Review Novel Bayang Sofea Dari Penulis Teme Abdullah

Salam semua, kali pertama review novel masuk blog. Tak pernah - pernah buat haa. Dah lama sebenarnya tak baca novel dah lama reading slump dah. 

Sejak viral penulis tanpa wajah Teme Abdullah ni, teringin nak tahu Teme ni tulis genre buku apa. 

Teme Abdullah

Kemunculan Teme dekat Meet and Greet semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bulan 6 yang lepas, nama Teme ni sekaligus viral balik. 

Kemunculan ke dua buat Teme selepas Meet and Greet tahun 2018. Lama tu gap. 

Dulu - dulu sis memang peminat novel juga. Zaman rajin baca novel. Kalau teringat penulis masih ingat penulis yang dulu - dulu. Sekarang ni dah ramai naik nama penulis baru sampaikan tak kenal.

Berbalik kepada buku - buku yang pernah Teme tulis, siap tanya peminat - peminat lama dia buku genre apa Teme ni tulis. 

Jadi, ada la beberapa cadangan nak suruh baca buku mana. Kebanyakan kemunculan awal buku - buku Teme berkisarkan kisah benar dan motivasi sepanjang Teme bergelar mahasiswa di London.

Novel Bayang Sofea 

Mula - mula terfikir nak baca buku pertama Teme. Sebab ramai yang rekomen baca buku - buku siri jalanan. 

Disebabkan nama Teme ni naik balik, banyak keluaran awal buku - buku Teme dah habis stok. Naik balik jualan buku - buku siri jalanan. 

Tak boleh jadi ni, tak apa lah beli jugak novel Bayang Sofea tapi tak ada kaitan pun dengan buku - buku lama Teme. 

Novel Bayang Sofea ni terjual sampai 5000 naskhah sold out semasa di awal penjualan novel Bayang Sofea. 

Hairan sis, apa yang istimewa sangat sampai beribu - ribu terjual dalam masa yang terhad. 

Masa tu, sis tak tahu Teme ni penulis tanpa wajah tau. Itu semua info selepas sis baru kenal Teme, rupanya Teme ni seorang penulis buku yang kisahnya bermula dari penulisan blog. 

Korang kenal ke Teme ni blogger dulu. Sis tak pernah kenal pun haa.

Untuk pengetahuan semua, novel Bayang Sofea adalah novel yang terkini dari Teme untuk tahun 2024. Dari awal buku pertama Teme dah hasilkan 14 buah buku ke semuanya

Sinopsis Novel Bayang Sofea 

Cerita ringkas sikit pasal Bayang Sofea ni. Dalam novel ni ada banyak watak. Kalau dah tengok judul novel pun nama Bayang Sofea. Jadi, Sofea ni termasuk dalam watak utama jugak. 

Teme Abdullah

Sofea adalah seorang wanita muda yang bekerjaya di syarikat RICE. Sofea berkawan rapat dengan Tirah. Tirah adalah seorang pengawal keselamatan di syarikat RICE. 

Sofea telah bertemu dengan Danny, kawan sekolah lama Sofea. Danny seorang atlet tinju yang terkenal.

Yang menjadi misterinya, Danny menceritakan ada organisasi misteri yang telah membantunya untuk menjadi atlet tinju sehingga berjaya. 

Apabila mendengar kisah Danny, Sofea seakan ada kaitan dengan dirinya. Kemudian, dalam ingin mengejar titik kerjayanya hingga ke peringkat yang lebih tinggi, di sinilah perjalanan hidup Sofea mula teruji. 

Ada seorang lelaki misteri yang cuba menganggu Sofea. Katanya ingin menuntut janji lama Sofea. Sofea yang berulangkali untuk lari dari lelaki misteri tersebut akhirnya tewas. 

Sofea turut sahaja permintaan dari lelaki misteri itu. Kalau tidak, nyawanya diancam bahaya. Bukan sahaja dirinya, malah orang - orang yang rapat dengan Sofea. 

Kehadiran Jess dan Rina sebagai rakan sekerja satu jabatan dengan Sofea yang tidak senang hati dengan Sofea juga adalah salah satu penghalang untuk Sofea berjaya dalam kerjayanya.

Kehadiran lelaki misteri dalam hidup Sofea sedikit sebanyak dapat membantu untuk Sofea melangkah ke depan walaupun Sofea tahu apa yang dibuatnya adalah salah. Tetapi, Sofea tiada pilihan lain. 

Sampai lah satu peringkat yang Sofea tidak dapat mengawal dirinya, lalu terjadi lah kejadian yang tidak diingini menimpa Sofea.

Macam tu lah sinopsis ringkas nak tahu cerita lanjut boleh baca sendiri. :D

Pendapat Tentang Novel Sofea 

Baca novel ni ambil masa lama jugak la. Hairan yang orang lain boleh baca sampai 3 hari dah habis. Cepat betul baca.  Kitonyo lambat sebab nak boleh ke hadam cerita ni ambil masa haa. 

Sepanjang baca novel ni, permulaan cerita tu macam tak berapa faham lagi, sampai lah bila Sofea diganggu oleh lelaki misteri. 

Betul - betul ingat macam lelaki misteri memang wujud di alam realiti adeh. Lepas dari satu bab ke satu bab hemm rupa - rupanya banyak plot twist novel ni. 

Dalam banyak bab tu sis suka yang bab di mana doktor terangkan penyakit yang dialami Sofea. Dapat lah info baru. 

Teme Abdullah

Jadi, secara tidak langsung, penulis telah mengetengahkan isu yang biasanya dialami oleh individu yang bagi orang lain nampak normal.  

Bagi sis, penulis bijak gabungkan imaginasi penulis yang dibuat dalam bentuk cerita.

Kesimpulan 

Keseluruhannya, novel Bayang Sofea ni tak adalah berat sangat. Penulisan pun mudah faham. Jadi, kalau korang berminat nak dapatkan novel ini boleh ke sini => Novel Bayang Sofea




1 Comments

  1. tuntutan kerja menyebabkan abe kie kurangg ada masa utk membaca novel spt zaman belajar dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post