Salam semua, keunikan masakan Thai adalah terkenal dengan rasa aslinya. Menu masakan Thai pula bagi setiap hidangan mesti kena seimbang dengan rasa pedas, masam, masin dan manisnya.
Lagipun, resepi masakan Thai, walaupun orang kata ada kalanya agak rumit.
Namun, masakan Thai sebenarnya mudah disediakan di rumah. Produk bahan masakan Thai pun sekarang ini dah banyak di pasaran.
Terdapat banyak jenama dan pilihan untuk sos dan pes masakan Thai yang ada di pasaran.
Kalau betul - betul nak mengekalkan keaslian rasa Thai dalam masakan, kena pandai pilih produk yang betul.
Makanan siam di Kelantan memang tidak asing dah sebab negara berjiran kan.
Jadi, kalau datang ke Kelantan terjumpa menu makanan siam tidak kiralah jumpa di gerai tepi jalan ataupun di restoran tu dah biasa dah.
Dalam keluarga sis, isteri Pak Long asal dari selatan Thailand. Kalau pergi rumah dia, masak masakan siam tu memang tak lari dah sebab masa sis kanak - kanak, Mak Long berniaga mee celup.
Sampai sekarang sis teringat walaupun Mak Long sekarang dah tak berniaga dah.
15 Produk Bahan Masakan Thai Buat Masakan Lebih Asli Dan Sedap
Masakan Thai semua sedap - sedap bagi yang suka rasa keasliannya.
Di antara masakan yang popular kalau nak masak mesti lah ada tomyam, paprika, poktek, somtam, masak kengsom dan banyak lagi.
Di sini, sis kongsikan 15 produk bahan masakan Thai yang boleh korang beli untuk menambahkan lagi rasa keaslian masakan Thai.
Di platform online macam Shopee pun dah banyak jual produk masakan Thai. Harap dapat membantu korang terutamanya yang baru berjinak - jinak nak belajar masakan Thai.
Sis dah sertakan link untuk mudahkan korang nak beli nanti.
1. Serbuk Cili Thai
2. Pencicah Cap Arnab Sos Thai
Pencicah Cap Arnab sos Thai sesuai untuk pencicah lokching, sosej, nugget. Untuk ayam, kambing, ayam bakar kambing bakar pun sesuai sangat.Sos manis dan tidak terlalu pedas.
Pes tom yam Thai yang paling sedap. Jenama ini ramai yang beli dan semua kata sedap. Kuah tom yam agak merah. Mempunyai rasa masam, pedas dan berminyak.
Pes Tomyam Maepranom kena gabungkan dengan tomyam Kung, baru lah kuah tom yam sedap sikit.
Serbuk lada putih Thailand sesuai untuk semua jenis masakan. Terutamanya ditabur dalam mee, telur dadar dan lain - lain. Ia menambah aroma dalam masakan.
Kalau korang nak tahu, Kicap sotong Thai Viral atau juga dikenali dengan sos ikan, sesuai dijadikan penambah rasa dalam somtam.
3. Pes Tom Yam Thai ( Hot Item )
4. Tomyam Maepranom Paste Food
5. Serbuk Lada Putih Thailand
6. Kicap Sotong Thai Viral
Sesuai juga untuk ganti garam sebab kicap ini dah ada masinnya.
Letak dalam pelbagai jenis masakan ikut citarasa, contohnya dalam nasi kerabu, nasi goreng, nak buat goreng sayur pun boleh.
7. Gula Nisan Kerek Thai Viral
8. Sos Labu Thailand
Sos labu sangat sesuai untuk masak daging masak merah atau masak paprik lagi sedap. Rahsia masakan Thai.
Kicap bukit kicap masin Thai adalah bahan penyedap masakan Thai. Boleh letak dalam apa jua masakan Thai.
Air bawang putih biasanya diletak dalam masakan sup atau mee celup Thailand. Antara bahan wajib sebagai penambah rasa dalam masakan Thai terutamanya dalam masakan berkuah.
Udang kering Thai halus untuk pelbagai jenis masakan Thai seperti somtam, colek buah dan untuk pelbagai jenis masakan.
Kicap cap Budak untuk pelbagai jenis masakan nak buat nasi goreng, bihun dan lain - lain. Ada dua jenis kicap cari dan kicap pekat.
Budu Thai Nasi kerabu sedap, rahsia penyedap dalam masakan nasi kerabu Thai.
9. Kicap Bukit Kicap Masin Thai
10. Air Bawang Putih
11. Udang Kering Thai Halus
12. Kicap Cap Budak
13. Budu Thai Nasi Kerabu Sedap
14. Belacan Thai
15. Sambal Ikan Nasi Kerabu
Dah tahu kan rahsia masakan Siam sentiasa sedap dan lebih "kick". Tak ada alasan dah kalau nak masak sendiri di rumah nak buat resepi masakan Thai.
Wah, banyak lagi bahan makanan dari Thailand yang saya tak kenal dan tahu. Terima kasih sudi kongsi.
ردحذفBanyak yang saya tak pernah nampak. Yang biasa tengok pes tomyam dengan kicap sotong tu je
ردحذفإرسال تعليق