Cara Penjagaan Muka Yang Betul Dengan Skincare Terbaik | Panduan Rutin Harian Supaya Kulit Muka Glowing & Sihat

Cara Penjagaan Muka Yang Betul Dengan Skincare Terbaik | Panduan Rutin Harian Supaya Kulit Muka Glowing & Sihat | 

Salam semua, sis ada tertengok kat TikTok ada seorang ahli dermatologi, orang Korea, masa tu dia buat video nak sharing pasal mak mertua dia buat basic skincare routine.

Masa mula - mula sis tengok nampak macam muda lagi mak mertua dia sebab nampak skin muka flawless sangat.

Lepas dia reveal mak mertua dia dah masuk umur 70 tahun. Dalam video tu, mak mertua dia ada sharing produk - produk yang digunakan untuk skincare rutin harian dari awal pagi sampai ke malam.

Ini termasuklah produk wajib untuk penjagaaan muka termasuk lah sunscreen dan pelembap muka.

Sampai ke usia 70 tahun sunscreen dan moisturizer tak pernah tinggal. Menantu dia approved apa yang mak mertua dia buat untuk skincare routine tu.

Selain itu, mak mertua dia ada kongsi juga amalan gaya hidup yang sihat seiring nak jaga kecantikan kulit wajah.

Tips Penjagaan Kulit Muka Dengan Betul - Waktu Siang & Malam

 
Skincare terbaik

Nak jadi kulit cantik dan flawless macam orang Korea bukan senang juga, perlukan banyak effort.
 
Walaupun penggunaan skincare juga adalah penting. 

Tapi, tips penjagaan terbaik kulit muka dengan betul perlu diambil berat.

Semua orang nak kulit bebas jerawat, bebas jeragat dan bersih. Tapi bila bab nak jaga kulit muka dengan betul selalu merungut.

Jadi, sebelum itu sis nak kongsi dengan korang beberapa tips penjagaan kulit muka dengan betul yang perlu korang ambil berat.


1. Kenali Jenis Kulit Wajah
Pertama sekali, penting untuk korang tahu jenis kulit sama ada kulit berminyak, kulit kombinasi, kulit normal ataupun kulit sensitif.

Sangat penting ya sebab bila kita dah kenal jenis kulit muka kita macam mana, baru kita boleh pilih produk yang sesuai dengan kulit muka.


2. Pemilihan Cleanser Yang Sesuai
Pencuci muka ni adalah satu step yang penting untuk membersihkan kulit muka kita dari kotoran. Nak cari pencuci muka terbaik ni pun ikut jenis kulit juga.

Cari cleanser yang mengandungi bahan yang memang elok untuk kulit kita. Terutamanya bagi yang kulit sensitif.


3. Penggunaan Moisturizer Adalah Wajib
Langkah penggunaan moisturizer sangatlah penting untuk penjagaan kulit muka. Tidak kira kulit jenis berminyak, kulit kombinasi ataupun kulit normal wajib pakai.

Pelembap muka ni bukan saja untuk orang yang ada masalah kulit kering. Malah untuk jenis kulit berminyak pun kena lah pakai.

Walaupun kulit berminyak ni dah ada minyak semulajadi, moisturizer kena pakai untuk seimbangkan minyak pada kulit.


4. Pakai Sunscreen
Penggunaan sunscreen atau sunblock untuk kulit wajah adalah satu langkah awal untuk mencegah tanda - tanda penuaan.

Sangat penting walaupun hanya duduk di rumah. Nak hindari kulit kusam, gelap, sunburn dan juga jerawat cari sunscreen terbaik yang sesuai dengan kulit muka.


5. Makan Sayur Dan Buah - Buahan
Sayur dan buah - buahan mengandungi banyak vitamin dan nutrisi yang baik untuk kulit. Sebenarnya, ramai yang tak tahu rahsia cantik sebenar adalah daripada amalan pemakanan yang sihat.

Bila dah cantik dalaman, luaran pun akan cantik juga. Jadi, banyakkan pengambilan sayur dan buah ok.


6. Kawal Pengambilan Gula
Gula yang berlebihan dalam badan boleh membuatkan kulit jadi kusam dan mudah untuk garis halus muncul di kulit muka.

Sebab itu kena hadkan pengambilan gula jika nak kulit cantik.


7. Banyakkan Minum Air Putih
Penting untuk minum air putih yang mencukupi untuk tubuh kita kekal hidrat. Selain itu, toksin dapat disingkirkan dalam badan menjadikan kulit lebih sihat.


8. Dapatkan Tidur Yang Cukup
Kesan akibat kurang tidur sebenarnya boleh menyebabkan muka tak bermaya, kulit kusam dan juga mempercepatkan penuaan.

Jadi, tidur yang mencukupi amat penting untuk dapatkan kulit muka yang sihat dan cantik. Ni antara tips paling mudah nak dapatkan kulit yang flawless.
 

3 Elemen Penting Dalam Basic Skincare Routine

Kalau dulu sis macam keliru juga, yang mana satu langkah penjagaan yang betul untuk kulit muka. Kadang - kadang terfikir rasa macam dah pakai macam - macam kulit muka tetap hasil sama. 

Rupanya tersilap langkah dalam basic skincare routine. Kena check balik ya cara pakai skincare korang betul ke selama ini.

Kalau korang ada masalah kulit kering tapi rutin penjagaan asas pun tak berapa nak buat, boleh merangsang garis -garis halus, kulit menggelupas, kulit pun kusam dan kedutan.

Masalah kulit kering ini antara punca kulit muka makin menipis, skin barrier rosak jadi banyak hasilkan minyak. Maka terjadilah masalah kulit berminyak pula. 

Jerawat muncul sana sini sebab liang pori tersumbat. Kulit muka pun nampak lebih berminyak. Liang pori besar pun akan muncul.

Masalah kulit ini semua boleh dicegah jika sentiasa mengamalkan cara pakai skincare yang betul dan buat secara konsisten.

Ada 3 langkah yang penting dalam rutin penjagaan asas untuk kulit muka. Yang ini lah sis selalu buat secara konsisten. Tak banyak hanya 3 step mudah saja.


Skincare terbaik

1. Membersih

Langkah penting dalam basic skincare routine adalah dengan memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit.

Dalam memilih pencuci muka terbaik dan sesuai, carilah yang dapat menjaga juga kelembapan kulit muka kita dan tidak merengsakan kulit

Bila kulit muka dah bebas dari kotoran, muka mestilah terasa segar dan lembap. Jadi, jangan malas nak cuci muka ni terutamanya pada waktu malam sebelum tidur.


2. Melembap

Selepas sis basuh muka, kulit tengah dalam keadaan lembap, langkah kedua dengan menggunakan pelembap muka.

Cari moisturizer/pelembap muka terbaik . Yang ini langkah penting sebab pelembap muka ni, ia bertindak dengan baik apabila kulit dalam keadaan lembap.

Jadi, lepas cuci muka terus pakai pelembap. Pelembap muka ni berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit muka kita dan juga mengawal pengeluaran minyak di kulit muka.


3. Melindungi

Penggunaan sunscreen / sunblock adalah langkah terakhir dalam rutin penjagaan asas. Kena wajibkan pakai sunscreen setiap hari untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya.

Lebih - lebih lagi bila kulit kita terdedah dengan cahaya matahari. Tidak kira lah di luar rumah atau duduk di dalam rumah.

Kalau dulu, sis tak berapa ambil berat sangat pasal penggunaan sunscreen ni, rupanya sangatlah penting untuk kulit dalam masa yang sama untuk mencegah penuaan pramatang.


Skincare Rutin Harian | Cara Pakai Skincare Dengan Betul Untuk Waktu Pagi Dan Malam

Skincare terbaik

Sis buat skincare routine 2 kali sehari saja. Pada waktu pagi dan malam. Pada waktu pagi, mulakan dengan langkah mencuci muka hingga bersih.

Kemudian, sis pakai pelembap muka dan krim siang sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature. Kalau sis keluar ke mana - mana, baru sis pakai make up.


Aqua Whitening Cream - Moisturizer Water based Untuk Krim Siang Dan Krim Malam Terbaik

Skincare terbaik

Nak tahu rahsia kulit kekal sihat, cantik dan glowing adalah pakai pelembap muka. Memakai pelembap muka sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat.

Rutin sebelah pagi, sebelum pakai sunscreen, apply terlebih dahulu pelembap muka.

Untuk rutin sebelah malam selepas cuci muka, apply pelembap muka sebelum tidur.

Penggunaan yang konsisten dapat membantu untuk menyeimbangkan keadaan kulit muka kita. Moisturizer terbaik pilihan sis semestinya Aqua whitening cream yang bersifat water based.

Di antara bahan utama yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream ini adalah Niacinamide yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengawal minyak di kulit wajah. 

Niacinamide dapat membantu kunci kelembapan dari dalam kulit sebelum kita apply skincare yang lain.

Skincare terbaik

Krim Aqua yang ringan, tidak melekit dan tidak berminyak

Ekstrak herba dari minyak biji Camellia Japonica pula dapat membantu menghalang kehilangan air dalam wajah.

Bukan itu saja, garis - garis halus dan bintik - bintik gelap yang muncul disebabkan kulit kering, masalah ini dapat diatasi dengan pelembap muka.

Moisturizer water based, Aqua Whitening Cream juga membantu mencerahkan warna kulit yang sekata, memudarkan jeragat, mengawal pengeluaran minyak di kulit muka, mengawal pori besar dan mengelakkan dari jerawat tumbuh.

Sis yakin dengan bahan ekstrak semula jadi yang ada dalam Aqua Whitening Cream ini dapat membantu semua masalah tersebut sebab sis sendiri pun dah pakai.

Baru lah kulit wajah pun lebih berseri - seri dari dalam dan nampak glowing.

Untuk kulit berminyak macam sis, moisturizer untuk kulit berminyak ini best sangat pakai sebab ia berasaskan dari titisan air.
 
Skincare terbaik

Semasa tengah sapu rata, titisan air atau "water drop" ini akan keluar. Jadi, masa tengah buat gerakan mengurut di kulit muka, kulit terasa lembap dan krim ini mudah menyerap ke dalam kulit, tidak berminyak dan tidak melekit.

Moisturizer water based ini antara glowing skincare untuk cara penjagaan muka yang mudah untuk kulit yang sihat dan cantik.


Krim Siang Terbaik - Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature

Di antara urutan langkah skincare rutin harian yang betul adalah dengan penggunaan sunscreen.

Penggunaan sunscreen adalah langkah yang terakhir dalam rutin penjagaan asas untuk kulit muka selepas pelembap muka.

Skincare terbaik

Lapisan sunscreen wajib dipakai sebelum mengenakan sebarang alat solek di kulit muka. Sis dah mula pakai Aloe Vera sunscreen sejak tahun lepas lagi bila dapat tahu kesedaran pakai sunscreen untuk kulit muka sangat lah penting.

Lagipun, apa yang sis suka sangat dengan Aloe vera sunscreen ini, sebab ia adalah dari jenis hybrid sunscreen.

Kalau nak bandingkan dengan chemical dan physical, krim siang sunscreen spf 50 terbaik ini lagi bagus sebab ia ambil kebaikan dari kedua - dua physical sunscreen dan chemical sunscreen.

Ini salah satu tips untuk memilih sunscreen yang bagus dan sesuai untuk semua jenis kulit, semestinya produk skincare terbaik dari Hansaegee Nature.

Yang best sekali, sunscreen yang bagus ini juga sunscreen untuk kulit berminyak. Sis dari jenis kulit berminyak, bila sapu rata krim di kulit, sunscreen ni tak ada rasa berminyak langsung.

Tekstur krim yang ringan, lembut dan tidak melekit memudahkan untuk kita sapu rata di kulit muka.

Skincare terbaik

Best pakai, cepat meresap ke dalam kulit

Yang penting, lepas sapu rata, efek kelembapan juga ada pada kulit sekaligus ia dapat menghidratkan kulit muka kita dengan baik.

Kebanyakan sunscreen yang ada di pasaran bila sapu rata di kulit muka, akan nampak white cast. Kelebihan yang ada pada sunscreen dari jenis hybrid sunscreen ini, ia tidak meninggalkan kesan white cast di kulit muka.

Skincare terbaik

Sis pun ada keyakinan nak keluar sebab memang tiada langsung kesan putih, kulit memang nampak natural macam biasa.

Untuk pengetahuan korang sunscreen yang bagus ini tidak kalis air ( not waterproof ). Sunscreen ni paling best sebab ia sunscreen yang boleh basuh dengan air je.

Jadi, bila keluar pergi mana - mana, time nak solat tak adalah ambil masa lama. Sekali basuh terkena air, gosok lembut biar rata dah pun tanggal.

Skincare terbaik

Nak dapatkan perlindungan yang maksimum dari sinar UV, pastikan korang guna suncreen sebanyak 2 jari, iaitu 1 jari telunjuk dan 1 jari tengah.

                                              Skincare terbaik

Setelah sunscreen meresap sepenuhnya ke dalam kulit, baru lah korang boleh guna makeup. Krim siang terbaik ini sis dah jadikan juga sebagai makeup base.

Bila kulit dah sihat nak apply makeup pun senang bagi yang suka makeup simple macam sis.

Tak bercapuk langsung bila apply foundation atas muka. Kulit muka pun kekal lembap, glowing dan flawless. Make up pun tahan lama dan cantik.


Tips Muka Glowing - Moisturizer Aqua Whitening Cream & Aloe Vera Sunscreen

Bila setiap hari sis konsisten untuk buat skincare rutin harian, sis dapat rasakan perubahan pada kulit muka. Nak kulit cantik dan sihat kan, kena lah berusaha nak dapatkan kulit cantik.

Yang penting kena buat 3 elemen penting iaitu membersih, melembap dan melindungi. Kulit muka sis jenis berminyak.

Jadi, pilihan sis untuk glowing skincare adalah memilih pelembap muka terbaik dan sunscreen terbaik juga dari Hansaegee Nature yang sesuai untuk semua jenis kulit especially skincare untuk kulit berminyak sis.

Walaupun sis tak guna serum dan toner, kulit muka tetap kekal lembap dan masalah kulit yang pernah sis alami dulu pun dah semakin baik.

Kedua - dua produk dari Hansaegee Nature ini adalah serasi dengan kulit muka sis. Ok, sis dah bagi tahu dah rahsia kulit glowing dan flawless yang sis amalkan sejak tahun lepas lagi.

Sebelum nak keluar tu, tunggulah 20 minit untuk sunscreen menyerap dengan baik ke dalam kulit.

Balik tu, sis remove dengan make up remover nak tanggalkan solekan.

Kalau tak keluar mana - mana, duduk di rumah saja pun penggunaan sunscreen tetap wajib pakai.

Contohnya macam sis, aktiviti siang hari kalau tak ke mana - mana hari cuti, memang duduk dalam rumah. Kat luar ni cuaca dah panas, tapi dalam rumah sis tetap pakai sunscreen.

Kita tak sedar dalam rumah ni pun, banyak terdedah kepada sinaran cahaya biru "blue light" dari telefon, Tv, laptop. Lebih - lebih lagi sis ni banyak kerja buat depan laptop.

Masak kat dapur tu pun dalam persekitaran panas. Kulit terdedah kepada haba dari api dapur. Itu pun ramai yang tak sedar kan. Kalau tak pakai sunscreen, kulit muka kita lagi cepat rosak.

Kalau buat aktiviti luar pun, sis menyapu sampah, siram pokok dan lain - lain. Sis tak perlu risau sebab dah pakai sunscreen SPF 50 yang secukupnya pada kulit muka.

                            Skincare terbaik

Pada waktu malam, sebelum tidur, cuci muka dengan bersih. Kemudian, sis pakai pelembap muka moisturizer water based untuk krim malam.


Kenapa Perlu Pakai Moisturizer Dan Sunscreen Setiap Hari

Moisturizer dan sunscreen adalah 2 produk yang wajib untuk dipakai, selepas pembersih muka. Kedua - dua produk ini adalah saling melengkapi dan mempunyai manfaat untuk kulit.

Kepentingan sunscreen adalah untuk melindungi kulit wajah daripada sinar UV yang berbahaya. Dalam masa yang sama ia dapat memastikan kulit sentiasa kekal lembap, dan tidak kering hingga merekah.

Sebab itu, penting untuk memilih sunscreen yang bagus dan sesuai dengan jenis kulit muka.

Sama juga dengan pelembap muka, sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat. 

Moisturizer berfungsi untuk memberikan kelembapan yang secukupnya pada kulit muka di samping dapat mengawal pengeluaran minyak di kulit muka.

Kesan tidak pakai pelembap muka, kulit tidak mempunyai penghidratan yang cukup dan boleh menyebabkan masalah kulit kering dan menggelupas.

Selain itu, jika kulit kita tidak dapat kelembapan mencukupi, garis - garis halus akan muncul, kulit muka nampak kusam dan nampak tua sebelum usia.

Untuk mengelakkan tanda - tanda masalah kulit kering ini berlaku, pilih pelembap muka terbaik . Fungsi pelembap muka jika digunakan secara konsisten, masalah kulit kering dapat dibaikpulih.
 

Skincare Yang Tidak Menyumbat Pori

Salah pilih skincare yang ada kandungan comodogenic ni boleh menyumbat pori - pori kulit. 

Kesannya, ia boleh menyumbat aliran keluar sebum atau minyak pada kulit menyebabkan munculnya jerawat dan juga masalah kulit yang lain.

Skincare untuk kulit berminyak Aqua Whitening Cream dan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature ini adalah non - comodogenic, tidak menyumbat pori. Jadi, jangan risau nak pakai.

Sepanjang sis guna, tiada masalah yang berlaku malah kulit muka makin sihat dan glowing. Kita nak kulit muka bebas dari masalah kulit pun dah puas hati.
 
Lagipun, kedua - dua produk ini adalah paraben free, sulfate free dan alcohol free. Lagi terasa yakin nak pakai.

Untuk maklumat lanjut dan nak dapatkan produk ini secara online, boleh layari laman web dan sosial media Hansaegee Nature.


Brand: Hansaegee Nature





                                   skincare terbaik

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post