Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sedap

Salam semua, ikutkan banyak resepi dah kek coklat yang dah cuba. Letak telur ke tak letak telur ke, asal sedap masuk tekak tak apa dah. 


Kalau yang kaedahnya lagi mudah lagi bagus sebab tak nak keluarkan banyak barang baking. Kaedah mudah mesti kena kukus jawabnya. 

Sis sejenis payah nak keluarkan dan nak gunakan mixer. Kalau boleh nak kacau - kacau guna handwhisk je. 

Ini lagi satu resepi a keeper. Sebab moist sangat. Nak lagi kalau letak dalam peti. Potong suam - suam pun best makan. 

Kalau korang nak buat bisnes dari rumah pun ok jugak. Nak letak dalam paper cup pun ok. Nak buat dalam sebiji kek pun ok. 

Untuk gula, susu pekat semua tu korang nak kurangkan pun boleh tapi lebih baik kurangkan lah ya, kurang manis sikit. 




Resepi Kek Coklat Moist Sangat 

BAHAN A
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
(Campur semua bahan A. Masak atas api kecil hingga larut.)

BAHAN B
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Satukan bahan B. Ayak.)

BAHAN C
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
(Masukkan ke dalam blender. Kisar sampai putih.)

CARA - CARA
1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
2. Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul (whisk) sahaja dan bancuh sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
3. Panaskan periuk kukusan, tuang adunan kek ke dalam bekas kecil dan kukus selama 15 minit.
4. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

Nota: 
Kalau nak kukus dalam loyang boleh guna loyang 9" dan kukus dalam 1 jam. Kalau nak guna periuk kukusan atas dapur pastikan tutup permukaan kek dengan kertas timah.

Post a Comment

Previous Post Next Post