Salam semua, zaman digital sekarang semua orang berlumba - lumba nak buat duit online. Salah satu cara untuk buat duit online adalah dengan program affiliate.
Nak lagi program affiliate sekarang nak join pun adalah percuma. Kiranya tanpa modal lah. Program affiliate ni kalau di kalangan blogger memang dah biasa dengar sebab ini lah antara punca pendapatan untuk blogger.
Sebenarnya, nak join program affiliate bukan saja terhad untuk blogger saja, untuk yang bukan blogger pun boleh jer nak join. Cuma syarat penting kena lah ada akaun mana - mana media sosial.
Penting sebab di media sosial tempat untuk mempromosikan link - link affiliate. Antara program affiliate yang sis join adalah Involve Asia.
Involve Asia adalah program affiliate yang membolehkan kita mempromosikan link - link affiliate dari produk - produk yang telah disediakan.
Antara produk yang top di Involve Asia adalah Shopee, Lazada dan banyak lagi. Ikut kategori yang ada seperti teknologi, kecantikan, fesyen, groceries dan home & lifestyle.
Untuk maklumat korang, kebanyakan partners yang join affiliate ni dapat jana income dari
3. Nike Affiliate Program
4. Sephora Affiliate Program
5. Zalora Affiliate Program
Sis mula - mula join tu slow sikit. Tapi makin lama bila dah faham makin seronok.
Involve Asia ni sis banyak promote barang dari Shopee. Kebanyakannya produk yang dibeli dan direview sendiri.
Cara Withdraw Keluarkan Duit Dari Involve Asia
Kali ini, sis nak kongsi dengan korang macam mana nak keluarkan komisyen yang dah kita dapat dari Involve Asia.
Kalau tanya sis, mudah tak dapat komisyen ? Bergantung kepada tahap kerajinan korang. Sis buat ni makan bulan jugak. Sebab nak tunggu pihak Advertiser nak lepaskan komisyen di akaun kita.
Sebelum itu, nak cakap awal - awal, bayaran dari Involve Asia akan dibayar setelah "Available Funds To Withdraw" dah lebih dari RM 80 sebelum kita nak " Request Withdrawal".
Sebelum nak keluarkan duit, benda pertama yang harus dibuat adalah isi payment details.
1. Pertama sekali, log in akaun Involve Asia
2. Untuk payment details, kat depan dashboard dia dah bagi tanda dalam box merah, tandanya details bank semua belum isi lagi. Jadi, kena isi dulu.
3. Pastikan maklumat - maklumat di dalam ruang yang disediakan yang ada tanda * merah tu semua kena diisi dengan betul dan tepat. Antara maklumat yang perlu diisi :
- Pilih wire transfer
- Nama sebenar ikut nama bank yang telah didaftarkan
- Nombor telefon dan juga email
- Nombor akaun bank
- Alamat bank tersebut dan negara
- Isi Bank swift code
- Payout Currency
- Transfer reason
4. Untuk bahagian payment, untuk Preferred Payment Method tu, korang pilih Wire Transfer.
5. Untuk Transfer Reason, korang taip "affiliate income". Kemudian klik "Save Changes"
6. Korang pergi balik dekat payment, kat sini korang klik jer tempat view earning tu. Dah ada tanda boleh klik untuk "Request Withdrawal".
7. Kemudian, ia akan keluar untuk withdrawal details kita berapa jumlah sebenar yang patut dapat. Semua details bank dah ada boleh klik "confirm".
8. Akhir sekali dah submit untuk withdrawal request. Kena tunggu dalam 5 - 7 hari bekerja untuk duit masuk dalam akaun bank.
Sebenarnya, ini kali pertama sis nak withdraw, kalau ikutkan memang ada cas masa nak keluarkan duit. Duit masuk dalam akaun dalam 5 hari bekerja. Cepatlah jugak.
Semoga perkongsian ini dapat membantu korang. Kalau ada persoalan boleh la komen
sy sampai skrg masi tak faham mcm mana nak jana pendapatan dr involve asia nie.. Semoga dimurahkan rezeki selalu...
ReplyDeletePost a Comment