Review Lampu LED Siling Untuk Ruang Dalam Rumah

Salam semua, lampu siling untuk dalam rumah ni dah banyak versi lagi moden sekarang kan. Tengok kat Shopee baru perasan, moden - moden dah lampu siling sekarang. 

Penjagaan dalam rumah macam ni lah, maintenance tu nak kena jaga. Dulu lampu siling design lain. Sekarang dah timbul design lain. 

Lampu siling

Buat keputusan nak tukar lampu siling dalam rumah, sebab dah lama sangat dah design lampu macam tu. Lagipun, kat rumah ni dulu jenis lampu siling yang terbuka tak ada penutup. 

Masalahnya, cicak suka sangat menyorok masuk dalam lubang lampu. Kadang - kadang ada setengah tempat lubang lampu sedap dia membuang sama betul bawah lubang lampu. 

Jadi, atas lantai tu bertompok - tompok tahi cicak. Spesis cicak ni bukan boleh ada celah - celah. Kat situ jugak lah nak menyorok. 

Jenis Lampu Siling : Lampu Downlight Siling 

Jenis lampu siling yang diguna adalah jenis lampu downlight siling. Maksudnya kat sini lampu bawah untuk ruang - ruang dalam rumah. 

Lampu jenis ni memang sangat popular lah dalam rumah  - rumah yang ada sekarang. Sebab ia dipasang terus ke dalam siling dan menghala ke bawah. 

Kebetulan lampu yang dulu bentuk bulat, jadi nak cari, kena cari yang bentuk bulat jugak. 

Tengok kat Shopee ada 2 jenis bentuk bulat dan segiempat. Ada ikut saiz jugak. Kena pastikan saiz sama dengan lubang lampu dekat rumah. 

Lampu siling

Kat rumah ni saiz yang digunakan adalah 6 inci. Nasib baik ada saiz 6 inci. Kalau tengok kat gambar tu, lampu LED dah ada kat dalam penutup. 

Lampu siling ni dah siap dengan penutup tak macam design dulu. Reka bentuk lama yang dulu, setiap kali mentol tak menyala memang kena tukar mentol saja. 

Ringan dan senang nak pasang. Beli dalam 20 kotak jugak lampu siling bulat ni. Tapi kena panggil orang yang pandai pasang jugak lah. 

Cara Nak Tukar Lampu Bulat Siling

Lampu bulat siling ni, ikutkan dia ada 3 jenis warna tak silap. Lampu siling kat rumah ni pilih yang cerah warna putih.

Ikut suka korang nak pencahayaan macam mana. Bukan mudah jugak nak keluar satu - satu yang lampu lama tu. Kena tanggalkan dengan hati - hati. 

Tengah tanggal tu, berhabuk - habuk jatuh atas lantai. Kemudian,boleh pasang kena pandai sikit lah bab pendawaian ni. 

Setakat ni, tukar kat ruang dalam rumah jer dulu. Bila dah tukar nampak macam lagi kemas dan cantik. Sedang elok dengan lubang lampu tu sebab ikut saiz kan. 

Lampu siling

Cahaya malam pun memang terang sangat. Sekiranya lampu LED dah tak menyala. Memang kena ganti yang baru. 

Harga Lampu Bulat Siling 

Harga lampu siling bulat ni tak adalah mahal sangat. Boleh dapat dengan harga tak sampai RM 6 pun. Tapi tengok atas promosi jugak. 

Kalau murah tu grab terus. Sekiranya korang ada hajat nak tukar lampu siling ni. Korang boleh tengok sini ==>> Lampu Downlight Siling

Untuk video, korang boleh tonton SINI





Post a Comment

Previous Post Next Post