Doa Untuk Orang Sakit Supaya Cepat Sembuh Dikongsi Oleh Ustazah Asma' Harun

Salam semua, apabila diuji dengan sakit, tandanya Allah nak menguji hambaNya. Siapa lah yang nak sakit, kalau tanya siapapun, mesti jawab tak nak lah sakit kan. 

Doa untuk orang sakit

Ada yang diuji dengan penyakit sampai berbulan - bulan, ada yang sampai bertahun - tahun. Ada yang sampai seumur hidup. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Sebagaimana dengan firman Allah SWT yang bermaksud: 

"Sesungguhnya Kami akan menguji kamu semua dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, nyawa (penyakit) dan kekurangan hasil mahsul bumi. Beruntunglah bagi mereka yang sabar atas segala dugaan itu." (Surah al-Baqarah, ayat 155)
Sebagai umat islam, reda dan sabar di atas ujian dari Allah, pastinya ada ganjaran yang besar bagi mereka yang ditempuhi dengan ujian ataupun musibah. 

Semakin tinggi ujian yang dihadapi, semakin tinggi ganjaran pahala dari Allah yang menanti. 

Menjadi kewajipan kita untuk bersangka baik dengan Allah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah untuk kita. 

Manusia yang diuji dengan penyakit, menunjukkan kita manusia adalah hamba yang lemah. Ini menunjukkan Allah maha kuasa untuk menciptakan sesuatu dan Dia jua yang menguji hambanya yang Dia kehendaki. 

Sebagaimana juga firman Allah SWT: 
"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami mengenai adanya orang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita tentang keadaan kamu." -  Surah Muhammad ayat 31

 

Hikmah Di Atas Ujian Sakit Untuk Manusia 

Jika seseorang ditimpa musibah seperti sakit, sebenarnya ada hikmah di atas apa yang berlaku. 

Jangan kerana musibah yang menimpa kita, rasa nak marah, sedih, kecewa, rasa nak putus ada di atas sakit yang dihadapi. 

1. Allah tengah menguji manusia agar lebih bersabar dalam menghadapi ujian berupa sakit dan penyakit.

2. Sebagai kifarah dosa dan kesalahan yang dilakukan manusia pada masa yang lalu.
 
3. Dilipat gandakan kebaikan dalam hidup manusia yang ditimpa sakit dan penyakit. Kerana hakikatnya Allah ingin menambah kebaikan kepada hambanya dengan diberi ujian sakit dan penyakit.
 
4. Untuk mengangkat darjat manusia di sisi Allah SWT. Kerana sakit dan penyakit tersebut bertujuan untuk memberi ujian kepada hambanya agar mendapat darjat yang lebih mulia di sisi Allah SWT.
 
5. Untuk menyedarkan dan menginsafkan manusia di atas kesilapan jalan yang di lakukan pada masa lalunya.

6. Untuk mengingatkan manusia di atas nikmat Allah SWT yang diperolehnya dalam hidup. Yang terkadang kita kurang mensyukurinya semasa kita sihat dan kuat lagi.

7. Membersihkan dan mensucikan hati dan jiwa manusia dari berbagai penyakit rohani. Seperti penyakit sombong, ujub, dan lain sebagainya.
 
8. Sebagai tanda ingatan terhadap sesama manusia yang sama ditimpa sakit & penyakit. Kerana manusia selalunya akan sedar jika sakit & penyakit tersebut sudah menimpa dirinya.

9. Untuk menyelamatkan manusia dari azab Allah SWT. Dengan memberi sakit dan penyakit kepada manusia di dunia, kerana jika Allah sudah menimpakan sesuatu di dunia. Harapannya tidak akan ditimpakan di akhirat.

Doa Untuk Orang Sakit Supaya Cepat Sembuh Dikongsi Oleh Ustazah Asma' Harun

Sis terbaca perkongsian dari Ustazah Asma  doa ringkas untuk orang sakit supaya cepat sembuh. Sebagai seorang muslim apabila mendengar khabar berita saudara islam kita yang sedang sakit, alangkah baiknya jika kita mendoakan kesembuhan buat orang yang sakit. 

1. Doa Semoga Cepat Sembuh Bagi Orang Sakit 

Daripada Saidatina Aisyah RA, beliau menceritakan, apabila Rasulullah SAW menziarahi pesakit lantas memohon perlindungan kepada sebahagian mereka sambil menyapu dengan tangan kanannya seraya berdoa:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Bacaan Dalam Rumi : Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman.
Maksudnya: “Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan engkau, sembuh yang tidak membawa kepada sebarang sakit.” (HR Bukhari, hadis sahih)

 

2. Doa Pesakit Atau Ahli Keluarga Pesakit

Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ:
 
- DOA (لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ)،
 
فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

Bacaan Dalam Rumi : La ila hailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus:
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menzalimi/menganiaya (dengan dosa) diri sendiri”.
Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. (HR Al-Tirmizi)

Janganlah pula kita menuliskan kata-kata yang menambahkan kesedihan orang yang ditimpa musibah, kerana kita semua juga ada kesilapan dan aib yang disembunyikan. Berdoalah dalam sembunyi buat saudara kita, kerana ia adalah doa yang Mustajab dan akan didoakan kembali oleh Malaikat kepada kita. - Ustazah Asma 
Semoga kita dapat amalkan doa kesembuhan untuk orang sakit. Semoga Allah berikan ketabahan dan kesabaran buat yang diuji dengan penyakit. 

Sumber : 

1. Facebook Page : Ustazah Asma' Harun

2. https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/sakit-boleh-jadi-penghapus-dosa-tapi-jangan-sesekali-mengeluh-atau-persoalkan-takdir-allah/

3. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/06/60575/ditimpa-penyakit-sebahagian-kafarah-dosa

4. https://www.hmetro.com.my/addin/2021/05/710585/hikmah-penyakit-menurut-sunah

5. https://www.facebook.com/468626339843366/posts/9-sebab-kenapa-allah-bagi-kita-sakitsegala-apa-yang-berlaku-dalam-kehidupan-manu/854710241234972/

6. https://siraplimau.com/doa-untuk-orang-sakit/

1 تعليقات

إرسال تعليق

أحدث أقدم