Salam semua, bisnes homestay antara bisnes yang popular zaman sekarang. Kalau nak cari homestay pun dah memang mudah dan senang nak dapat kan.
Ramai yang memilih untuk menginap di homestay sebab lagi murah sikit nak berbanding masuk hotel. Kapasiti pun muat ramai nak banding stay dalam hotel.
Zaman sekarang ni ada yang jadikan homestay sebagai tempat untuk hari perkahwinan pun ada.
Ada yang buat bisnes homestay ni untuk pendapatan sampingan. Tidak hairanlah ramai yang beli rumah kedua sebab nak buat bisnes homestay.
Dengan permintaan yang tinggi dengan keperluan untuk homestay dah boleh dijadikan sebagai pendapatan pasif bulanan.
Cumanya nak buat bisnes homestay bukan hanya sediakan rumah saja. Banyak benda nak perlu buat persediaan untuk jadikan bisnes homestay selalu berjalan dan sentiasa ada pelanggan keluar masuk.
Panduan Lengkap Untuk Memulakan Bisnes Homestay - Lubuk Duit Online
Kalau tengok senarai homestay yang ada di Booking Homestay memang banyak. Ramai pemilik homestay yang telah berdaftar di sini.
Ini salah satu langkah yang bagus untuk menarik pelancong - pelancong dari seluruh dunia. Nak mulakan bisnes homestay ni kena belajar daripada pengalaman pemilik homestay itu sendiri.
Banyak faktor - faktor yang perlu dipertimbangkan bila nak buat bisnes homestay ni. Terutamanya bagi yang baru nak berjinak - jinak nak buat bisnes homestay.
1. Pemilihan Jenis Homestay Dan Lokasi
Dalam bisnes homestay, pemilihan jenis homestay ni sangatlah penting sebab bisnes ni kalau boleh nak dalam jangka masa panjang.
Ada yang rumah 2 tingkat, rumah setingkat, ada yang dalam apartment.
Yang penting pemilihan lokasi ni kena ambil berat. Sebelum nak ambil keputusan nak beli hartanah untuk bisnes homestay, sama ada nak pilih lokasi homestay yang strategik.
Dekat dengan kawasan pelancongan khususnya. Kemudahan awa yang berada di sekitar pun perlu diambil kira.
Saiz rumah pun perlu dititik beratkan, Tak perlu yang besar - besar. Cukup rumah yang sederhana. Lagi mudah nak diurus berbanding rumah yang besar.
2. Menghias Homestay Mengikut Bajet
Nak nampak homestay kelihatan menarik dan cantik. Nak dapatkan pelanggan untuk homestay ni bukan mudah sebenarnya.
Nak lebih - lebih takut bajer terlebih, Nak kurang bajet dekat hiasan ni nanti pelanggan bagi rating rendah pulak.
Bab deko - deko dalam rumah memerlukan idea fikiran di luar kotak nak nampak rumah homestay yang boleh kan pelanggan tengok pada pandangan pertama mereka adalah sangat teratur dan menarik.
Barang asas yang perlu ada dalam rumah homestay ini juga sangat penting untuk naikkan nilai sewaan homestay.
3. Pengiklanan Homestay
Pemasaran untuk homestay juga kena lah ambil kira juga terutamanya bila untuk permulaan bisnes homestay ni nak cari pelanggan baru.
Sekarang dah mudah, guna segala media sosial yang ada untuk pengiklanan homestay. Boleh post di group group facebook.
Ataupun create satu instagram atau mana - mana media sosial yang fokus untuk pengiklanan homestay.
Sekarang yang popular adalah video. Boleh post di TikTok untuk menarik ramai pelanggan baru. Letak juga apa tawaran istimewa yang ada jika ada yang sudi menempah homestay.
Dengan cara ini, lagi ramai yang tertarik untuk menginap di homestay.
4. Cara Nak Sambut Tetamu Check-In
Tetamu yang nak masuk homestay ni ada pelbagai ragam sebenarnya. Macam mana nak serah kunci rumah homestay dekat tetamu secara berkesan.
Ini penting supaya tetamu tidak tunggu terlalu lama bila dah sampai tapi kunci tak ada. Tetamu pulak jadi tertunggu - tunggu pemilik homestay datang.
5. Selepas Pelanggan Check-Out Apa Perlu Buat
Setiap kali pelanggan check-out, perkara yang pertama sekali difikirkan adalah rumah perlu dicuci dan diselenggara.
Sangat penting ya langkah ni sebab nanti next pelanggan datang mestilah homestay dalam keadaan bersih.
Setiap inci dalam rumah homestay perlulah tengok dengan teliti, terutamanya dalam bilik air, dapur, bilik tidur dan sebagainya.
Kalau tetamu sebelum ni ada komen pasal kerosakan kecil dalam homestay, jangan ambil remeh terus baiki mana yang patut.
6. Strategi Untuk Kembangkan Bisnes Homestay
Jika nampak potensi untuk bisnes homestay ini boleh pergi jauh, korang perlu ada strategi macam mana nak kembangkan bisnes homestay lagi jauh.
Ilmu pengurusan kewangan kena mantap. Sebab nak elakkan kerugian yang berlaku. Perancangan yang teratur pun perlu ada untuk kembangkan lagi bisnes homestay.
Cara Mulakan Dan Menguruskan Bisnes Homestay
Nak menguruskan homestay ni bukan kerja mudah, walaupun ia sebuah rumah. Tapi perlu perancangan dan perhatian yang lebih teliti.
Yang mana baru nak berjinak - jinak nak mulakan bisnes homestay ni kena lah ambil pengalaman dari orang yang dah ada bisnes homestay.
Kena hadam balik ilmu - ilmu berkenaan bisnes homestay ni.
Jika korang masih tercari - cari siapa yang sudi kongsi pengalaman dalam menguruskan bisnes homestay, try baca ebook ni.
Pengamalan pemilik homestay yang tempahan asyik masuk bertubi - tubi. Apa rahsia Encik Faridil Atras ni ?
Korang boleh baca tips yang beliau kongsikan di sini. Boleh klik gambar di bawah :
Kesimpulan
Kalau nak cakap pasal cabaran untuk bisnes homestay ni banyak sebenarnya. Belum cuba buat, belum tahu.
Jangan jadikan itu penghalang untuk anda merealisasikan impian anda nak ada bisnes homestay sendiri. Benda boleh belajar, hadam dan praktis.
Semua itu perlukan masa. Jangan lupa untuk belajar juga dari orang yang dah ada pengalaman bisnes hometsay ni macam Encik Faridil Atras ni.
Post a Comment