Cara Buat Kek Batik Lembut Tanpa Telur Dan Susu Pekat

Salam semua, banyaknya gambar kat phone, usaha juga nak clear gambar banyak - banyak kat phone ni. Lama dah peram. Tengok phone sendiri pun sakit mata. 

Cara buat kek batik

Terus sis buat dalam bentuk collage, sebab step by step banyak gambar sangat. Nak jimat jadikan gambar tu dalam collage hii. 

Dilema blogger nak edit gambar tu bercinta sungguh. Kes tak nak bagi blog berat. 

Ikutkan kek batik ni dah banyak kali sis post di blog. Sebab sis memang peminat kek batik. Yang tu yang biasa la sebab ikut resepi orang kadang - kadang. Tapi lebih suka kalau tak letak telur.

Kalau kek batik tanpa telur dah biasa dengar kan. Kebanyakan ikut resepi orang ni mesti kena letak susu pekat manis. 

Letak milo la tak kisah lah asalkan serbuk minuman coklat yang buat minum air tu. Kadang - kadang terfikir tak manis ke korang. Letak gula pasir lagi.

Sejak nak jaga - jaga makan ni walaupun biskut itu sendiri trans fat adoi tak apa maaf deh. Kali ini buat kek batik versi tak guna susu pekat dah. 

Segala serbuk minuman coklat contohnya seperti milo, vico yang seangkatan dengannya pun tak letak jugak. 

Untuk gula sis ganti guna gula kabung asli. Ok je. Kalau korang nak letak juga gula putih terpulang ok.

Untuk biskut marie tu, korang boleh cari cap Hup Seng dalam berat 298 setiap paket. Sis guna 2 paket. 

Jadi bahan kek batik tak banyaklah guna sebab dah tolak telur, susu pekat dan serbuk minuman coklat tu. Kita guna serbuk coklat sahaja. 

Bila dah buat, improvise balik resepi kek batik, tak mengecewakan juga hasilnya, sis lebih suka versi kek batik ni.

Langkah Demi Langkah Penyediaan Kek Batik 

Cara buat kek batik

Cara buat kek batik

Cara buat kek batik

Cara buat kek batik

Cara buat kek batik
Cantik kan layer tu lepas potong. Lembut pulak. Tak jemu makan dan tak muak sebab tak ada telur

Resepi Kek Batik Lembut Tanpa Telur Dan Susu Pekat 

Bahan - Bahan 

2 cawan susu segar
1 cawan serbuk koko
2 1/2 sudu besar butter
Biskut marie Hup Seng 2 paket - 298 gm 1 pek ( dipatah 2 )
Gula kabung 1/2 supik

Cara - Cara 

1. Gabungkan gula kabung, susu segar dan serbuk koko ke dalam kuali besar atau periuk. 
2. Dengan api perlahan kacau semua bahan hingga sebati. 
3. Kacau hingga semua bahan cair, kemudian boleh masukkan butter.
4. Kacau lagi hingga butter cair.
5. Pastikan kacau hingga adunan coklat tu nampak pekat. Tips nak tahu dah pekat, coklat tu dah melekat dekat sudip.
6. Kemudian, boleh masukkan biskut marie ke dalam adunan coklat. 
7. Kacau lagi hingga biskut bersalut rata sepenuhnya dengan coklat. Baru boleh tutup api.
8. Sediakan bekas dalam 9" x 9" dan alaskan dengan cling wrap.
9. Kemudian, masukkan biskut marie dalam bekas dan lapik sekali lagi di atas dengan cling wrap. 
10. Ambil sudip lain, tekan biar mampat masa tengah suam suam tu. 
11. Simpan dalam peti semalaman sebelum potong.
12. Unwrap dan boleh potong dengan pisau tajam.


Kalau korang tak nak guna susu segar, boleh je nak guna susu cair dalam tin tu. Terpulang ya. 

Untuk gula kabung tu sis beli dekat SINI memang asli tiada pewarna dan rasa gula kabung ni, ia manis sedang - sedang. 

Siapa yang nak cuba resepi yang dah di improvise ni. Boleh la try ya. Selamat Mencuba. 






1 تعليقات

  1. kat rumah ni segala jenis kek, saya sorang je makan. jadi malas nak buat. tapi elok kejadian tu. mesti sedap

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم