Salam semua, bercakap pasal gambar ni, tak kiralah dalam bentuk apapun, samaada tangkap gambar dalam phone ke atau lukisan ke.
Kebanyakan kalau gantung gambar dalam rumah ni yang selalu diamalkan oleh masyarakat kita, terutamanya gambar keluarga atau gambar konvokesyen.
Bab hukum gantung gambar dalam rumah memang ramai pendapat sungguh kan. Macam - macam cerita jugak sis dengar.
Tapi, sejauh mana hukum gantung gambar dalam rumah ni. Haram ke gantung gambar dalam rumah ? Boleh ke gambar yang menyerupai makhluk hidup cukup sifat semua digantung sebagai perhiasan ?
Sis cuba google ternyata jumpa jawapan dekat sini.
Hukum Gantung Gambar Konvokesyen Dan Keluarga Dalam Rumah
Ini jawapannya :
Hukum menggantungkan gambar yang dihasilkan untuk tujuan kenangan dan perhiasan seperti gambar konvokesyen dan keluarga juga harus selagi tidak terdapat unsur-unsur haram yang disebut di atas.Namun, keharusan hukum menggantungkan gambar ini hendaklah diperhalusi kerana ia boleh berubah kepada haram dan berdosa berdasarkan tujuan di sebalik gambar terutamanya apabila menggantung gambar tersebut untuk mengagungkan makhluk secara berlebihan sehingga membawa kepada mensyirikkan Allah SWT.Begitu juga, jika menggantung gambar atas sebab menunjuk-nunjuk kekayaan, gambar yang mendedahkan aurat dan menggantungkan gambar wanita untuk kepuasan nafsu sehingga jatuh kepada perbuatan dan pandangan yang haram juga tidak dibenarkan.
Kesimpulan
Jadi apa yang nak disimpulkan di sini adalah hukum gambar fotografi adalah diharuskan kerana ia adalah suatu proses menangkap bayang seperti gambar yang terhasil pada cermin.
Hukum menggantungkan gambar fotografi yang dihasilkan sama ada gambar manusia, haiwan, tumbuhan, pemandangan dan sebagainya termasuk gambar konvokesyen dan keluarga untuk tujuan kenangan dan perhiasan di rumah mahupun pejabat adalah harus.
Selagi ia tidak terdapat unsur-unsur haram seperti unsur menyaingi ciptaan Allah SWT, menyerupai unsur syirik dan penyembahan berhala.
Tapi, keharusan menangkap dan menggantung gambar ini bukanlah secara mutlak kerana ia boleh berubah kepada haram dan berdosa jika terdapat tujuan maksiat dan boleh membawa fitnah di sebalik gambar yang ditampilkan.
Harap faham lah ya, kalau nak baca info lanjut tu boleh klik link yang sis bagi tu ya.
إرسال تعليق