4 Doa Kucing Hilang Agar Segera Ditemukan Kembali

Salam semua, kucing adalah haiwan peliharaan yang manja dan mudah untuk dibela. Perwatakan kucing yang manja dan comel buatkan ramai yang jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan. 

Kucing bukan sekadar haiwan peliharaan saja malah dah jadi macam ahli keluarga sendiri. Ya lah, hari - hari kita belai dan bermanja dengan si bulus. 

Doa kucing hilang

Bila kucing kesayangan tiba - tiba hilang, memang tak tentu arah juga. Terfikir macam - macam tentang keadaan kucing. Risau takut tak dapat nak sesuaikan diri dengan keadaan di luar. 

Sebagai pemilik kucing, perlu peka sekiranya sesuatu yang tak dijangka berlaku dekat si bulus. Sekiranya betul  - betul terjadi. Kita dah dalam keadaan sedia. 

Jadi, ini tips untuk mencari kucing yang hilang. 

11 Tips Mencari Kucing Yang Hilang 

Kucing yang dibela tiba - tiba hilang sebenarnya ada banyak faktor. Kemungkinan dicuri atau pun sesat bila keluar dari rumah. 

Maklumlah kucing bukan suka sangat nak terkurung dalam rumah walaupun bukan letak dalam sangkar pun. 

Jadi,itu normal bila kucing keluar dari rumah. Kucing pun ada stres, ataupun jika kucing jantan nak cari kucing betina. Ada juga yang hilang sebab sakit. 

Doa kucing hilang

Mungkin pemilik kucing kadang - kadang tidak sedar kucing dah ada tanda - tanda sakit. Kucing bela di rumah ni bila terlepas keluar, tak semua boleh melindungi diri. 

Bila berada di luar, kemungkinan juga boleh terkena risiko kecederaan. Mungkin bergaduh dengan kucing stray yang lain ataupun risiko dilanggar. 

Semoga tips di bawah ini dapat membantu pemilik kucing agar kucing yang hilang segera ditemukan. 

1. Segera Lakukan Pencarian 

Bila dah perasan kucing dah tak ada, segerakan untuk terus mencari. Mungkin si bulus masih ada di kawasan sekitar dan tidak pergi jauh. 

2. Bawa Makanan Kegemaran 

Jangan lupa semasa tengah operasi pencarian si bulus, bawa sekali makanan kegemaran. Kalau bawa kibbles dalam bekas buat bunyi - bunyi kibbles dalam bekas. 

Sebagaimana korang nak bagi si bulus makan. Mana tahu dari bunyi yang biasa kita buat, si bulus lebih kenal. 

3. Panggil Si Bulus Dengan Suara Lembut

Panggil nama si bulus dengan lembut dan jelas. Biasakan panggil sebagaimana korang panggil dekat rumah. 

Doa kucing hilang

4. Pasang Telinga 

Sentiasa pasang telinga untuk mendengar suara kucing di kawasan sekitar. Mungkin terjatuh dalam longkang atau terperangkap di mana - mana. Korang boleh peka dengan bunyi kucing. 

5. Dapatkan Pertolongan Jiran

Dalam masa yang sama, boleh dapatkan pertolongan dari jiran - jiran. Sekarang dah boleh bertanya kat group whatssap. 

Bertanya jiran - jiran takut ada ternampak si bulus di mana - mana. Mana tahu boleh jadikan "tanda" yang si bulus pernah berada di sana. 

6. Cari Di Pusat Perlindungan Haiwan ( shelter ) Dan Vet Yang Terdekat 

Cuba untuk cari juga di shelter ataupun vet yang terdekat. Kemungkinan ada orang terjumpa dan hantar ke shelter untuk lebih selamat. 

7. Bertanyakan Pada Kucing - Kucing Jalanan

Tips ini ramai juga yang buat, bercakap dengan kucing - kucing jalanan. Sambil bagi makan dekat stray cats.

Korang boleh ajak berbual - bual dengan kucing jalanan. Kucing ni istimewa. Kita buat baik, insyaAllah dengan kuasa Allah, Dia yang izinkan.

8. Buat Flyer / Poster 

Selain buat poster digital untuk di post kan dalam sosial media, korang boleh juga buat flyer ataupun poster dan tampal di kawasan sekitar. 

Sekurang - kurangnya, orang yang lalu lalang terbaca boleh nampak dengan jelas kucing yang hilang macam mana. 

9. Hebohkan Kehilangan Kucing Di Sosial Media

Gunakan kuasa digital sekarang dengan war - warkan kehilangan kucing di media sosial. Contohnya boleh join terlebih dahulu group - group yang ada di facebook. 

Banyak sekarang group - group yang dah ada. Jangan lupa, join group untuk setiap negeri pun ada.

Mana tahu ahli - ahli dalam group ada yang tinggal berdekatan. Jadi senang kita nak tahu update - update terkini. 

Sejak sis join sendiri group - group kucing ni. Ramai juga yang post pasal kehilangan kucing. Ada yang dijumpai, tengah mencari dan macam - macam kes. 

Di antara group - group yang boleh korang join

1. Kucing & haiwan hilang // Jumpa Malaysia 

2. Selamatkan Kucing Dan Anjing Jalanan Malaysia / Please Adopt For Free 

3. Kelab Pencinta Kucing Malaysia 

Masuk dalam group - group ini insyaAllah ada yang akan membantu kita. 

10. Meronda Kawasan Kejiranan

Selain itu, teruskan meronda kawasan kejiranan. Sentiasa melihat tempat - tempat yang tersembunyi contohnya di dalam longkang. 

11. Berdoa 

Jalan terakhir adalah berdoa bersungguh - sungguh agar si bulus yang hilang segera ditemui.

4 Doa Kucing Hilang Agar Kembali 

Doa kucing hilang

Selain dari usaha untuk mencari kucing yang hilang, berdoa dengan bersungguh - sungguh meminta pada Allah supaya kucing yang hilang dapat ditemukan kembali. 

Memang tak senang duduk buat pemilik kucing bila berlakunya situasi yang tidak dijangka, kucing tiba - tiba hilang. 

Di sini, sis kongsikan doa - doa ringkas  dalam bahasa melayu untuk mencari kucing hilang. Semoga Allah mendengar rintihan hambaNya. 

#1 Doa Mencari Kucing Hilang 

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan ………….. yang hilang kepada tuannya. 

Ya Allah, kembalikanlah kepada saya ………….. saya yang hilang kerana ………….. itu adalah pemberianMu kepada hambaMu. 

Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani. 

Ya Tuhanku, aku mohon supaya dikembalikan ………….. (Sebutkan nama barang/sesuatu yang hilang tersebut) yang telah hilang secepat mungkin.”

#2 Doa Mencari Kucing Hilang 

“Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan …………..ku yang hilang dengan kebaikan dan afiyah.”

#3 Doa Mencari Kucing Hilang 

Wahai Yang Maha Memberikan Petunjuk sesuatu yang hilang arah, wahai yang Maha Mengembalikan sesuatu yang hilang, kembalikanlah kepadaku …………..ku yang hilang dengan kemuliaanMu dan kekuasaanMu, sesungguhnya itu adalah dari pemberianMu dan kemurahanMu.”

#4 Doa Mencari Kucing Hilang 

“Ya Allah, ia adalah harta dan rezekiMu, dan aku adalah hambaMu, Engkau mempercayaiku ketika Engkau memberi aku rezeki. 

Ya Allah, beri aku ilham untuk bersyukur padaMu dengannya, dan beri aku kesabaran atasnya ketika Engkau mencabut dan mengambilnya.

Ya Allah, Engkau memberi dan Engkau mencabut. Ya Allah, jangan Engkau halangi aku untuk mendapatkan pahalanya dan jangan Engkau lupakan aku setelahnya di duniaku dan akhiratku, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. 

Ya Allah, aku milikMu, bersamaMu, menuju kepadaMu, dan berasal dariMu, aku tidak memiliki diriku sendiri untuk mendatangkan bahaya mahupun manfaat.”


Di pengakhiran doa, tutupilah dengan selawat dan doa ini:

Maksudnya: “Ya Allah, berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini dan gantikan dengan yang lebih baik daripadanya.”


1 تعليقات

  1. kucing hilang ni lagi buat kita sedih dari menghadapi kematian depa. sebab duk fikir di mana depa ada, makan apa, kalau hujan fikir sejuk depa dan macam2 lagi lah kan..

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم