Skincare Untuk Kulit Kusam 2024 | Moisturizer Dan Sunscreen Terbaik, Muka Glowing Sihat. Mari Ikut Panduan Ini | Salam semua, dulu pernah juga sis mengalami kulit kusam. Memang rasa stres tengok kulit muka sendiri masa tu. Masa zaman tak berapa nak ambil berat pasal penjagaan skincare begitu lah jadinya. Masalah kulit selalu ada.
Bila kulit kusam ni, kulit memang nampak gelap. Bukan itu saja kulit muka kita memang terasa kering atau kulit muka nampak berkilat akibat minyak yang berlebihan.
Siapa yang pernah mengalami masalah kulit kusam, perjalanan nak baik pulih balik nak dapatkan kulit yang glowing dan sihat tu bukan senang sebab ambil masa juga.
Sebab itu, kelembapan di kulit muka amat penting. Korang tahu tak tanda kulit muka kita yang sihat semestinya mempunyai cukup kelembapan. Cuba sentuh kulit muka sendiri, cukup kelembapan ke tak.
Melalui sentuhan pun dah tahu dah kan sama ada kulit muka kita ni ada masalah ke tak. Jika tak nak masalah kulit berlaku, pastikan korang kena tahu cara penjagaan muka yang berkesan.
Punca Kulit Muka Kusam Dan Gelap
Sama ada jenis kulit muka cerah ataupun kulit muka gelap, masalah kulit kusam tetap ada. Apa yang terjadi bila kulit muka kelihatan kusam, kulit muka nampak lebih tua ,kering, tidak bermaya dan pucat.Ini di antara punca kenapa kulit muka kusam dan gelap :
1. Peningkatan Usia
Tidak dapat dinafikan juga bila usia meningkat, kulit pun dengan perlahan - lahan akan hilang keanjalannya. Apabila meningkatnya usia, penghasilan minyak semulajadi di kulit muka juga makin berkurang, kulit akan mula nampak garis - garis halus yang mula muncul di kulit wajah2. Pengumpulan Sel Kulit Mati
Bila ada sel kulit mati di kulit muka yang tidak boleh mengelupas, kulit muka mula akan jadi kering, bersisik dan kusam. Kulit muka nampak kurang kelembapan dan boleh menyebabkan liang pori tersumbat. Bila pori tersumbat, muka jadi berminyak sekaligus masalah jerawat timbul.3. Terdedah dengan Sinaran Cahaya Matahari
Kehidupan aktiviti seharian dengan terdedah kepada cahaya matahari secara tak langsung juga menyebabkan kulit menjadi kusam. Bukan setakat kusam, bintik hitam pun mula muncul. Sekiranya tidak menggunakan sunscreen, kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya akibat dari sinaran UV yang berlebihan.4. Tidak Mencuci Bersih Kesan Makeup
Bagi yang suka makeup, sekiranya tidak mencuci makeup dengan betul, kulit muka boleh rosak. Jangan jadikan satu tabiat tidak menanggalkan makeup kerana ini boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan kulit muka menjadi kusam.5. Kesan Stres Pada Kulit Wajah
Korang tahu tak masa tengah stres badan kita akan mengeluarkan hormon. Ia boleh memberi kesan negatif kepada kulit muka. Kesan daripada stress ini boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat, kulit kusam, kulit kering dan juga kedutan di kulit muka. Jadi, elakkan dari stres yang berlebihan.4 Cara Mengatasi Kulit Kusam
Nak kulit muka yang bersih, cerah berseri dan glowing tanpa masalah kulit muka ni sebenarnya cukup kita buat langkah penjagaan muka dengan betul.Tanpa basic skincare routine dengan betul, memang pelbagai masalah kulit muka yang muncul.
Bila nak cantikkan balik kulit muka kita perlu ambil masa jadi kena sabar untuk dapatkan hasil kulit cantik.
Korang boleh gunakan langkah mudah ini untuk mengatasi masalah kulit kusam.
1. Mencuci muka dengan bersih 2 kali sehari
Cara mengatasi kulit kusam adalah dengan membersihkan muka 2 kali sehari. Nak bersih kan muka 3 kali sehari pun boleh tapi kulit muka mungkin akan kering.Dengan aktiviti seharian, kulit muka jadi tempat terkumpulnya kotoran seperti debu, minyak yang berlebihan yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat.
Terutama sekali bila mengenakan makeup, kena cuci bersih muka supaya kesan makeup hilang dari kulit.
Waktu mencuci muka pula, boleh dilakukan pada waktu pagi dan juga malam.
2. Kepentingan moisturizer untuk kulit wajah
Moisturizer / pelembap muka amat penting kerana ia dapat membantu untuk mengelakkan kulit muka menjadi kering dan juga kulit kusam.Pilih produk yang 'non-comedogenic' iaitu yang tidak menyumbat liang pori. Pemilihan moisturizer ini mestilah bersesuaian dengan jenis kulit muka korang.
Untuk tahu pelembap muka yang berkualiti atau tidak. Semasa sapu pelembap di atas kulit muka, kulit tidak akan terasa pedih, panas dan terbakar.
Tips lain untuk cari pelembap muka yang sesuai untuk kulit kusam, korang cari yang ada bahan aktif niacinamide untuk mencerahkan kulit wajah.
3. Menggunakan sunscreen setiap hari
Untuk mengelakkan kulit menjadi kusam, penggunaan sunscreen adalah wajib untuk setiap individu.Kenapa perlu pakai sunscreen ? Sunscreen boleh melindungi kulit muka daripada ancaman cahaya matahari yang berlebihan, mengurangkan masalah pigmentasi dan membantu dalam pemulihan kesan jerawat pada kulit
Sebab itu, kena pakai sunscreen yang mencukupi untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB.
Pilih sunscreen yang bagus yang mempunyai SPF 50 dan reapply setiap 4 jam sekali jika berada di luar rumah lebih daripada satu jam.
4. Pengelupasan kulit muka
Kulit kusam juga disebabkan sel kulit mati yang terkumpul. Dengan cara melakukan exfoliation / proses penyingkiran sel kulit mati pada kulit wajah, ia dapat menanggalkan lapisan luar kulit. Untuk proses pengelupasan kulit muka ini boleh dilakukan sekali dalam 10 hari.Skincare Untuk Kulit Kusam - Aqua Whitening Cream & Sunscreen Aloe Vera
Nak tahu skincare apa sis guna untuk kulit kusam. Skincare ni antara jenama yang sis suka made in Korea. Korang tahu kan, orang Korea ni kalau barang penjagaan skincare untuk kulit muka memang terbaik lah.Sebab itu sis pilih moisturizer terbaik Aqua Whitening Cream dan krim siang terbaik Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature.
Jadi, korang yang ada masalah kulit kusam cuba pakai kedua - dua produk dari Hansaegee Nature ni. Kedua - dua produk ni memang sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi jangan risau ya.
Untuk basic skincare routine sis selepas mencuci muka dengan cleanser:
Step 1 - apply moisturizer water based Aqua Whitening Cream
Step 2 - pakai Aloe Vera Sunscreen
Setiap hari sis akan pakai Aqua cream dan sunscreen aloe vera ini. Sebelum keluar rumah atau tak keluar mana - mana duduk dalam rumah pun sis pakai.
Siang hari sis pakai sunscreen aloe vera. Untuk sebelah malam selepas cuci muka sis pakai pelembap muka.
Step 1 : Aqua Whitening Cream - Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kusam
Tips muka glowing dan elakkan kulit muka jadi kusam mestilah jadikan moisturizer sebagai salah satu produk wajib dalam penjagaan muka.Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni adalah moisturizer water based. Pelembap muka ini adalah berasaskan titisan air, jadi kulit akan kekal lembap dan tak kering sepanjang masa.
Warna putih lembut dan tidak berminyak
Bila kulit hilang kelembapan, kulit akan jadi kering. Bila kulit kering, minyak semulajadi akan keluar untuk lembapkan kulit so kulit muka akan nampak berminyak pula dan akan jadi kusam. Jadi amat perlu untuk konsisten penggunaan pelembap muka untuk elak kulit jadi kusam.
Kebaikan pelembap muka Aqua ini dalam masa yang sama, ia boleh mencerahkan kulit muka. Bahan utama seperti Niacinamide membantu untuk mencerahkan kulit kusam.
Hasilnya ,tona kulit muka kita pun sekata. Tak adalah nampak gelap. Sis ada cakap sebelum ni, kalau nak cari moisturizer/pelembap muka ni kena cari yang ada bahan aktif untuk mencerahkan kulit.
Bukan itu saja, sel - sel kulit baru pun dibina semula untuk dapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.
Selain itu, minyak biji Camellia Japonica juga membantu menghalang kehilangan air dalam wajah, sekaligus dapat melindungi kulit kita dari rosak akibat sinaran UV yang boleh menyebabkan kulit jadi kusam
Bila kulit kusam sebenarnya dalam masa yang sama ia boleh menimbulkan jerawat sebab liang pori tersumbat.
Dengan pemakaian pelembap muka terbaik dari Hansaegee Nature ini juga bukan saja membantu mengelakkan dari jerawat tumbuh, ia juga dapat mengawal pengeluaran minyak di kulit muka dan mengecutkan pori besar.
Inilah antara sebab kenapa sis suka pakai moisturizer dari Hansaegee Nature sebab kandungan terdiri daripada bahan ekstrak semulajadi. Sangat serasi dengan kulit muka sis.
Step 2 : Aloe Vera Sunscreen - Krim Siang Terbaik Untuk Kulit Kusam
Jangan sesekali tinggal penggunaan sunscreen, wajib pakai korang. Sunscreen ni langkah terakhir untuk skincare routine harian.Terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan ni boleh menyebabkan kulit kusam tau sebab itu antara punca utama kenapa kulit muka jadi kusam.
Aloe Vera Sunscreen SPF 50 sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya untuk kulit kusam
Setiap hari, kita banyak aktiviti di luar. Sekiranya kita tidak ambil berat tentang pentingnya pakai sunscreen, mula lah masalah kulit muncul pada kulit wajah.
Sis dah pakai lama dah sunscreen aloe vera ni memang serasi dengan kulit muka sis. Nak cari sunscreen yang sesuai cari yang kandungan sunscreen SPF 50+ PA +++ dari Hansaegee Nature.
Sunscreen aloe vera ni adalah dari jenis hybrid sunscreen. Jadi, ia adalah krim siang terbaik sebab ambil kebaikan dari kedua - dua physical sunscreen dan chemical sunscreen.
Sis dah bagi tips untuk korang nak pilih jenis sunscreen macam mana.
Kalau korang nak tahu kenapa sunscreen ni sesuai untuk kulit kusam. Ini kerana dalam sunscreen ini ada bahan pelembap gliserin dan Aloe Vera. Fungsinya untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering.
Kebanyakan produk lain ada bahan yang tercetusnya kulit sensitif. Dengan adanya gabungan dari tumbuhan seperti Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract & Orchid Extract menjadikan sunscreen ini sesuai untuk kulit sensitif.
Walaupun kulit kusam, lebih kepada sensitif juga sebab kulit akan jadi kering. Bila sapu sunscreen di kulit muka, tak ada rasa pedih - pedih.
Selain daripada sebagai pelindung matahari untuk elak sinaran UV yang boleh menyebabkan kulit kusam, penggunaan sunscreen ini dapat menjadikan tona kulit lebih sekata.
Yang bestnya, sunscreen ini adalah sunscreen tidak berminyak.
Tekstur Pelembap Muka Aqua Dan Sunscreen Aloe Vera
Moisturizer terbaik ini lain dari produk lain sebab ia adalah moisturizer water based. "Water drop" atau titisan air akan muncul selepas disapu rata sambil diurut lembut. Krim ini tidak berminyak dan mudah menyerap pantas ke dalam kulit.Dengan warnanya yang putih dan lembut, tekstur krim muka ini sangat ringan dan tidak melekit. Bila dah sapu lembut, kulit muka pun terasa lembap.
Water drops yang muncul setelah disapu lembut
Pakai pelembap muka ni, kulit pun glowing sepanjang hari. Masa nak sapu di permukaan kulit, korang akan rasa ada efek sejuk pada permukaan kulit.
Sunscreen yang terbaik adalah sunscreen SPF 50 yang sangat baik untuk melindungi kulit muka kita. Yang bestnya bila pakai sunscreen Aloe Vera adalah ia tidak berminyak dan moisturize kan kulit.
Jadi kelembapan dalam kulit tu terjaga. Jika kulit muka korang jenis berminyak pun boleh pilih sunscreen untuk kulit berminyak.
Tekstur krim yang ringan, lembut dan tidak melekit memudahkan krim siang ini disapu rata di kulit muka.
Jom tengok sis dah test kat tangan. Nampak tak perbezaan kedua belah tangan tu. Kulit terasa lebih lembap, tidak berminyak dan tidak melekit dan tiada langsung kesan white cast.
Lagipun, krim siang ini adalah sunscreen yang boleh basuh dengan air. Kesan krim ini mudah tanggal.
Sis suka produk Hansaegee Nature ini sebab sunscreen dan pelembap muka bila sapu rata di kulit, ia menyerap dengan pantas.
Cara Penjagaan Muka Harian Dengan Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream & Sunscreen Aloe Vera
Tips muka glowing bagi yang ada masalah kulit kusam ni kena lah ikut basic skincare routine yang betul.
Secara asasnya, untuk langkah penjagaan muka dengan betul kita perlu membersih, melembap dan melindungi muka kita.
Dengan penggunaan yang konsisten, kulit akan jadi lebih sihat dan cantik. Tiada lagi masalah kulit kusam.
Sis buat basic skincare routine 2 kali sehari saja. Untuk waktu siang hari, selepas membersihkan muka, sis pakai pelembap muka Aqua Whitening Cream kemudian baru sapukan krim siang sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature.
Step 1 : Apply moisturizer water based
Step 2 : Pakai sunscreen terbaik
Rata keseluruhan kulit muka. Urut lembut sehingga sunscreen menyerap sepenuhnya ke dalam kulit.
Masa ni kulit muka dah macam glowing sangat dan terasa kelembapan pada permukaan kulit. Sebelum keluar, tunggu dalam 20 minit supaya sunscreen ni dapat berfungsi sepenuhnya sebelum buat aktiviti - aktiviti lain.
Terkena matahari pun tiada pengelupasan kulit berlaku dan tiada rasa pedih - pedih di kulit muka. Jadi ini dapat dielakkan supaya kulit kusam tidak terjadi.
Untuk sebelah malam pula, selepas cuci muka, terus sis pakai pelembap muka Aqua whitening cream sebelum tidur. Pastikan pakai masa keadaan kulit kita tengah lembap.
Urut lembut sampai titisan air muncul supaya kulit muka dapat meresap sepenuhnya.
Sunscreen Aloe Vera Dan Moisturizer Water Based Terbaik Untuk Kulit Kusam
Selama satu tahun lebih sis dah pakai ke dua - dua produk ini, sejak dari penggunaan memang rasa macam best sangat. Dari ada masalah kulit muka, makin lama kulit semakin baik dengan penggunaan yang konsisten.Dengan rutin penjagaan muka yang betul iaitu membersih, melembap dan melindungi sudah cukup bagi sis. Kulit muka dah nampak perubahan.
Pembersih muka, pelembap dan sunscreen ketiga - tiga tu perlu untuk dapat kulit yang lebih sihat dan glowing. Kulit pun sentiasa lembap, tak kering, kusam dan liang pori pun makin mengecil.
Bagi korang yang selalu pakai make-up, pastikan cuci makeup dengan makeup remover baru lah cuci sebersihnya muka sebelum apply skincare.
Penggunaan yang konsisten dapat menyeimbangkan keadaan kulit kita untuk kelihatan lebih lembap, tidak kering, tiada pengelupasan dan elakkan kulit kusam terjadi.
Nak elak kulit kusam, kelembapan dalam kulit kenalah terjaga. Contoh macam sis, sebelum keluar nak beli barang dapur. Lepas buat skincare routine pagi, sis reapply sunscreen secukupnya sebelum keluar rumah.
Bila masuk pasaraya ni, kadang - kadang air-cond dalam tu terlalu kuat. Kalau lama - lama sangat dalam tu memang terasa macam kulit kering. Nak beli barang dapur bukan seminit dua jugak.
Sebab itu, pentingnya pakai pelembap muka dan sunscreen. Nak jaga kelembapan kulit. Bila kelembapan kulit terjaga. kulit kusam pun dapat dielakkan.
Yang penting, selain daripada basic skincare routine tu, amalkan juga gaya hidup yang sihat.
Sekiranya korang tengah tercari - cari pelembap muka dan sunscreen yang sesuai, boleh cuba dari Hansaegee Nature ni.
Brand: Hansaegee Nature
Website: https://hansaegee.com/
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
إرسال تعليق