Resepi Jeli Kelapa Gedik - Gedik Lembut Sukatan Cawan

Salam semua, masuk musim panas, jeli kelapa ni memang terus ada dalam kepala. Lama juga sis tak buat jeli kelapa apatah lagi nak beli. Rasa dulu dalam RM 1.00 pun dah banyak.

Sekarang tak tahu dah berapa harga dia. Air kelapa saja dalam satu plastik pun beli dalam RM 3.50 sekarang tu pun bukan banyak sangat isi kelapa. 


Kalau korang ada pokok kelapa sendiri, baik buat sendiri, jimat banyak. Kali ini sis nak kongsi resepi jeli kelapa gedik - gedik, memang gedik - gedik pun. 

Sedap makan sejuk sejuk. Tak cukup rasa letak dalam bekas coconut shake besar - besar tu. Sebab sis tak nak banyakkan bekas boleh la cup besar setiap sorang. 

Sis guna agar - agar serbuk macam dalam gambar. Lagi satu sis ganti gula putih dengan nisan kabung asli. Korang nak letak gula putih pun tak apa.

Rasa sendiri ikut kesesuaian manis tu. Sis letak nisan kabung pun agak - agak jer. Tak nak la manis sangat. 

Confirm tak cukup tau. 

Bahan - Bahan Yang Diperlukan : 

Jeli kelapa

jeli kelapa

jeli kelapa

jeli kelapa


Langkah - Langkah Penyediaan: 

jeli kelapa

jeli kelapa

jeli kelapa

jeli kelapa

jeli kelapa

jeli kelapa

jeli kelapa

Resepi Jeli Kelapa Gedik - Gedik Lembut Sukatan Cawan 

Bahan - Bahan 
12 cawan air kelapa muda (7 biji kelapa)
Nisan kabung secukupnya atau gula putih  (ditambah ikut citarasa dan adjust kesesuaian rasa asal air kelapa)
Isi kelapa muda dihiris halus memanjang 
10 g agar-agar serbuk
1 helai daun pandan (disimpul) ( optional )

Cara - Cara 

1. Sukat 12 cawan air kelapa dan masukkan dalam periuk.

2. Masukkan daun pandan dan nisan kabung atau gula putih. Sukatan gula bolehlah diadjust ikut citarasa jika perlu sebab air kelapa ada yang sudah manis,ada juga yang sedikit tawar mahupun sedikit masam.

3. Masukkan 10 gram serbuk agar-agar. Kacau rata sekejap sebelum letak atas dapur.

4. Kemudian, panaskan campuran sehingga mendidih sahaja. Kemudian tutup api.

5. Masukkan isi kelapa. Kacau rata. Biarkan dalam suam suam sikit baru tuang dalam bekas yang berseusaian

6. Sejukkan ke suhu bilik kemudian simpan dan sejukkan dalam chiller peti sejuk.

Nisan kabung asli boleh dapatkan di sini ==> Nisan Kabung

Serbuk agar - agar ==> Serbuk agar-agar ( Clear )

Post a Comment

Previous Post Next Post