Salam semua, sejak sis jadi pengguna Maybank, ini kali pertama nak tukar kad Maybank secara online. Sebelum ni pergi tukar kat bank. Punya la ramai orang bersesak kat bank. Nasib baik ada tulis kat blog masa tu tahun 2016.
Mula - mula terfikir nak pergi bank, lepas tu fikir banyak kali buat secara online pun boleh. Tak ada lah bersusah payah nak pergi keluar semata - mata nak tukar kad bank kan.
Lama sampai di bank, tengok orang penuh di bank pulak. Orang lain dah lama buat, sis baru nak belajar tukar kad Maybank online.
Mudah sekarang ni kan semuanya di hujung jari. Duduk di rumah pun boleh klik - klik tukar kad bank dah selesai. Kad bank terus dipos sampai ke rumah.
Buat yang masih tak tahu lagi macam mana, sis kongsi macam mana nak tukar kad Maybank secara online. Masa sis buat ni tak sampai tarikh luput lagi kad ni. Tapi nak dekat nak tamat tempoh dah kad ni.
Itu pun sebab sampai reminder kat sms, baru sis terhegeh - hegeh nak buat hii.
Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online
Sebenanrya, korang ada pilihan sama ada nak tukar kad melalui laman web Maybank2u atau di mana - mana cawangan Maybank atau di Maybank Debit Card Kiosk dan juga melalui aplikasi MAE.
Sis mohon guna laman web Maybank2u.
Nak tukar kad Maybank, janganlah nanti tamat tempoh dah kad tu. Semua pengguna Maybank boleh tukar kad secara online. Kecuali jika ada kes tak ingat PIN nombor ataupun kad dicuri.
Kad baru akan dihantar dalam masa 9 hari bekerja dari tarikh kita mohon tukar kad bank. Masa sis buat ni tiada cas dikenakan ke atas kad.
1. Pertama sekali log in Maybank2u.
2. Pergi dekat "settings:
3. Pilih "cards"
4. Kemudian, Manage Debit Cards > Debit Card - Replace, Activate & Block
5. Klik ada 3 titik melintang
6. Pilih option " Replace Card"
7. Kemudian pengesahan untuk alamat, negeri dan klik pengakuan untuk Term & Condition. Klik "Replace Card"
8. Klik "request" untuk TAC nombor. Dah dapat nombor TAC, masukkan nombor TAC dan klik "Confirm"
9. Siap dan tunggu hingga kad bank dipos ke rumah dalam 9 hari bekerja
Cara Aktifkan Kad Debit Maybank
Setelah kad bank sampai di rumah, korang kena terus aktifkan kad debit baru korang dalam masa 90 hari. Jangan tunggu lama sangat.
Kad akan dibatalkan secara automatik sekiranya tidak diaktifkan selepas 90 hari. Sebenarnya ada 3 cara untuk aktifkan kad debit Maybank.
1. Untuk pemohonan melalui Maybank2u
- Log masuk ke Maybank2u
- Klik Settings > Cards > Manage Debit Cards > Debit Cards - Replace, Activate & Block
- Kemudian, klik Activate
2. Melalui ATM Maybank
- Masukkan kad
- Pilih Bahasa, kemudian masukkan PIN
- Pilih "Lain - Lain Urusniaga" > " Lain - Lain Perkhidmatan > "Pengaktifan Kad"
3. Untuk permohonan melalui Aplikasi MAE
- Log masuk ke aplikasi MAE dan pilih "Maybank2u" > Cards > Activate Now
- Masukkan PIN Kad > Sahkan PIN Kad > Approve
Pilih lah yang mana senang, kalau dah mohon guna Maybank2u, baik aktifkan secara online.
Cara Tukar Nombor Pin Maybank Di ATM
Berkenaan dengan nombor PIN, sekiranya korang nak tukar pun boleh, kalau tak nak tukar nak guna yang lama pun boleh. Tak ada masalah.
Jika korang nak tukar pun boleh tukar di ATM mana - mana cawangan Maybank.
Caranya :
- Masukkan kad
- Pilih bahasa
- Masukkan PIN
- Pilih :Tukar PIN"
- Masuk PIN baharu
- Sahkan PIN Baharu
Semoga perkongsian ini dapat membantu korang yang mana nak tukar kad Maybank secara online.
Post a Comment