreen berapa jam sekali ? Ini bergantung dengan aktiviti korang di luar rumah.
Sekiranya ada buat aktiviti outdoor yang sentiasa terdedah dengan sinaran UV, boleh reapply setiap 2 - 3 jam.
Jika seharian duduk dalam rumah atau pejabat yang tak expose sangat dengan cahaya matahari, boleh reapply selepas 5 jam.
Bila reapply sunscreen dengan betul, kulit muka akan mendapat perlindungan yang optimum.
3. Pakai Sunscreen Yang Mencukupi
Kebanyakan kesilapan yang biasa dilakukan, adalah pakai krim muka sunscreen yang tidak mencukupi atau lebih tepat lagi pakai sikit sebab nak jimat.
Biasa yang kita buat picit letak atas jari sikit, kemudian buat dot dot di muka sebelum sapu. Ada orang dia picit terus dari tube atas kulit muka.
Korang kena ingat, jika sunscreen terbaik dipakai tidak mencukupi, kulit muka tidak akan mendapat perlindungan sepenuhnya.
Cara pakai sunscreen adalah dengan mengeluarkan krim dari tube sebanyak 2 jari, iaitu 1 jari telunjuk dan 1 jari tengah.
Barulah kulit kita mendapat perlindungan yang maksimum dari sinar UV.
4. Pakai Sunscreen Dulu Atau Day Cream ?
Cara yang betul untuk rutin skincare sebenarnya dapat memberi kesan yang baik untuk kulit. Lagipun, masih ramai lagi yang tidak tahu langkah yang betul untuk rutin skincare setiap hari.
Sunscreen ni nak pakai sebelum atau selepas moisturizer ( pelembap muka ). ?. Sunscreen perlu dipakai yang terakhir sekali selepas produk skincare yang lain.
Maksudnya di sini, korang kena apply moisturizer ( pelembap muka ) terlebih dahulu sebelum guna sunscreen. Selepas pakai pelembap baru ditutup dengan sunscreen.
Selepas apply sunscreen, jangan guna mana - mana produk skincare seperti toner, serum atau moisturizer.
Selepas pakai sunscreen, sekiranya nak pakai makeup, teruskan. Tetapi, pastikan sesuai dengan jenis kulit supaya tidak menyumbatkan liang pori dan tidak menganggu sunscreen yang kita pakai.
Yang penting, guna produk skincare dengan urutan yang betul, barulah kulit cantik dan sihat.
Sunscreen Yang Bagus | Kulit Muka Kekal Lembap Dan Liang Pori Besar Makin Mengecil
Cuaca sekarang dah mula nampak cahaya matahari. 2 bulan sebelum ini, cuaca agak mendung dan hujan. Tapi sis tetap pakai sunscreen sebab nak jaga kulit muka.
Walaupun duduk di rumah pun, tanpa kita sedar sinar UV pun tetap ada. Jangan lupa, zaman sekarang, pun dah ramai yang work from home, kita banyak hadap skrin telefon, laptop dan TV semua, salah satu punca sinar UV.
Lagipun, perlindungan di siang hari untuk kulit muka memang perlu dititikberatkan. Aloe Vera Sunscreen adalah sunscreen yang bagus disebabkan kandungan yang tinggi SPF 50 + PA+++.
Best sunscreen yang pernah sis pakai dan ada spf yang bagus untuk wajah. Sudah tentu, yang paling sis suka, tekstur krim yang ringan, moisturized dan mudah menyerap ke dalam kulit.
Krim pun tak pekat dan cair sangat dan mudah untuk disapu di kulit muka. Tak sampai 10 saat pun, sapu - sapu dah serap terus ke dalam kulit.
Sis pun pernah bagi tahu, kulit muka sis jenis berminyak. Sepanjang sis pakai sunscreen terbaik ni, sis dapat rasa kulit kekal hidrat.
Lagi satu, sis perasan liang pori makin mengecil terutamanya di kawasan pipi dan hidung. Sebab itu pemakaian sunscreen ini sangat penting dan ia tidak menyumbatkan liang pori.
Bila kita pakai, secara tidak langsung ia dapat membantu kecilkan liang pori. Tona kulit pun lebih cerah sekata.
Kesimpulan
Krim siang Aloe Vera Sunscreen ni kalau nak banding dengan jenama yang lain memang menjimatkan. Kalau nak banding jenama antarabangsa yang lain, ratanya kandungan dalam 50 ml.
Yang penting, sunscreen ini adalah best hybrid sunscreen Malaysia terbaik. 1 botol tiub 70 ml boleh tahan sampai 3 bulan jika ikut cara yang betul guna.
Lagipun, sunscreen ini jenama dari Korea yang mengandungi ekstrak dari bahan semulajadi seperti Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, dan Orchid Extract.
Nak cari sunscreen spf 50 yang bagus untuk wajah, korang boleh cuba pakai Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature. Salah satu produk skincare online Malaysia yang boleh dibeli secara atas talian.
Dah masuk bulan puasa ni, cuaca pagi pun dah terasa panas terik dah. Sis nak kongsi Ramadan skin care tips dengan korang untuk kulit kekal sihat, lembap dan cantik.
Jadikan sunscreen Aloe Vera ini salah satu dari raya skincare korang. Untuk tips bulan puasa ini, korang konsisten pakai hybrid sunscreen Aloe vera.
Nanti lama - lama, korang akan nampak perubahan pada kulit. Jadi, kulit kekal cantik bila raya nanti.
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Ooo... hansaegee nature ada sunscreen juga rupanya..
ReplyDeletePost a Comment