Koleksi Resepi Menu Sahur Untuk 30 Hari Yang Simple Dan Sedap

Salam semua, jika menu buka puasa untuk 30 hari pun dah buntu nak fikir hari - hari. Masuk waktu sahur pun rasanya sama juga, sekiranya dah tak buat lebih masa juadah berbuka. 

Ada setengah orang, terpaksa masak menu lain untuk sahur nanti. Ada yang bangun seawal  3:30 pagi semata - mata nak masak untuk sahur.

menu sahur
 
Menu sahur ni pun kalau boleh nak masak sesimple mungkin. Ada juga yang buat menu sedap. Itu terpulang kepada citarasa masing - masing untuk masuk selera makan kan. 

Ok lah di bawah ini sis dah kumpul untuk resepi menu sahur 30 hari yang boleh buka selera masa waktu sahur nanti. 

Maklum lah masa waktu sahur ni ada kalanya tak lalu nak makan di awal waktu pagi. 

Terima kasih buat yang sudi berkongsi resepi - resepi yang sedap. Sis ambil di facebook. Semoga Allah merahmati kalian semua sebab sudi berkongsi resepi. 

Secara tak langsung, bagi idea untuk masak waktu sahur nanti. Menu - menu ini semua, kalau buat untuk juadah berbuka pun boleh juga. 

Resepi Menu Sahur Untuk 30 Hari Yang Simple Dan Sedap 

1. Resepi Telur Masak Kicap 

menu sahur

Bahan - Bahan 
4 - 5 biji telur - goreng mata kerbau
2 biji bawang besar- di hiris
2 tangkai cili merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
Kicap manis
Sedikit garam
Hiasan (ikut suka)

Cara - Cara : 
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.
2. Campurkan 3 sudu besar kicap manis dan garam
3. Campurkan sedikit air dan biarkan menggelegak sebentar.
4. Siap. 

2. Resepi Sup Tauhu Telur 

menu sahur

Bahan - Bahan : 
3 pek tauhu telur
1 pokok brokoli
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sudu besar lada sulah
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air

Cara - Cara : 
1. Mula-mula potong tauhu telur, kemudian bedakkan dia dengan tepung jagung. Gorengkan sampai kekuningan.
2. Dah nampak garing, angkat dan ketepikan.
3. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.
4. Masukkan sos tiram dan air sesuai dengan citarasa. Kalau suka berkuah, lebihkan air.
5. Bila kuah dah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak letak sayur lain pun boleh.
6. Masukkan tauhu telur goreng tadi.
7. Masukkan serbuk lada sulah, cili hiris serta bancuhan air tepung jagung.
8. Biarkan mendidih terus tutup api. Siap!

3. Resepi Sup Telur 

menu sahur

Bahan - Bahan 
4 biji telur ayam
7 biji fishball (belah dua)
Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
3 ulas bawang putih(dicincang)
Kiub pati ayam (guna separuh je)
Lada sulah
Garam
2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
Minyak masak

Cara - Cara
1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. 
2. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan sedikit garing. Kemudian masukkan carrot.
3. Tambahkan 2 gelas air putih. 
4. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. 
5. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
6. Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan tuang ke dalam periuk. 
7. Ulang sampai habis telur. (biar sekejap sampai telur masak, jangan kacau)
8. Bila dah nampak telur masak elok seketul-seketul. 
9. Boleh masukkan fishball. 
10. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.

4. Resepi Sambal Sardin Telur Pecah 

menu sahur

Bahan - Bahan Kisar Halus:
½ inci halia
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
5-6 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih

Bahan -Bahan Lain:
Sedikit minyak masak
1 biji kentang
4-5 tangkai cili padi
1 tin besar sardin
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa
½ sudu kecil gula
3 biji telur

Cara - Cara :
1. Sediakan bahan kisar halus. Kisar halus kesemua bahan dengan sedikit air.
2. Asingkan isi sardin dan kuahnya.
3. Gaul kentang dengan garam secukup rasa.
4. Panaskan sedikit minyak, lalu goreng potongan kentang sehingga masak serta keperangan. 
5. Angkat dan toskan minyak.
6. Goreng cili padi sehingga agak layu. Angkat dan toskan minyak.
7. Goreng isi sardin sehingga agak garing. Angkat dan toskan minyak.
8. Tumiskan bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak.
9. Tambah sos tomato, sos tiram, air asam jawa, garam, gula, ikan sardin goreng dan hirisan bawang holland.
10. Masukkan kuah sardin dan masak sehingga pecah minyak.
11. Masukkan telur, lalu biarkan sehingga telur masak mengikut cita rasa sendiri.
12. Sesudah agak masak, taburkan dengan kentang goreng dan cili padi goreng.
13. Kemudian, Sambal Sardin Telur Pecah sudah siap untuk dihidang.

5. Resepi Sambal Telur Rebus 

menu sahur

Bahan-bahan kisar halus:
4 ulas bawang putih
4-6 biji bawang merah kecil
½ biji bawang besar

Bahan-bahan lain:
1 mangkuk minyak masak
½ biji bawang besar
7 biji telur (saiz B)
15-20 biji cili kering
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
Sedikit air asam jawa
1 sb gula melaka
Garam secukup rasa
½ sudu besar serbuk seasoning ( optional ) 
1 biji bawang merah
Sedikit air, untuk berkuah
1 sudu besar cuka

Cara-cara untuk sambal tumis telur rebus:

1. Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih dan bawang besar.
2. Gunting kasar cili kering dan rebus selama 5 minit (boleh ganti 2-3 senduk cili kisar).
3. Masukkan bawang, cili kering dan air secukupnya dalam blender dan kisar halus.
4. Hiris nipis bawang besar (untuk tumis) dan hiris membulat (untuk hiasan).
5. Rebus telur selama 10 minit. Bila dah masak angkat dan kupas kulit
6. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing. Angkat dan ketepikan.
7. Tumis bawang besar sampai lembut. 
8. Kemudian masukkan bahan kisar halus, sedikit air, sos tiram, air asam jawa, sos cili dan gula melaka.
9. Kacau sampai pecah minyak.
10. Masukkan garam, air untuk lebih berkuah, serbuk perasa (pilihan) dan telur rebus.
11. Akhir sekali tabur hirisan bawang merah dan biarkan sampai bawang lembut.
12. Hidangkan sambal tumis telur bersama nasi putih.

6. Resepi Telur Masak Kurma 

menu sahur

Bahan - Bahan 
6 biji telur
2 1/2 sudu besar rempah kurma, bancuh dengan sedikit air
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
1 batang karot
1-2 biji kentang
1 keping kecil asam gelugor
2 biji cili hijau atau merah
1 biji tomato, belah 4
1 biji bawang besar, potong 6
1 senduk minyak masak
Daun ketumbar (optional)
Bawang goreng (optional)

Bahan-bahan rempah tumis:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan-bahan tumbuk kasar:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara - Cara 
1. Rebus telur sehinnga masak dan kupas kulitnya. Kelar sedikit di permukaan telur.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. 
3. Tumis bahan-bahan rempah tumis dan bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
4. Masukkan pes bancuhan rempah kurma dan masak sehingga sedikit garing dan pecah minyak. 
5. Boleh tambah sedikit air semasa dalam proses memasak rempah supaya tidak hangus.
6. Masukkan pula santan cair, telur, kentang, karot dan asam gelugor. 
7. Masak sehingga sayuran menjadi empuk dan lembut.
8. Setelah itu masukkan santan pekat, cili, bawang besar dan tomato. 
9. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat mengikut tahap selera anda. 
10. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
11. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
12. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar supaya lebih sedap.

7. Resepi Sambal Telur Pecah 3 Rasa 

menu sahur

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji telur ayam
3 sudu cili kering
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Sedikit daun bawang jika ada

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
2. Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, tomato dan cili. Kacau rata.
4. Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Baru, masakan jadi sedap.
5. Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.
6. Kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
7. Bila kuah dah secukup rasa, pecahkan telur.
8. Taburkan daun sup. Jangan kacau supaya telur tidak hancur.
9. Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Tutup api, dah siap.

8. Resepi Telur Bistik

menu sahur

Bahan-bahan:
2 biji telur
1/2 dada ayam (dipotong dadu)
1/2 cawan sayur campur
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/4 biji bawang holland
3 ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit minyak
Serbuk perasa
Air secukupnya

Cara-cara:
1. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan goreng bagi masak. Angkat dan biarkan.
2. Tumis bawang putih dan bawang holland, masukkan ayam. 
3. Bila dah nampak ayam hampir masak, masukkan segala sos yang ada.
4. Tambahkan sedikit air. 
5. Masukkan bahan perasa dan akhir sekali, masukkan sayur campur. Dah siap!
6. Curahkan atas telur tadi, sedia untuk dimakan.

9. Resepi Peria Goreng Telur 

menu sahur

Bahan - Bahan 
1 biji peria saiz besar, buang biji dan hiris nipis
1 sudu besar cili kisar
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam dan gula untuk menambah rasa
3 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan tumbuk kasar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar ikan bilis

Cara - Cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau. 
2. Masukkan cili kisar. Kacau sebentar sehingga cili masak.
3. Pecahkan telur dan biarkan beberapa saat, kemudian kacau sehingga hancur. 
4. Masukkan serbuk kunyit.
5. Masukkan peria dan kacau sehingga masak sempurna. 
6. Tambahkan sedikit air untuk kuah (jika suka).
7. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan.

10. Resepi Ayam Masak Kicap Simple 

menu sahur

Bahan - Bahan 
6-7 ketul ayam | dilumur garam dan kunyit
6 sudu makan kicap manis
1/2 biji bawang besar Holland | dihiris
2 biji cili padi | dihiris
3 helai daun limau purut
1/2 batang lobak merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | dicincang
5-6 biji tomato ceri
Pati ayam dan garam secukup rasa

Cara - Cara : 
1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.

2. Dengan guna kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang Holland hingga wangi.

3. Kemudian masukkan daun limau purut, bawang putih, serai, cili padi dan halia. Gaul rata.

4. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah serta kicap.

5. Masukkan ayam dan perasakan dengan pati ayam serta garam dengan secukupnya. Tambahkan tomato ceri.

6. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

11. Resepi Ayam Tumis Thai 

menu sahur

Bahan - Bahan 
Ayam - gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng separa masak. Ketepikan. Jika nak goreng garing pun, terpulang.

Bahan Kisar Separa Lumat :
Lada hidup / cili merah fresh
Ciliapi /* terpulang nak pedas letak lebih
Kunyit hidup
Bawang putih

Bahan - Bahan Lain :
Daun limau purut
Serai - diketuk
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam
Gula
Aji
Bawang holland
Cili merah

Cara - Cara : 
1.Tumiskan bahan kisar tadi sampai naik bau.
2. Letak daun limau purut (koyak2-koyak je) dan serai. 
3. Biarkan lama sampai pecah minyak dan bawang masak.
4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Sukatan ikut jumlah ayam yang anda guna.
5. Tambahkan garam, gula dan ajinamoto. Biarkan lama hingga sambal masak sepenuhnya.
6. Masukkan ayam goreng tadi. 
7. Masukkan juga hirisan bawang holland dan cili merah sebagai hiasan.
8. Sedia untuk dinikmati.

12. Resepi Ayam Masak Mamak

menu sahur

Bahan - Bahan 
3 keping dada ayam – potong kecil
3 biji bawang besar – potong kasar
3 ulas bawang putih – hiris
3 tangkai daun kari
Cili kering secukupnya
1 inci halia – kalau suka
Tepung goreng serbaguna secukupnya
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh pes asam jawa
Sedikit air
1 sudu makan gula
Sedikit garam

Cara - Cara : 
1.Bersihkan dada ayam kemudian potong kecil. Lebih senang jika menggunakan ayam tanpa tulang. Ketepikan.
2. Potong bawang dan gunting cili kering jadi potongan kecil. Jumlah cili kering bergantung pada tahap kepedasan masing-masing.
3. Gaul isi ayam bersama tepung goreng serbaguna (langkah seakan membuat ayam goreng tepung). Jika tiada, boleh gantikan dengan campuran tepung gandum dan tepung jagung sahaja. Goreng ayam hingga garing. Angkat.
4. Seterusnya tumis bawang putih, bawang besar, daun kari dan cili kering hingga laju serta naik bau.
5. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, serbuk kari dan pes asam jawa. Tambah sedikit air untuk jadikannya berkuah.
6. Tambah gula dan sedikit garam supaya rasanya jadi manis-manis pedas.
7. Biar mendidih sekejap, rasa dulu kuah dan agak-agak sudah sedap di tekak, masukkan ayam tadi dan gaul rata.
8. Tutup api dan Ayam Masak Mamak sedia untuk dihidangkan.

13. Resepi Ayam PadPhek ( Masakan Thai ) 

menu sahur

Bahan blend : 
Kunyit Hidup - 3
Bawang Merah - 4 Ulas
Bawang Putih - 4 Ulas
Serai - 2 Batang
Daun Limau Purut - 4 Helai ( blend )
Daun Limau Purut - 3 Helai ( Potong )
Cili kering - 1 Biji ( blend )
Cili api - 5 biji ( blend/Tumbuk )
Halia
Belacan
Asam keping - 1 ( Masa Tumis )

Bahan Perap : 
Ayam
Kunyit

Nota : 
Selain Ayam,  bahan - bahan di atas boleh diolah pelbagai lauk ikan keli, sotong, udang dan lain - lain. 

Cara - Cara : 
1.Goreng ayam sederhana masak angkat dan asingkan.
2.Panaskan minyak ( minyak lebih lagi sedap ) 
3. Masukkan bahan - bahan blend dan tumis sampai wangi.
4..Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak kemudian masukkan daun limau purut yang dipotong.
5. Tumis sampai daun limau purut layu dan sedia untuk dimakan.

14. Resepi Ayam Masak Halia Chinese Style 

menu sahur

Bahan - Bahan :
2 keping dada ayam dipotong kecil
2 inci halia dihiris panjang
3 sudu besar kicap cair
Garam
(digaul dan diperap 5-10 minit)

Bahan - Bahan Lain : 
2 ulas bawang putih dirincik halus
Hirisan cili padi
Hirisan cili merah
1 1/2 sudu kecil sos tiram
1 1/2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Bawang besar dipotong baji
Minyak bijan/biasa untuk menumis

Cara - Cara : 
1. Tumis bawang putih dan cili padi. 
2, Masukkan ayam yang dah diperap tadi.
3. Goreng sampai masak. 
4. Masukkan cili merah dan bawang besar. 
5. Kemudian, masukkan sos tiram dan bancuhan air tepung jagung. 
6. Perasakan dengan garam  dan gula sedikit. 
7. Masak sampai sebati dan seimbangkan kepekatan kuah.

15. Resepi Sup Ayam Thai ( Simple Sangat ) 

menu sahur

Bahan - Bahan : 
1 ekor ayam - potong kecil
1 Sudu besar Serbuk Ketumbar
1 Sudu Besar Fish Sauce/ Kicap Sotong
1 Kiub Ayam
1 kulit kayu manis
1 Bunga Lawang
2 Biji Buah Pelaga
5 Biji Buah Lada Hitam
2 Batang Daun Seleri
1 Batang Serai
2 Batang Daun Ketumbar
3 Helai Daun Limau Purut
1 Biji Limau Nipis
5 Tangkai cili padi merah & hijau
1 Biji Tomato
1 Biji Bawang Holland
1 Inci Halia *
3 Ulas bawang putih *
5 Ulas bawang merah *

Cara - Cara : 
1. Dalam periuk masukkan minyak dan tumis kulit kayu manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga dan Buah Lada Hitam.
2. Kisar bahan yg bertanda * dan tumis hingga kekuningan.
3. Masukkan serai yg telah di ketuk dan Akar batang daun ketumbar. 
4. Masukkan ayam dan gaul rata dan biarkan separuh masak hingga ayam menjadi perang.
5. Masukkan 2 mangkuk air, biar air menutup ayam, 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1 kiub stok ayam dan 1 sudu besar kicap sotong dan gaul rata.
6. Biarkan ayam masak kira kira 30 minit dan bila ayam sudah masak dan lembut, masukkan batang daun seleri, batang daun ketumbar dan cili padi yg di ketuk.
7. Masukkan buah tomato yg di belah 4, bawang holland yg di potong kasar. 
8. Masukkan daun limau purut, jus limau nipis. 
9. Perasakan dengan garam secukup rasa.
10. Setelah masak taburkan daun ketumbar dan bawang goreng.

16. Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan 

menu sahur

Bahan-Bahan:
Ayam separuh – dipotong
1/2 pack cendawan segar – potong
4 batang celeri – potong serong (optional ) 
Sayur pilihan 
1 inci halia – dihiris nipis
2 biji bawang besar – potong empat
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil kicap manis
2 sudu kecil sos tiram
4 sudu besar minyak masak
Tepung jagung secukupnya sebab nak bagi pekat – bancuh dengan air sampai jadi pes
Garam dan gula secukup rasa

Cara- cara : 
1.Gaulkan ayam dengan garam,sos tiram dan goreng sampai separuh masak. Kemudian angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika.
4.Selepas itu,masukkan pula cendawan, celeri, sayur, minyak bijan, sos tiram dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu.
5.Tuang sedikit air,agak-agak je,kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
6.Akhir sekali,perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

17. Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap 

menu sahur

Bahan - Bahan : 
1. Ayam ( separuh ) dan potong ikut suka
2. Dua sudu besar tepung jagung *
3. Dua sudu besar tepung beras *
4. Satu sudu besar serbuk kunyit * 
5. Satu sudu besar serbuk kari *
6. Sedikit air *
7. Perasakan dengan garam dan cukup rasa maggi *
8. Sayur kacang dan carot, lada serta bawang

Cara - Cara : 
1. Campurkan semua bahan bertanda * gaul sebati kemudian gaul bersama ayam. Biar kan setengah jam.
2. Kemudian panaskan minyak. 
3. Goreng ayam. 
4. Goreng sampai masak, kemudian masukkan bawang lada serta kacang panjang dan carot. 
4. Dah masak toskan dulu minyak tu ya.

18. Resepi Ayam Paprik 

menu sahur

Bahan - Bahan 
1/2 ekor ayam- garam kunyit & goreng separuh masak
2 batang serai.- titik
6 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2-3 sudu pes tomyam
2-3 sudu cili kering blend
1 biji bawang holland- potong bulat
1 biji cili benggala merah
Cili api ikut suka pedas - diketuk
Kacang panjang, bunga kobis , carrot dan jagung muda
1 cawan air ( nak berkuah sikit, tambah air ikut kepekatan yang disukai )

Bahan Tumbuk
5 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci halia
1. Tumis serai dan bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan cili blend. Masak hingga garing dan pecah minyak.
3. Masuk sos cili, sos tomato, sos tiram, pes tomyam serta daun limau purut. Masukkan air.
4. Bila dah didih, masuk ayam dan semua sayur yang disukai.
5. Isi garam, sedikit gula dan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
6. Masukkan bawang besar. Tutup api.
7. Siap untuk dihidangkan. 

19. Resepi Ayam Panggang Blackpepper 

menu sahur

Bahan - Bahan:
1/2 ekor ayam - potong suka hati
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
Coarse black pepper secukupnya
Sedikit madu
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun - renjis

Cara - Cara : 
1. Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. 
2. Lumur pada ayam. 
3. Satukan sos tiram dan madu. 
4. Lumur lagi pada ayam. 
5. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.
6. Masukkan ke dalam loyang bersesuaian. Renjis dengan minyak zaitun. 
7. Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. 
8. Jangan lupa, untuk terbalikkan ayam dan sesekali renjis minyak dari semasa ke semasa tak nak bagi kering. 

Nota:
Boleh juga dimasukkan ubi kentang, karot dan dibakar bersekali.

20. Resepi Chicken Wrap

menu sahur

Bahan - Bahan : 
1. Roti tortilla (mission wrap)
2. Isi ayam (dada) (potong kecik)
3. Salad
4. Tomato
5. Lobak (hiris halus2)
6. Timun (hiris halus2)
7. Keju
8. Mayonis
9. Sos thousand island

Cara-Cara:
1. Roti mission Wrap dibakar dlm oven 2-3 mnit.
2. Ayam goreng tepung goreng guna tepung kentucky.
3. Sapu rata mayonis di atas roti wrap.
4. Letak bahan - bahan tadi ayam, salad, lobak, timun, keju dan sos thousand island. 
5. Gulung roti dan siap. 

21. Resepi Roti John Sedap 

menu sahur

Kuantiti bahan resepi untuk 2-3 biji roti john saiz kecil menggunakan roti oblong. Boleh gandakan sukatan jika buat banyak.

Bahan - Bahan : 
1 labu bawang Holland/besar saiz sederhana potong dadu
2 ulas bawang putih kecil
3 keping daging burger daging / 8 sudu makan daging ayam kisar (hirisan hotdog jika mahu )
3 sudu makan rempah kari daging
2 biji telur
Sedikit air ( 1-2 sudu makan sahaja )
Garam,gula,lada sulah dan serbuk perasa secukupnya
3 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Sayur Dan Sos :
Hirisan kubis
Hirisan timun
Daun salad
Sos cili
Mayonis
Mustard/blackpepper

Pilihan sos terpulang nak letak sos apa. Asalkan sedap pada tekak. 

Cara Buat Resepi Roti John Mudah :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih.
2. Proses ini sangat penting. Gunakan api sederhana kecil dan tumis hingga bawang betul-betul layu.
3. Barulah rasa manis bawang akan keluar dan jadikan inti sedap.
4. Bila dah layu keluar jus, tambahkan rempah kari. Waktu ni kecilkan api. 
5. Tambah sedikit air untuk elakkan rempah pekat.
6. Masak tumis hingga terbit minyak pada api kecil.
7. Masukkan isi daging burger yang dicincang atau ayam kisar. 
8. Biarkan masak seketika dan perasakan dengan garam,gula,lada sulah dan serbuk perasa ikut selera. 
9. Tutup api.
10. Biarkan sejuk seketika sebelum anda masukkan dalam bekas. 
11. Pecahkan 2 biji telur. Dah siap inti roti john.
12. Ambil sekeping roti dan potong dua tapi jangan sampai putus. 
13. Sapukan marjerin dan bakar seketika sebelum angkat.

Cara Nak Jadikan Roti John 
1. Cedukkan 1 senduk kuah inti roti john ke dalam kuali rata dan tekapkan roti. 
2. Biarkan masak. 
3. Alaskan daun salad jika mahu.
4. Taburkan hirisan kubis serta timus barulah dihiasi dengan sos.

22. Resepi Daging Goreng Kicap 

Bahan - Bahan
Daging fresh
Bawang merah , bawang putih , halia (utk tumis)
Hirisan bawang besar , cili padi hijau , cili besar (untuk garnishing)
Kicap pekat
Sos tiram
Serbuk kunyit , garam
 
Cara - Cara
1. Tumis bahan tumisan (bawang merah , bawang putih , halia )
2. Masukkan daging. Letak serbuk kunyit. Tunggu sampai kering air.
3. Bila daging dah kering air, baru masukkan garam, kicap, sos tiram.
4. Last sekali, masukkan bahan garnish iaitu hirisan bawang besar, cili padi hijau dan juga cili besar. 
5. Gaul sekejap dah siap untuk dihidang. 

Nota : 
1. Kena tunggu air daging  kering dulu baru boleh masukkan garam. Kalau masukkan garam awal,  daging akan liat. 
2. Cara potong daging pun main peranan jugak.

23. Resepi Sup Daging Thai Simple 

Bahan - Bahan : 
1 kilo Daging / Tulang rusuk
1 inci halia (diketuk )
1/2 inci lengkuas (diketuk )
2 batang serai (diketuk )
2 biji bawang holland (belah 6)
2 biji tomato (belah 4)
Cili api ikut pedas (mayang)
Daun limau purut
Jus lemon/limau
Air (ikut banyak mana daging)
Daun bawang atau batang saderi
Garam
Gula
Perasa

Cara - Cara :
1.Rebuskan daging / Tulang rusuk sehingga empuk
2.Masukkan serai , halia, lengkuas, bawang holland .
2. Bila semua dah mesra masukkan pula daun limau purut, Cili api dan perasakan.
3.Tutup api dan perahkan sedikit lemon/limau.
4. Taburkan daun sup bawang atau batang saderi.
5.Siap.

24. Resepi Daging Bistik 

menu sahur

Bahan-Bahan:
1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 cm kulit kayu manis
Bahan perasa
Kacang pis untuk hiasan

Bahan (kuah):
300 ml air
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar tomato puree
1 kiub stok daging

Bahan (dikisar):
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara : 
1. daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
2. Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
3. Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.
4. Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.
5. Kemudian,masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama. 
6. Tumiskan sehingga naik wangi.
7. Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. 
8. Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.
9. Masukkan daging dan semua bahan kuah. 
10. Kacau rata dan tutup kuali. 
11. Masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.
12. Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.
13. Siap untuk dihidang.

25. Resepi Paprik Daging 

Bahan - Bahan 
1/2 kg daging rebus sehingga empuk ( air rebusan simpan hokay )
2 senduk besar cili kisar ( kurangkan kalau taksuka pedas )
1 senduk besar cili sos
1 senduk besar sos tiram
3 ulas bawang putih ( di ketuk )
1 biji bawang besar ( potong dadu )
1 biji bawang besar ( hiris untuk hiasan )
Sayur ikut citarasa sendiri
Daun limau purut
Tomato ( dibelah 6 )
Cili api dan cili merah ( untuk hiasan )
Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara - Cara
1. Tumis bawang sehingga naik baunya
2. Masukkan cili blend ditumis seketika
3. Masukkan sos cili dan sos tiram
4. Masukkan daging dan air rebusan
5. Masukkan sayur dan bahan yang lain
6. Perasakan sehingga cukup rasa
7. Kalau pekat tambah sedikit air. Siap.

26. Resepi Udang Kam Heong 

menu sahur

Bahan - Bahan 
500 gram udang di gaul garam, serbuk kunyit dan gula. (tujuan letak gula untuk bagi warna udang cantik bila di goreng)
1 biji bawang merah besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
5 biji cili padi merah (diketuk)
2 tangkai daun kari
*2 sudu besar sos cili
*2 sudu besar kicap manis
*1 sudu besar rempah kari (ayam/daging/udang) 
*2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

Cara - Cara 
1. Goreng udang dgn minyak panas. Goreng jangan lama sangat cukup hingga udang bertukar warna kemerahan, angkat dan ketepikan.
2. Bancuh bahan - bahan yang bertanda * dengan sedikit air, jadikan sos rempah. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.
3. Lebihan minyak goreng udang tadi, tumis bahan - bahan hiris dan daun kari hingga bau wangi. 
4. Kemudian masukkan sos rempah. Masukkan sedikit garam. 
5. Masak hingga kuah pekat. Masukkan udang gaul rata.
6. Sedia di hidang

27. Resepi Sotong Rebus Serai ( Masakan Kelantan ) 

menu sahur

Bahan - Bahan 
Sotong secukupnya dipotong sederhana kalau besar
2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

Cara - Cara
1. Masukkan sotong ke dalam periuk
2. Letak serai yang telah diketuk.
3. Kemudian masukkan garam, gula melaka dan air secukupnya
4. Letak atas dapur, tutup periuk dan rebus sehingga mendidih. Jangan rebus lama sangat
5. Boleh terus hidangkan.

28. Resepi Tom Yam Putih Simple Tanpa Pes / Kiub

menu sahur

Bahan - Bahan 
1.5 Liter air *
5 ulas bawang putih (ketuk) *
2 batang serai (ketuk) *
1 biji tomato (cincang) *
3 keping asam keping *
Lengkuas
Semangkuk daging ayam / seafood.
Sayur - sayur  potong ikut suka
(karot, putik jagung, tomato, kobis)
3 helai daun limau purut ( koyakkan )
5 biji cili api (belah 2)
1 labu bawang besar (belah 6)
1 sudu teh gula ( optional )
1.5 sudu teh garam ( suai rasa ) 
1 sudu teh jus limau

Cara - Cara
1. Didihkan air & bahan *.
2. Kemudian masukkan ayam hingga masak.
3. Masukkan sayuran, cili dan bawang (masak kejap je terus tutup api)
4. Tambah gula, garam, daun limau dan jus limau (sesuaikan rasanya.
5. Hidang.

29. Resepi Sotong Goreng Kunyit 

Bahan - Bahan 
Sotong
Bawang besar - di hiris
Bawang putih - di hiris
Halia - di hiris
Lada merah/ hijau - di hiris
Serbuk kunyit
Garam
Ajinamoto ( optional ) 

Cara - Cara 
1. Tumis bahan hiris hingga layu.
2. Kemudian masukkan serbuk kunyit kacau sekejap. 
3. Masukkan sotong, garam & ajinamoto...siap !

30. Resepi Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi

menu sahur

Bahan - Bahan
1 tin sardin Adabi
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
3 tangkai lada burung hijau dan merah
2 biji ubi kentang kupas kulit dan belah 4
1/2 labu bawang kuning dipotong baji
1 sudu besar cili giling
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara - Cara
1. Pertama sekali, ikan sardin diasingkan dari sos dan goreng terlebih dahulu, kalau ada air fryer, lagi selamat tak ada letup - letup. 
2. Bawang putih dan lada burung diketuk
3.Panaskan minyak, dan tumis daun kari sehingga wangi, masukkan  lada burung dan bawang putih yang diketuk. Tumis sampai naik bau
4. Masukkan cili giling, tumis lagi hingga naik bau
5. Masukkan lebihan sos sardin adabi, air secukupnya dan ubi kentang
6. Tutup dan biarkan sehingga ubi empuk
7. Bila ubi kentang dah empuk, masukkan ikan sardin dan kacau rata
8. Masukkan bawang besar, sampai layu sikit, masukkan garam secukup rasa
9. Siap untuk dihidangkan

Terima kasih buat yang sudi kongsi resepi. Selamat mencuba.

Sumber : 

 1. https://www.facebook.com/groups/matjhn.official/permalink/1860152037775994

 2.https://www.facebook.com/majalahrasa/posts/pfbid03ZedUsXzb7CeETNKU2TZnS5sW2BnZyUh9YYweTsGAYUMeN4qyfZ7GDFRiCkas8Snl




Post a Comment

Previous Post Next Post