Salam semua, risau betul kalau orang lain yang perasan kita ni ada masalah ketiak berbau. Tapi kita sendiri perasan macam kita tak ada masalah ketiak berbau kan. Eh, ada ke ?
Takut bila dah ada orang tegur ni mesti rasa segan. Takkan badan sendiri pun tak tahu. Tak bau ke ? Tapi masalah ketiak berbau adalah masalah kebanyakan yang dialami oleh setiap individu.
Masalah Ketiak Berbau Adalah Masalah Normal
Mungkin ada di kalangan kita tidak tahu yang secara teknikalnya masalah ketiak berbau ini disebut bromhidrosis. Masalah ini bukanlah masalah yang serius.
Cumanya, apabila individu tersebut ada masalah ketiak berbau, kemungkinan rasa malu timbul dan kurang keyakinan diri bila berdepan dengan orang lain.
Apa Itu Bromhidrosis Dan Punca Bau Ketiak ?
Untuk pengetahuan korang, bromhidrosis atau masalah badan berbau ni adalah masalah yang berlaku apabila individu melangkah ke alam baligh.
Kadang - kadang kita ni tak perasan apa perubahan yang berlaku dalam tubuh. Ketika ini, di dalam badan kita berlaku proses peningkatan hormon yang dipanggil androgen.
Hormon androgen ni berlaku apabila datangnya tempoh kematangan atau akil baligh. Barulah hormon ini akan aktif.
Sebab itu, masalah bau badan jarang berlaku dekat kanak - kanak.
Bau yang kurang enak keluar dari badan kita tu sebenarnya tindakbalas yang berlaku apabila bakteria memecahkan protein keratin yang ada di permukaan kulit.
Apabila kita melakukan apa - apa aktiviti yang melibatkan fizikal dan mengeluarkan peluh. Lebih - lebih lagi dengan faktor cuaca yang panas, badan akan mengeluarkan peluh.
Sebenarnya, peluh ni berfungsi untuk mengawal suhu badan. Tetapi, apabila peluh bertemu dengan bakteria pada permukaan kulit, maka terjadilah wujudnya bau badan.
Inilah yang dipanggi bau badan atau body odor. Sama la jugak untuk yang berlaku bawah ketiak adalah bahagian yang cepat berpeluh.
Petua Untuk Hilangkan Bau Ketiak
Selain daripada penggunaan deodorant yang selalu digunakan, ada beberapa petua lain untuk hilangkan bau ketiak.
Ada korang pernah buat tak ? Jom sis kongsi petua lain yang ada untuk hilangkan bau ketiak.
Mana la tahu boleh cuba kan.
1. Cuka Epal
Cuka epal ni kalau korang tak biasa guna memang bau cuka ni agak keras sikit. Rasa tu pun masam sangat dah. Tapi, cuka epal ni antara petua boleh hilangkan bau ketiak.
Caranya mudah saja, ikut kaedah di bawah :
- Tuangkan cuka ke dalam mangkuk
- Celupkan bebola kapas ke dalam cuka dan sapukan di bahagian ketiak
Cara lain boleh bilas ketiak dengan cuka ketika mandi
2. Penggunaan Bicarbonate Soda ( Serbuk Penaik )
Biasanya kita dengar penggunaan bahan ini adalah untuk membuat kek dan kuih kan. Tahu tak yang bahan ini boleh dijadikan untuk hilangkan bau ketiak.
Caranya mudah saja. Ikut seperti di bawah :
- Campurkan 1 sudu jus lemon dengan 1 sudu bicarbonate soda ( serbuk penaik ).
- Kemudian, campurkan pes ini pada ketiak dan biarkan seketika sebelum bilas dengan air.
Kalau tak ada jus lemon, boleh ganti dengan tepung jagung bersama air. Kalau tak nak guna jus lemon ataupun tepung jagung, boleh je campur dengan air saja.
3. Serbuk Sandalwood
Kalau tak kenal dengan serbuk sandalwood ni, korang boleh tengok .... .Serbuk sandalwood ini adalah sejenis herba.
Cara nak guna adalah campurkan serbuk ini dengan air hingga menjadi pes. Kemudian sapu pada ketiak.
Biarkan sehingga kering sebelum bilas dengan air bersih.
4. Sengkuang
Sengkuang ni yang selalu makan dengan rojak tu kan. Memang sedap tapi ada fungsi lain yang boleh hilangkan bau ketiak.
Caranya kisar sengkuang hingga halus kemudian boleh sapu pada ketiak. Boleh la nak cuba.
5. Lemon
Umumnya ramai dah tahu kan lemon ni antara bahan semulajadi yang memang banyak manfaatnya.
Untuk hilangkan bau ketiak, boleh cuba cara ini dengan menghiris lemon dan gosok dengan perlahan - lahan pada ketiak.
Cara lain, gunakan perahan jus lemon dan disapukan pada ketiak. Atau boleh basahkan tuala dengan jus lemon.
Nak lagi elok, sapukan selepas mandi. Dah hilang segala peluh tu kan. Boleh la sapu.
Pilih Natural Deodorant Untuk Atasi Masalah Bau Ketiak
Selain daripada petua - petua di atas, cara lain yang berkesan adalah penggunaan deodorant. Produk deodorant sekarang ini berlambak - lambak di pasaran.
Tetapi, kalau salah pilih deodorant, penyakit lain pula yang muncul. Seeloknya pilih deodorant dari produk yang natural ataupun organik.
Bercakap tentang natural deodorant, sis lebih suka guna natural deodorant dari Nadiya.
Berasa yakin nak guna sebab bahan - bahan dalam deodorant ini mengandungi bahan - bahan natural.
Deodorant ni dia ada saiz kecil kalau nak cuba dulu boleh guna yang ni. Ada juga bekas yang besar.
Sis cuba yang kecil dulu tu nampak kecik dalam gambar. Kalau korang nak cuba boleh tengok sini ==> Deodorant natural
Cara Penggunaan Deodorant Dengan Betul
Korang tahu tak macam mana cara yang betul guna deodorant ni. Ini ada tips kalau nak lepas pakai deodarant, ketiak tak ada berpeluh, dan berbau. Ikut tips ini ya.
2. Sekali sapu nipis saja tak perlu tekan kuat sudah cukup dan ratakan dengan jari jika ingin jimat.
3. Ulang bila perlu.
4. Elakkan simpan di tempat panas.
Post a Comment