Salam semua, bukan penggemar kari ikan sangat tapi sekali sekala tekak teringin tu masak jugak. Sis kalau nak masak kari ikan ni memang kena cari ikan jenis spesis besar.
Tak kisah lah ikan apa asal saiz besar nak sebut tak ingat nama pulak. Bab nak ingat nama ikan ni fail.
Lagi satu nak masak memang kena cukup bahan. Kacang bendi memang kena letak. Kalau tak letak macam tak kick.
Kari ikan ni banyak style orang masak. Sis lebih suka masak kari ikan mamak. Letak halba campur tu.
Untuk rempah kari ikan pulak memang suka guna yang cap Baba's. Cap Baba's ni memang feveret. Serbuk sup dia pun sedap.
Kebanyakan kalau bab rempah - rempah ni memang sis suka guna dari Baba's. Ramai peminat Baba's tak sini ?
Kari ikan ni sis letak santan sebab nak rasa lemak - lemak sikit. Ada juga yang kurang gemar letak santan kan.
Terpulang nak letak boleh, tak letak pun boleh. Tapi sis memang letak banyak sikit santan.
Ikan tu tak kisah la korang nak guna ikan apa tak nanti ikan besar - besar pun. Ikan selayang, ikan yang kecik - kecik tu pun boleh asal makan sudah.
Sis ada jumpa resepi yang memang simple nak buat yang penting kalau nak sedap semua bahan kena ada lah. Ok, jom semak resepi.
Yang sis masak kari ikan, kadang - kadang ada guna pes ibu sambal yang dah siap untuk menumis.
Resepi Kari Ikan Mamak Simple Dijamin Sedap
Bahan UtamaIkan kembung 4 ekor
Bahan-bahan A
Daun kari (banyak pun takpe sebab aroma dia yang sedap)
Halba campur guna 1/2 paket sahaja (wajib ada kalau buat kari ikan)
Rempah 3 sekawan
Bahan-bahan B
Halia sikit je dah cukup
Bawang kecil 5 biji (ni yang sedap sebab rasa manis)
Bawang putih 4 ulas (kisar halus kalau boleh jangan banyak air)
Tomato potong dadu 1 biji (wajib ada kalau masak kari ikan)

Bahan-bahan C
Rempah Kari Ikan Cap O 1 paket (guna habis)
Serbuk kunyit 1 sudu
Serbuk cili 2 sudu
Bancuh dengan airBahan-bahan D:-
Air asam jawa (jangan banyak nanti masam pulak)
Bahan-bahan E
Santan dalam 4 sudu je. Kalau tak mahu letak pun takpa.
Bahan-bahan F
Boleh guna bendi atau terung
Cara - Cara
1. Tumis bahan A sampai naik bau. Yang ni memang kena guna minyak banyak sikit ye. Kalau guna minyak sikit memang tak jadi kuah kari yang cantik warnanya. Yang ni banyak orang gagal buat..
2. Lepas naik bau baru masukkan bahan B, bila semua dah sebati masukkan bahan C tumis sampai pecah minyak. Tumis sekali tomato yang dah potong dadu tadi sampai semuanya sebati.
3. Masukkan pula air asam jawa (bahan D). Agak-agak nak kuah banyak mana. Jangan cari sangat nanti tak sedap. Agak-agak kepekatan macam mana kita nak. Zizah suka kuah pekat baru sedap, baru rasa macam kari mamak gitu. Tak moh ceroi kuahnya.
4. Masukkan ikan.
5. Lepas tu masukkan santan (bahan E) sikit. Biarkan sampai pecah minyak dan jadi kuah cantik macam ni. Letak garam. Pastu letak bendi atau tomato belah 4. Ikut cita rasa masing-masing.

Post a Comment