Salam semua, kalau sebut tentang umrah semua ada impian nak mengerjakan umrah kan. Banyak juga dengar cerita - cerita yang orang Malaysia ni buat umrah DIY.
Sis selalu follow channel orang Malaysia tapi tinggal kat Arab Saudi.
Dia terserempak dengan makcik - makcik pencen buat umrah DIY tanpa guna agen. Hebat kumpulan makcik - makcik ni.
Orang kata berani sebab tak guna agen kan. Kalau tak biasa dengan syarat - syarat undang kerajaan Arab Saudi susah jugak kan.
Terfikir - fikir boleh buat ke nak buat umrah DIY. Macam - macam dalam fikiran. Sekarang ni kos nak pergi umrah bukan murah, jatuh dalam RM 8k seorang pergi dengan agen.
Pergi dengan agen ni, maklumlah jadual memang kena ikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak agen. Masa dan tempat bila berada di sana nanti semua telah ditetapkan.
Yang mana lambat memang kena tinggal, terutamanya kalau ada ziarah nak pergi mana - mana.
Sebab pengalaman umrah sis pernah kena, kita baru balik masjid..tup tup dah dengar jemaah umrah yang lain dah naik bas pergi ziarah mana - mana.
Satu lagi, bila waktu makan, naik kat dewan makan tengok - tengok makanan dah habis dah. Bila terlambat lepas waktu makan memang macam ni lah.
Yang pergi umrah dengan agen mesti ada pengalaman macam sis.
Maksud Umrah DIY
Maksud umrah DIY ni adalah umrah do-it-yourself
Tanpa menggunakan syarikat agensi, umrah boleh dilakukan secara do-it-yourself.
Dulu, tak ramai yang tahu pasal umrah DIY ni, lama - lama bila dah jadi trending dan orang pun dah mula beralih untuk pergi umrah dengan DIY sebab lebih jimat.
Kebanyakan yang pergi umrah DIY ni yang dah pergi umrah banyak kali dan tahu prosedur macam mana.
Bila dah tahu selok belok macam mana, terasa nak pergi secara DIY pun dah boleh sebab dah ada pengalaman masa pergi dengan pihak agensi.
Untuk umrah DIY, semua buat sendiri sebab tidak ada pegawai ataupun mutawif sepanjang berada di sana nanti.
Semuanya kena rancang dengan teliti supaya jadual perjalanan kita di Tanah suci berjalan dengan lancar.
Kelebihan Umrah DIY
Kelebihan umrah DIY ni banyak sebenarnya. Walapun nampak macam banyak benda nak kena buat.
Tapi kalau dah buat rancangan betul - betul, insyaAllah apa yang kita rancang itu akan dipermudahkan urusan perjalanan untuk mengerjakan umrah dengan tenang dan selesa.
Nak tahu apa kelebihan umrah DIY ni, baca di bawah.
1. Jimat Kos Yang Besar
Nak mengerjakan umrah ni kalau nak pergi ramai - ramai bawa keluarga memang sesuai buat umrah DIY nak banding pergi dengan agensi.
Pergi dengan agen memang makan kos yang besar sikit.
2. Dapat Rancang Itinerary ( jadual perjalanan dan aktiviti sendiri )
Kalau pergi dengan agensi, itinerary semua dah ada, kita tak perlu fikir banyak dah. Tapi, rancang sendiri itinerary rasa masa lagi fleksibel. Sebab kita tidak terikat dengan mana - mana jadual yang ditetapkan oleh pihak agensi.
Dengan adanya itinerary kita sendiri, rasa tak ada dah nak terkejar sana - sini ikut jadual pihak agensi. Yang ada kalanya kita sendiri pun tertinggal ke belakang.
3. Pilih sendiri hotel mana yang sesuai ikut bajet
Nak tinggal hotel mana ikut bajet, boleh pilih sendiri ikut keselsaan dan kemampuan kita. Tak ada rasa macam kena tipu pihak agensi cakap hotel dekat dengan masjid, tapi bila sampai hotel jauh dari masjid.
4. Rancang tarikh pergi dan balik umrah
Tidak terikat dengan pihak agensi, kita boleh rancang bila tarikh pergi dan balik umrah. Biasanya umrah ni dalam 2 minggu. Rancang sendiri nak rasa tinggal lama sikit pun boleh.
Samaada nak pergi ke Mekah dulu ataupun ke Madinah terpulang kepada kita.
5. Soal nak makan apa dan di mana, boleh pilih sendiri tempat yang disukai
Sebut soal makan pula, kita bebas nak makan di mana dan nak makan apa. Masa nak makan pun bebas tidak terikat dengan masa makan yang disediakan oleh pihak agensi.
6. Masa lebih fleksibel
Masa yang dirancang pun lebih fleksibel kalau nak ke mana - mana. Nak pergi ziarah pun tidak terikat dengan orang lain.
Kita tidak perlu untuk menunggu - nunggu orang lain dalam group. Jadi, masa banyak yang terbuang.
Apa Yang Perlu DiBuat Bila Merancang Nak Pergi Umrah DIY ?
Nak pergi umrah DIY ni, kena ada tips apa yang perlu dibuat supaya perjalanan ibadah umrah berjalan dengan lancar.
Ada kalanya, ada yang kita terlepas pandang. Persediaan dari mula hingga akhir ni mestilah dirancang dengan teliti.
1. Rancangan Itinerary
Penting untuk kita buat flow perjalanan bila sampai sana nanti, senang bila dah tersusun jadual nak pergi mana sepanjang ibadah umrah di sana nanti.
Berapa hari tempoh perjalanan untuk ke Madinah dan ke Mekah. Tempat mana yang nak perlu ziarah bila berada di Mekah dan Madinah.
2. Perancangan Bajet
Tiada guna kalau rancang saja tapi tak ada penetapan bajet untuk umrah. Boleh dah mula menabung dengan konsisten supaya impian untuk menunaikan umrah tercapai.
Banyak kos - kos yang perlu diambil kira untuk ke sana dan juga semasa di sana nanti. Semoga penetapan bajet yang kita lakukan berbaloi dengan perancangan kewangan kita.
3. Rancang Pilihan Tarikh Untuk Umrah
Sebenarnya pemilihan tarikh sangat penting juga sebab ia beri kesan kepada harga tiket dan tempat penginapan nanti.
Antaranya bila waktu Visa yang sesuai boleh dikeluarkan. Di Mekah dan Madinah ada musim tertentu. Pakaian apa yang nak dibawa pun antara faktor utama juga.
Bulan mana yang sesuai untuk melakukan umrah DIY.
4. Tempahan Tiket Penerbangan
Nak jimat, tempahan tiket penerbangan ni bergantung juga kepada tempat mana nak tuju dulu. Sama ada di Madinah ataupun di Mekah.
Nak cari tiket penerbangan ni kena bijak sikit kalau pandai cari tempat mana yang jual tiket murah secara online.
5. Tempahan Untuk Penginapan
Ada pelbagai faktor perlu diambil kira bila bab tempahan untuk penginapan sama ada di Mekah atau di Madinah.
Yang penting jarak lokasi dari hotel ke tempat ibadah sama ada dekat ataupun jauh. Nak dapatkan harga yang paling murah dan jimat pun kena pandai cari.
6. Permohonan Visa
Persediaan nak pergi luar negara, permohonan visa sangatlah penting. Dokumen apa yang diperlukan untuk permohonan visa.
Selain itu, berapa bayaran yang dikenakan untuk permohonan visa. Visa yang boleh digunakan untuk tempoh berapa lama.
7. Pilihan Perhubungan Dan Pengangkutan Di Mekah Dan Madinah
Sebaik tiba di airport, perkara yang difikirkan adalah pilihan pengangkutan yang ada. Dari segi pilihan untuk perhubungan pun perlu diambil kira.
Kad sim apa yang sesuai untuk dibeli supaya tidak rugi dan jimat sepanjang berada di sana.
Buat Umrah Tanpa Agen Dan Jimat Ribuan Ringgit
Nak merancang umrah DIY ni nampak macam mudah kan. Tapi kena ada ilmu juga. Kalau korang nak tahu, sis nak rekomen dekat korang baca ebook ni.
Pengalaman sebenar penulis macam mana penulis boleh buat umrah DIY dan jimat ribuan ringgit. Semuanya tersedia dalam ebook ini.
Melabur sikit dengan ebook ini, insyaAllah dalam masa yang sama wang dapat dijimatkan. Tak rugi siap ada 2 bonus istimewa jika korang memiliki ebook ini.
Banyak lagi tips umrah yang ada dalam ebook ini.
Pelaburan yang kecil tapi boleh buat umrah DIY dengan seluruh ahli keluarga. Boleh klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut .
wow... hebat yg pandai buat umrah diy ni... betul jimat
ReplyDeletePost a Comment