Salam semua, seorang ayah atau banyak lagi nama lain seperti bapa, walid, papa, abah, daddy, abi, baba adalah seorang yang memainkan peranan penting dalam institusi keluarga.
Tarikh Hari Bapa disambut pada minggu ketiga bulan Jun setiap tahun. Sambutan hari bapa ini adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi tiang utama dalam keluarga.
Setiap hari adalah hari bapa sebenarnya. Dalam Al Quran sendiri pun kita boleh ambil mesej dari kisah Nabi Ibrahim.
Untuk memeriahkan untuk sambutan hari bapa ni, sini korang boleh tengok ucapan - ucapan yang ada. Bukan apa, nak bagi hero kita berasa disayangi.
Sekarang dah pun mudah boleh personal whatssap, wish dalam group family. Kan. Kalau nak cari hadiah untuk hari bapa, korang boleh tengok sini ==> Hadiah Hari Bapa
Koleksi Ucapan Hari Bapa Untuk Ayah / Abah Tersayang
Ucapan 1
Selamat hari bapa buat ayah. Moga di sana nanti kerinduan ini akan temu penamatnya. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.
Terima Kasih Ayah. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.
Ucapan 3
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]
Masam manis si buah rawa,
Memori ayah bersemi di raga,
Kasih tak luput di dalam jiwa.
Ucapan 2
Ucapan 3
Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu membesarkan kami.
Ucapan 4
Ayah! Biarpun diri ayah telah tiada, namun pengorbanan dan perjuanganmu tetap anak-anakmu kenang. Ayah tidak pernah mengeluh, malah sentiasa tabah dan tenang. Terima kasih Ayah.
Ucapan 5
Kasihnya Ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa. Selamat Hari Bapa buat ayahanda tercinta.
Ucapan 6
Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Abah.
Koleksi Ucapan Hari Bapa Yang Telah Pergi / Tiada
Ucapan 7
Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]
Ucapan 8
Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.
Ucapan 9
Ayah, walau ragamu tak lagi di sisi, walau kita tidak lagi berpijak pada bumi yang sama, dan walau kini kita telah berbeda dimensi, aku percaya di suatu tempat sana doa dan harapan tulus kami akan selalu sampai padamu melalui tuhan. Selamat Hari Bapa. Moga dikau tenang disana. Tetaplah tersenyum di pangkuan illahi.
Koleksi Ucapan Hari Bapa Yang Menyentuh Hati
Ucapan 10
Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.Ucapan 11
Setiap penat lelahmu, setiap titisan keringatmu, setiap jasa dan pengorbananmu, akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas kasih sayang yang telah kau berikan kepada kami. Selamat Hari Bapa, We Love You, Ayah.
Ucapan 12
Ayah, terima kasih kerana telah membentuk kami menjadi seorang yang cekal hatinya. Setiap nasihatmu akan kami ingati. Berkat ketegasanmu dalam mendidik telah menjadikan kami berjaya pada hari ini. Terima kasih, Ayah. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan Ayah kepada kami.
Ucapan 13
Buat Ayah, walau dimana sekalipun kau disaat ini. Semoga tuhan selalu memberkati, menjaga dan mencintaimu.
Ucapan 14
Abah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!Ucapan 15
Ayah,
Dalam senyuman,
Terlindung keperitan,
Tertanam kepahitan,
Tertutup kedukaan,
Demi anak kesayangan.
Benarlah kata pepatah,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa.
Dalam senyuman,
Terlindung keperitan,
Tertanam kepahitan,
Tertutup kedukaan,
Demi anak kesayangan.
Benarlah kata pepatah,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa.
Koleksi Pantun Hari Bapa
Pantun 1
Mencari daun buah beringin,
Tersadung akar menopang pohonnya,
Kasih ayah umpama lilin,
Membakar diri memberi cahaya.
Tersadung akar menopang pohonnya,
Kasih ayah umpama lilin,
Membakar diri memberi cahaya.
Pantun 2
Daun selasih daun pegaga,Masam manis si buah rawa,
Memori ayah bersemi di raga,
Kasih tak luput di dalam jiwa.
Pantun 3
Dada bersirat bercerai nyawa,
Masakan cepat memberi mati,
Semangat ayah penguat jiwa,
Manakan dapat ku cari ganti.
Masakan cepat memberi mati,
Semangat ayah penguat jiwa,
Manakan dapat ku cari ganti.
Pantun 4
Tumbuhlah liar petai di kota,
Selasih tiada sebeban pegaga,
Sungguhlah benar bagai dikata,
Kasih ayahanda berkorban tenaga.
Pantun 5
Selasih tiada sebeban pegaga,
Sungguhlah benar bagai dikata,
Kasih ayahanda berkorban tenaga.
Pantun 5
Sirih bertanda sudah diserta,
Lepat dibancuh hendak diniaga,
Kasih ayahanda bernoktah tiada,
Tempat berteduh tunggak keluarga.
Lepat dibancuh hendak diniaga,
Kasih ayahanda bernoktah tiada,
Tempat berteduh tunggak keluarga.
Pantun 6
Kelapa diperah sebelah saja,
Serawa dimasak lama sehari,
Sungguhpun jarang menutur kata,
Kasihnya ayah kami mengerti.
Serawa dimasak lama sehari,
Sungguhpun jarang menutur kata,
Kasihnya ayah kami mengerti.
Koleksi Ucapan Humor Untuk Hari Bapa
Ucapan Humor #1:“Selamat Hari Bapa kepada superhero tanpa jubah. Terima kasih kerana selalu ada, walaupun hanya untuk mengambil remote TV!”
Ucapan Humor #2:
Ucapan Humor #2:
“Selamat Hari Bapa! Anda mungkin bukan Batman, tapi dalam dunia saya, anda adalah lelaki yang paling hebat dengan tali pinggang perkakas terbaik.”
Ucapan Humor #3:
Ucapan Humor #3:
“Selamat Hari Bapa kepada orang yang mengajar saya bagaimana memperbaiki segala-galanya… dengan selotape. Anda adalah jurutera terbaik!”
Ucapan Humor #4:
Ucapan Humor #4:
“Selamat Hari Bapa! Terima kasih kerana selalu menjadi bank yang saya boleh percayai… tanpa perlu membayar balik.”
Ucapan Humor #5:
Ucapan Humor #5:
“Selamat Hari Bapa! Ingat, anda bukan tua, anda hanyalah edisi terhad dengan banyak pengalaman.”
Semoga kasih sayang kita sesama ahli keluarga berterusan hingga ke syurga.
Sumber : https://ecentral.my/contoh-ucapan-hari-bapa/
bulan Jun ni hari bapa ye, lupa dah kak ana .. :)
ReplyDeleteaah ya bulan 6 ni hari bapa
DeletePost a Comment