Bahaya Kesan Pengambilan Gula Berlebihan Dalam Badan. No 7 Ramai Yang Tak Tahu

Salam semua, kadang - kadang kita tak sedar badan kita dah terlebih pengambilan gula. Terutamanya gula putih atau ada orang panggil gula kasar, gula pasir

Gula putih memang merupakan sumber tenaga untuk tubuh manusia. Tapi, bila diambil secara berlebihan boleh memudaratkan badan kita.

gula

Nama lain gula adalah sukrosa, gabungan gula ringkas fruktosa dan glukosa. Gula ni banyak nama tau. Kadang - kadang kita tak perasan yang kita beli dekat pasaraya tu dah letak nama - nama macam ni. 

Ada lagi nama lain nanti sis beritahu kat bawah. Jadi, kena lah sentiasa semak label - label makanan sebelum beli.

Dalam makanan dan minuman kita ni pun tak sedar dah banyak gula kita ambil. Tahu tak secara puratanya gula hanya perlu diambil dalam 4 sudu makan sehari atau tidak melebihi 50 gm. 

Cuba timbang tengok banyak mana gula yang sepatutnya diambil. 

Sejarah Gula Yang Anda Perlu Tahu

Korang kenal Doktor Rizal, Doktor Norman, Doktor Nordin. Ada tak yang follow. Rajin - rajin la follow sebab banyak maklumat kesihatan yang mereka bagi tahu. 

Salah seorang nya Doktor Rizal. Menurut Doktor Rizal, gula pasir dibawa masuk penjajah yang datang menjajah Tanah Melayu. Tahu tak ? 

Jika korang nak tahu sebelum wujudnya gula pasir, nenek moyang kita minum teh, kopi tanpa pemanis. Cara terbaik dapatkan nutrien dari minuman tersebut.

Zaman sekarang gula semulajadi boleh diambil dari madu, gula kelapa ataupun gula kabung.  Sebab itu lah yang gula semulajadi dari real food ni memang premium dan mahal sikit. 
.
Madu dan gula kelapa ada nilai GI sederhana rendah serta rendah kalori berbanding gula pasir.

Fakta Tentang Gula Yang Perlu Kita Tahu

Sebelum itu, jom kita ambil tahu apakah gula.? Seperti yang sis bagi tahu, gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

Tetapi ramai yang kebanyakannya tidak sedar, gula juga boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. 

Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

Selain itu, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. 

Ramai orang yang tak sedar, gula dah ada dalam diet harian yang diperolehi daripada sumber daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. 

Ini yang penting dan ramai orang tak tahu, pada label makanan, gula juga boleh dikenali sebagai : 

1. Sukrosa (sucrose)
2. Fruktosa (fructose)
3. Sorbitol
4. Manitol (mannitol)
5. Sirap jagung (corn syrup)
6. Madu (honey)
7. Malt
8. Ekstrak malt (malt extract)
9. Maltosa (maltose)
10. Ekstrak beras (rice extract)
11. Molas (molasses)
12. Golden syrup
13. Inverted sugar.

Gula diperbuat daripada apa ? Gula putih atau gula pasir adalah hasil dari pemprosesan tebu. Tapi tu lah disebabkan proses macam tu gula pun boleh jadi putih. Guna bahan apa sampai jadi putih macam tu kan. 

Sis ada tengok video dari youtuber dari China yang proses buat gula dari tebu. Lepas dia masak sampai pekat jadi gula melaka. Warna gelap koko. 

Kemudian tengok ada video dari India, orang kampung yang proses gula tebu masak - masak sampai pekat jadi gula merah peroi macam tu. Tak adalah sampai jadi putih. 

Apa Jadi Pada Tubuh Sekiranya Pengambilan Gula Menjadi Tidak Terkawal ? 

gula

Tahu tak korang, apabila pengambilan gula menjadi tidak terkawal dan terlalu banyak, organ dalam tubuh badan iaitu pankreas tidak akan mampu untuk menghasilkan insulin 

Iaitu hormon yang membantu tubuh badan kita mengawal paras glukosa dalam sel darah ke paras yang normal.

Sekiranya kuantiti insulin dalam badan kita tidak lagi separas dengan kadar glukosa yang terdapat dalam tubuh badan, ianya akan menyebabkan paras glukosa meningkat dalam darah kita.

Nampak tak penting nya peranan insulin ini dalam badan. Tapi, bila gula berlebihan dalam tubuh boleh mendatangkan pelbagai penyakit untuk tubuh. 

Makanan Dan Minuman Manis Mengundang Bahaya

Kek, kuih dan minuman yang manis ni memang bila makan boleh mengurangkan stres. Lebih - lagi dalam bentuk comel - comel, warna - warni. Lagi rasa tertarik untuk makan. 

Asyik makan dan minum tak sedar dah berapa banyak telan gula. Orang panggil "sugar craving". Ramai yang tak tahu, buah - buahan, sayur - sayuran, tenusu dan bijirin dah ada gula semulajadi. 

Sebab itu, dalam real food sebenarnya dah ada gula. 

Gula semulajadi, ia boleh buatkan badan kita mencerna karbohidrat dengan perlahan supaya sel mendapat bekalan tenaga yang stabil. 

Gula tambahan memang tak diperlukan oleh tubuh langsung. Ikutkan ramai yang tak perasan kandungan gula dalam minuman dan makanan terutamanya yang dalam tin atau dalam botol.

Contohnya seperti segala sos - sos yang ada di pasaran, sos tomato, sos tiram, sos cili, segala jenis kicap - kicap manis. 

Kesan Pengambilan Gula Berlebihan 

Menurut laman web Hello Doktor apabila gula diambil berlebihan, lagi banyak risiko penyakit yang menanti. 

gula

1. Peningkatan Berat Badan Dan Obesiti 

Sebut saja masalah obesiti, semua orang tahu mesti ada kaitan dengan gaya pemakanan seharian. Ada bahagian yang selalu nampak bila masalah obesiti ni, adalah perut dah buncit. 

Tanpa kita sedar gula tambahan dari minuman manis terutamanya merupakan punca utama. Siapa lah nak tolak air manis, lebih - lebih lagi sekarang ni air pun 

2. Boleh Membawa Kepada Penyakit Jantung 

Diet tinggi gula boleh menyebabkan obesiti, keradangan dan peningkatan paras trigliserida, gula dalam darah serta tekanan darah – faktor risiko penyakit jantung.

Mengambil terlalu banyak gula, terutamanya daripada minuman manis dikaitkan dengan aterosklerosis – penyakit dicirikan oleh deposit berlemak dan penyumbatan arteri.

3. Risiko Menghidap Diabetes Jenis 2

Pengambilan gula berlebihan untuk tempoh yang panjang mendorong kepada rintangan insulin – hormon yang dihasilkan pankreas untuk mengawal glukosa.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik mencanak dan meningkatkan risiko diabetes. Dalam masa yang sama, ia boleh menyebabkan buah pinggang rosak. 

4. Meningkatkan Risiko Kanser 

Mengambil gula dengan berlebihan turut meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kanser.

Selain menjadi punca obesiti, diet tinggi gula juga meningkatkan keradangan dalam tubuh dan boleh menyebabkan rintangan insulin. Ketiga-tiganya meningkatkan risiko kanser.

5. Meningkatkan Risiko Kemurungan 

Berlawanan dengan diet sihat yang membantu meningkatkan emosi, diet tinggi gula tambahan dan makanan diproses seperti kek dan minuman boleh meningkatkan peluang untuk mengalami kemurungan dalam kalangan lelaki dan wanita.

6. Tenaga Cepat Habis

Kesan pengambilan gula berlebihan menyebabkan kadar gula darah dan insulin naik mendadak, yang membawa kepada peningkatan tenaga. Namun, lonjakan tenaga ini adalah untuk tempoh sekejap – dikenali sebagai sugar crush.

Kesannya anda akan lebih kerap mengantuk.

7. Proses Penuaan Kulit Berlaku Dengan Cepat

Bila usia meningkat, kedutan akan muncul. Perkara itu adalah biasa seiring dengan peningkatan usia. 
Namun diet yang tidak sihat boleh memburukkan lagi kedutan dan mempercepatkan proses penuaan tersebut.

Advanced glycation end products (AGEs) adalah sebatian yang terbentuk daripada tindak balas antara gula dan protein dalam tubuh, dipercayai penyumbang kepada penuaan kulit.

Diet tinggi karbohidrat dan gula bertapis membawa kepada penghasilan AGE, menyebabkan kulit menua lebih awal.

AGE merosakkan kolagen dan elastin – protein yang membantu menganjalkan dan mengekalkan keremajaan kulit.

8. Risiko Hati Berlemak 

Pengambilan fruktosa tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko hati berlemak. Ini kerana fruktosa hanya dicernakan oleh hati.

Di dalam hati, fruktosa ditukar kepada tenaga atau disimpan sebagai glikogen. Namun jumlah glikogen berlebihan akan bertukar menjadi lemak.

Kebanyakan gula tambahan adalah dalam bentuk fruktosa yang membebankan hati dan meningkatkan risiko penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) di mana keadaan dicirikan dengan pengumpulan lemak berlebihan dalam hati.

9. Masalah Kesihatan Yang Lain

- Risiko penyakit buah pinggang 
Mempunyai paras gula darah tinggi secara konsisten boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah halus dalam buah pinggang

- Penyebab kerosakan gigi
Makanan tinggi gula boleh menyebabkan gigi berlubang

- Penyakit Gout
Gout merupakan keradangan yang dicirikan dengan rasa sakit pada sendi. Gula tambahan menaikkan paras asid urik dalam darah – meningkatkan risiko mendapat atau memburukkan gejala gout.

- Percepatkan Penurunan Kognitif
Diet tinggi gula boleh menyebabkan ingatan terjejas dan dikaitkan dengan peningkatan risiko demensia.

Nampak manis itu sedap, tapi manis yang boleh jadi parah jika tidak dikawal. Selain itu, kena pantau juga sekiranya ada gejala - gejala yang menandakan isyarat badan jika terlebih gula. 

Kesimpulan 

Pendapat sis, gula bukannya tak boleh ambil tapi ambil lah dalam keadaan terkawal. Lidah pun memang nak rasa manis - manis jugak. 

gula

Tapi yang minuman hispter - hispter tu kena elakkan sikit. Sebab minuman macam tu tinggi gula. 

Kalau nak lagi sihat, banyak lagi gula - gula semulajadi dari real food yang boleh kita makan. Boleh buat pengganti gula pasir yang selalu biasa kita guna.

Nak gula sihat, boleh cuba gula kelapa original. 



Post a Comment

Previous Post Next Post