Kenali Rahsia Personaliti Di Sebalik 7 Bentuk Kuku

Salam semua, pernah tak ambil tahu tentang jenis bentuk kuku korang. Tengok jari korang dan berfikir sejenak, korang ada jenis bentuk kuku yang mana. 

Kuku

Pernah dengar juga tak kalau jenis bentuk kuku kita ada kaitan juga dengan personaliti.  Sis suka betul kalau nak tahu rahsia di sebalik personaliti ni. 

Tak adalah nak 100 % percaya tapi boleh la kita relate ada kaitan ataupun tak hii. Bila tengok balik kuku ni macam tak berapa pasti jenis bentuk kuku yang mana. Dah macam campur jenis lain pun ada. 

Bila baca tentang personaliti seseorang ikut jenis bentuk kuku ni, sedikit sebanyak kita boleh tengok bersesuaian ke tidak dengan personaliti kita tu. 

Perbezaan Jari Lelaki Dengan Wanita 

Mengikut kajian, rata - rata kaum lelaki memiliki jari kelingking lebih pendek dari jari manis berbanding kaum wanita. 

Teori ini berkaitan juga dengan jumlah hormon estrogen dan hormon testosterone semasa dalam kandungan.

Untuk wanita pula, jari kelingking yang pendek ada kaitan dengan risiko aneroxia dan juga seorang yang tegas. 

Jika wanita mempunyai jari kelingking yang lebih panjang, dikatakan mempunyai risiko untuk dapat penyakit bulimia, neuratic behavior, memori secara visual dan kemahiran lisan. 

Kenali 7 Jenis Bentuk Kuku 

Korang tahu tak, bentuk kuku ada 7 jenis ke semuanya. Jom kita kenali personaliti melalui bentuk kuku. Lepas baca semua ni, korang janganlah percaya 100%. Tengok ada related ke tak ?

Kuku

1. Panjang Dan Menegak 

Individu yang mempunyai bentuk kuku panjang adalah seseorang yang romantic dan tidak cepat marah.

Jika anda mempunyai kuku panjang, perkembangan otak kanan anda cukup sempurna, jadi ianya penuh dengan daya imaginasi.

Anda biasanya mempunyai daya focus yang tinggi dan teliti serta kreativiti yang luar biasa. Tapi, anda mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan mudah percaya dengan orang lain.

Oleh itu, anda perlu lebih peka untuk lindungi diri anda. Semasa berkomunikasi dengan individu otak kiri, anda berdua akan berasa sukar untuk bertukar maklumat dan konflik yang bakal muncul tidak dapat dielakkan.

2. Lebar (The short temper debater)

Dengan jari kuku yang lebih lebar dari biasa, otak kiri anda mungkin sudah berkembang dengan sempurna dan anda suka terlibat dalam perdebatan.
 
Umumnya, anda suka mengekspresikan idea dengan sebaik mungkin dan membuatkan orang sekeliling merasakan anda seorang yang telus dan berfikiran terbuka.
 
Namun, ini membuatkan anda kelihatan cepat marah, jadi anda perlu mengingatkan diri agar bersabar dan bertenang sebaik mungkin.
 
Anda mungkin sekali tidak sesuai dan sehaluan dengan individu otak kanan kerana mereka lebih suka berkomunikasi menggunakan gerak hati daripada fikiran.

3. Bulat Atau Membujur

Dengan mempunyai kuku berbentuk bulat seakan bentuk telur, anda biasanya seorang yang mudah menyesuaikan diri dan sukakan tempat anda sekarang.
 
Anda mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi dan akan menjadi penyokong kuat dan pendorong kepada orang sekeliling.
 
Karakter ini membuatkan ramai orang selesa dengan anda dan memberi impresi yang baik.

Namun, sebaiknya anda perlu elakkan diri dari menjadi salah faham dalam kalangan rakan anda, jika tidak mereka akan hilang kepercayaan pada diri anda.
 
Kalau dibandingkan dengan personaliti bentuk kuku lain, anda merupakan karakter yang paling mudah bergaul dengan karakter lain.

4. Segi Empat Sama

Kuku berbentuk segi empat sama mempunyai personaliti serius, sentimental, bersemangat dan berani.

Kebanyakan individu yang mempunyai bentuk kuku sebegini adalah kaum lelaki. Ianya amat bagus untuk berkelakuan serius dalam segala hal.
 
Tapi, kelakuan ini boleh membuatkan anda kelihatan tidak fleksibel dan mungkin hubungan anda akan lebih baik jika anda tidak begitu kaku dalam pergaulan.

5. Segitiga

Anda selalu berjaya menyumbang idea-idea dan teliti dengan perkara yang tidak dipedulikan oleh orang lain.
 
Dengan bentuk kuku segitiga dari dalam (inverted triangular), anda sedikit degil manakala jika bentuk kuku segitiga keluar (equilateral triangle) anda mungkin terlebih sensitive dan tidak mampu mengawal sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
 
Dan anda tidak suka orang yang selalu melakukan sesuatu tanpa mengikut fasa yang betul dan lebih cepat.

6. Bentuk Buah Badam 

Bentuk kuku jenis buah badam ini mempunyai personaliti yang jujur, bertanggungjawab, penyabar, dan berkelakuan sopan.

Namun, anda kurang toleransi dengan ketidakadilan and kerap hilang sabar apabila pendapat anda mendapat tentangan.

Apabila anda berasa penat dengan hubungan sesama rakan, anda lebih memilih untuk melangkah keluar dari satu tempat sehinggalah anda dapat hilangkan tekanan dan tenangkan fikiran.

Cara yang paling efektif bagi anda untuk mengelak konflik.

7. Bentuk Pedang 

Apabila anda mempunyai matlamat yang jelas, anda seorang yang berusaha bersungguh-sungguh walaupun ianya sukar dan perkara yang kurang disukai.

Tetapi malangnya, anda mungkin kurang semangat berpasukan, dan akan hilang sabar jika ada ahli pasukan yang kurang membantu memberi tunjuk ajar sepanjang proses tersebut.

Jadi, anda perlu belajar bekerja dalam pasukan dan memberi Kerjasama untuk memperbaiki diri sendiri dan selesa dengan orang sekeliling.

Kesimpulan 

Bentuk kuku yang berlainan bagi setiap individu ini adalah anugerah dari  Allah. Jadi, janganlah pertikaikan kenapa kuku bentuk tak cantik la. 

Kita bersyukur apa yang Allah dah bagi ok. 

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post