Resepi Sup Ayam Thai Viral, Simple Dan Sedap

Salam semua, sis memang peminat sup ayam. Kalau makan nasi lauk lunch sup ayam pun dah syukur sangat dah. 

Resepi sup ayam thai

Nak cari kelainan buat sup ayam asyik nak tumis guna serbuk sup je. Macam dah puas. Jadi cari kelainan sikit nak masak sup ayam. Kita buat sup ayam ala Thai simple pulak. 

Bahan - bahan nak masak tu dah macam nak masak tom yam tapi lain sikit. Ikutkan resepi sup ayam Thai ni, ada letak sup bunjut. 

Untuk pertama kali je sis letak sup bunjut. Sedap tu sedap. Kalau tak ada stok sup bunjut pun tak apa menjadi juga. 

Sebab sis buat portion sikit macam tak berbaloi nak letak sup bunjut. Yang penting kena ada sos ikan. Sedap tau. Yang ni dah jadi versi sis sebab kisar sekali serai. Nanti korang cuba ya. 

Resepi Sup Ayam Thai Viral, Simple Dan Sedap

Bahan - Bahan Kisar 
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
2 batang serai dihiris
3 tangkai lada burung merah 
3 tangkai lada burung hijau 

Bahan- Bahan Lain
1 biji tomato potong baji
2 helai daun limau purut buang uratnya 
1/2 batang carot potong sederhana besar 
Daun ketumbar atau daun sup secukupnya 
Sos ikan 
Akar ketumbar
Garam secukup rasa 
350g  - 450g ayam ( boleh agak -agak ) 
Sup bunjut ( optional ) 

Cara - Cara 
1. Tumis bahan kisar hingga naik minyak dan wangi dan sampai masak.
2. Kemudian masukkan ayam, kacau rata sekejap.
3. Masukkan air secukupnya, daun limau purut, akar ketumbar dan sup bunjut. Tutup periuk dan biarkan mendidih sampai ayam separa masak. 
4. Buka tudung, masukkan carrot dan tomato. Garam letak sikit. Tutup dan biarkan mendidih sampai sayur tu masak. 
5. Kemudian, boleh masukkan sos ikan dan daun ketumbar. Kacau sekejap bagi didih. Boleh suai rasa nak tambah garam ke. 
6. Dah secukup rasa boleh tutup api. 

Boleh la cuba masakan ayam simple simple ni. Lain sikit sebab tak letak serbuk sup. 



2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post