Review Scrub Muka Hara 100 % Organik Kulit Muka Lebih Glowing, Sihat Dan Cerah

Salam semua, pernah dengar tak produk scrub muka Hara. Sis tak tahu korang pernah dengar ke tak.

Sebelum nak menulis kat blog ni pun, sis try jugak google kot ada orang yang buat review tapi jumpa satu blog je dalam bahasa inggeris.

Scrub muka

Tak ramai eh yang review yang lain tu scroll banyak yang masuk kat platform e-dagang macam Shopee, Lazada. Itu kalau search kat google, Kalau kat TikTok banyak pulak. 

Sis terjumpa produk Hara ni pun kat TikTok. Mungkin tengah FYP kot masa tu, bila dah ulang kali lalu-lalang. Eh dah terjebak pulak. Kebetulan memang tengah mencari - cari face scrub.

Sebelum ni untuk scrub muka, sis pakai hampas teh je. Bertahun dah pakai yang hampas teh sebab chemical free. 

Itu kot jadi macam berminat nak cuba scrub muka Hara ni sebab dapat tahu yang bahan - bahan yang digunakan memang 100 % organik. 

Scrub Muka Hara 100% Organik ( Chemical Free ) 

Bercakap pasal scrub muka Hara ni 100 % organik, mula - mula memang sis tak percaya. Satu nya, sis jenis orang yang suka baca bahan - bahan yang digunakan dalam suatu produk tu. 

Itu yang habis tonton balik video - video, pergi stalk tengok akaun official Hara ni haa. Bila tengok produk lain yang dijual memang bahan 100% organik.

Scrub muka Hara ni teksturnya macam serbuk dan bahan - bahan yang digunakan adalah bahan organik seperti : 
  1. Crocus Sativus
  2. Rosa Damascena
  3. Curcuma Aromatica
  4. Curcuma Zedoaria
  5. Lens Culinaris
  6. Vigna Radiata. 
Warna serbuk ni kekuningan dan bau macam campuran herba. Tekstur serbuk halus sangat. Sis pun suka sangat baunya. 

Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit (Normal, Berminyak, Kombinasi, Kering Dan Sensitif) 

scrub muka

Sis jenis kulit berminyak memang sesuai guna scrub muka Hara ni. Nanti sis cerita pengalaman sis guna scrub muka Hara ni. Best sangat tau. 

Tapi korang jangan risau, scrub muka ni sesuai untuk semua jenis kulit. 

Disebabkan bahan - bahan yang ada dalam ni adalah chemical free, jadi tak adalah risau sangat kan. Sangat berbaloi lah kalau korang nak cuba dulu. 

Nak stop guna yang ada bahan chemical dalam produk exfoliator, boleh cuba yang scrub muka Hara ni.

Pengalaman Guna Scrub Muka Hara Yang Boleh Mencerahkan Kulit, Kulit Lebih Glowing Dan Sihat 

Ini bukan review berbayar eh. Ni review sendiri. Sis pakai,  sis review. Semua orang tahu kan yang exfoliate muka ni salah satu langkah penting untuk rutin penjagaan muka. 

Fungsinya adalah untuk buang sel - sel kulit mati yang ada di kulit wajah. 

Kalau tak exfoliate, nanti liang pori tersumbat. Apabila liang tersumbat, Korang faham - faham lah macam - macam akan keluar masalah kulit.

Tambah lagi korang pakai skincare apa pun, penyerapan bahan - bahan skincare tak diserap dengan sempurna di dalam kulit muka. 

Sis mula guna scrub muka Hara ni masa bulan 2 tahun ni tau. Dah berapa bulan berlalu dah. Mula - mula pakai agak kekok sikit.

Sebab nak pakai ni nak sapu kat muka dan memang kena kering sepenuhnya sebelum bilas muka. Ambil masa la sikit.  Beauty is pain tu memang real lah kan. Susah betul nak cantik haa. 

Makin lama sis guna eh macam makin best pulak, sebab bila nampak kesannya tu, jadi nak tinggal pun rasa sayang. 

scrub muka

Sis bukan kulit cerah sangat pun. Cuma nak nampak warna tona kulit tu sekata dan nak texture skin tu smooth. Apa yang sis nampak kesan ketara bila guna scrub muka Hara ini adalah : 

1. Menanggalkan Sel - Sel Kulit Mati 
Yang pentingnya fungsi scrub muka ini adalah untuk menanggalkan sel - sel kulit mati yang terkumpul.

Walaupun teksturnya macam debu halus tapi semasa tengah scrub muka tak ada lah jadi kasar sangat. 

Teksturnya halus sangat di kulit muka. 

2. Mencerahkan Kulit ( Brightening ) 
Mencerahkan kulit maksud kat sini bukan nak bagi putih ya. Maksudnya nak bagi kulit jadi lebih cerah dan tidak kusam.

Tahu kan kulit wajah kusam macam mana. Makin lama sis guna, kulit nampak macam glowing.


3. Melembutkan Tekstur Kulit 
Kesan paling ketara yang sis nampak, kulit muka lembut sangat. Lepas bilas muka tu kan, tak tahu nak describe macam mana, asyik kelebet je kulit muka. 

Macam kulit baby bila sentuh lembut sangat. Yang ni dah beberapa bulan sis pakai ya, bukan sebulan dua.

4. Membantu Mengecilkan Liang Pori 
Kulit muka kita ni memang kena ada liang pori. Kalau tak ada, macam mana kulit muka nak bernafas. 

Semua orang ada masalah liang pori ni terutamanya masalah liang pori besar. 

Scrub muka Hara ni boleh selesaikan untuk mengecilkan liang pori korang. 

5. Mengurangkan Blackheads Dan Whiteheads

Semua orang ada masalah blackheads dan whiteheads. Kebiasaanya blackheads dan whiteheads akan ada di sekitar hidung dan bawah dagu. 

Jadi, untuk mengurangkan kedua - dua masalah ini adalah dengan exfoliate atau scrub muka secara berkala. Sis memang buat dalam 2 kali seminggu. 

Bila dah konsisten untuk exfoliate muka, bintik - bintik hitam atau putih pun malu nak muncul. Solusinya, memang kena buat langkah penjagaan muka yang ini. 

Cara Pakai Scrub Muka Hara Organik ( Face Mask And Scrub ) 

Jom sis nak kongsi cara mudah nak pakai scrub muka Hara ni. Sebelum tu, nak bagi tahu bila pakai jenis scrub macam ni, memang kena tunggu lebih kurang dalam 20 hingga 25 minit untuk kering. 

Tak kisah korang nak pakai waktu bila tapi disyorkan pakai dalam 2 kali seminggu. Kalau nak ikut cara sis, sebelum nak waktu maghrib tu, korang dah boleh siap - siap nak pakai scrub.

Sis pilih waktu nak dekat maghrib sebab time tu muka tengah berminyak. Sambil nak bersihkan diri,  jadi bila pakai waktu tu, sis dah jimat pencuci muka. Sebab dah tak payah pakai pencuci muka dah. 

Sis cuci guna pencuci muka sebelum nak tidur pulak. Masa permulaan nak pakai scrub ni tebal - tebal jugak layer sis pakai. Bila kulit dah ok ni sis pakai layer nipis - nipis je. 

scrub muka

scrub muka
Ni contoh kat tangan je. Pastikan kering baru boleh scrub lembut

1. Ambil dalam 1 sudu teh atau ikut korang nak banyak mana. 

2. Kemudian, campurkan dengan jus lemon kuning, tomato, oren, yogurt, madu, susu ataupun air mawar. Banyak pilihan tu, korang nak guna yang mana, tapi sis guna air kosong bertapis. Letak dalam bekas pray kecil.

3. Kacau bagi rata kemudian apply dengan rata di muka dan leher kalau nak. Biarkan kering.

4. Setelah kering, basahkan kedua - dua tangan dan tekap kat muk abagi scrub tu lembap sikit. Kemudian boleh scrub muka dengan lembut guna tangan basah tadi, kalau terasa kering percik sikit air. 

5. Boleh bilas dengan air bersih. Lepas bilas ni kan terasa lembutnya kulit tu dan rasa fresh je kulit muka. 

Peringatan :

Masa pakai scrub ni jangan bilas sekali nak cuci dengan pencuci muka ya. Sebab itu sis sebut awal - awal tadi.

Dah tak payah pakai pencuci muka. Muka sis tengah berminyak masa apply scrub muka tu. Lepas scrub kering, kemudian scrub lembut muka kemudian bilas. 

Eh terus hilang segala minyak di muka. Suka sangat. Dapat pakej kulit lembut siap. Tak percaya, korang cuba sendiri ok. 

Kesimpulan

Kalau korang berminat nak cuba scrub muka Hara ni boleh pergi dekat showcase sis kat TikTok ok. Ini link nya SINI . Korang scroll nanti akan jumpa. 

Dah ramai pun yang cuba, dan yang penting ramai yang suka sangat sebab bahan - bahan dalam scrub muka Hara ini 100% organik. 

Post a Comment

Previous Post Next Post