Salam semua, mana - mana pengguna akaun CIMB dah boleh dah mula muat turun aplikasi CIMB OCTO ni.
Rata - rata dah fyp dah video -video pasal CIMB OCTO dah boleh mula untuk muat turun. Mula - mula tu sis terbaca ada orang post pasal ni kat threas, lama dah, dia cakap untuk penggunaCIMB dah boleh kena download CIMB OCTO pulak.
Dalam hati terus ishh tak pasal - pasal kena download yang lain pulak. Sis sejenis yang payah nak download aplikasi bank - bank ni.
Seram tak tahu kenapa. Maklumlah zaman sekarang ni macam - macam kan.
Tapi nak tak nak kena download jugak sebab aplikasi CIMB CLICKS dah tak boleh nak muat turun dah mulai 11 Jun 2024.
Kalau yang dah sedia ada ni tak tahu la masih fungsi ke tak. Kena tengok 11 Jun nanti.
Macam Mana Nak Muat Turun CIMB OCTO ?
Kalau korang dah ada aplikasi CIMB CLICKS, korang just buka aplikasi ada dah terus ikon CIMB OCTO kat depan tu.
Selain itu, aplikasi CIMB OCTO juga boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store, Huawei App Gallery.
Jadi, cepat -cepat muat turun sekarang sebelum 11 Jun nanti.
Bila dah muat turun CIMB OCTO, korang kena register balik. Nanti ada mintak ID name, password. Lepas tu akan hantar secure TAC tak silap dekat phone kita.
Lepas isi nombor secure TAC tu akan keluar macam gambar kat bawah. Jadi, kena tunggu dalam 12 jam untuk CIMB aktifkan akaun korang dekat CIMB OCTO.
Dah cukup 12 jam, CIMB akan hantar sms. CIMB OCTO dah boleh bukak.
Kelebihan CIMB OCTO
Interface CIMB OCTO ni nampak macam lagi mesra pengguna dengan shortcuts button yang ada. Lagipun, saranan CIMB untuk bertukar kepada CIMB OCTO ni bukan saja - saja.
Ia adalah satu langkah untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan pengguna aplikasi CIMB.
Banyak lagi fungsi yang akan dikeluarkan nanti. CIMB akan update dari semasa ke semasa. Untuk Maklumat lanjut, korang boleh semak di SINI.
Post a Comment