Salam semua, sebelum menunaikan kewajipan untuk solat, semestinya diri mestilah dalam keadaan bersih.
Yang penting, wajib untuk mengambil wuduk dengan sempurna. Salah satu syarat yang wajib sebelum menunaikan solat.
Jadi, selalu lah ambil cakna untuk ambil wuduk dengan sempurna bagi memastikan ibadah kita sah.
Maksud Wuduk
Wuduk membawa maksud kebaikan dan kebersihan. Maksud dari sudur syarak pula adalah perbuatan membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.
Sebagaimana dengan firman Allah dalam surah Al Maidah Ayat 6 :
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.
Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu.
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala
5. Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali
6. Tertib (Membasuh anggota-anggota tadi mengikut urutan rukun yang dinyatakan)
Nota :
Anggota Wajib Wuduk - Rukun Wuduk
Seperti mana yang kita tahu nak ambil wuduk ni ada yang wajib dan ada yang sunat. Yang sunat tu nak buat boleh tak nak buat pun tak apa.
Yang anggota wajib wuduk ini adalah termasuk rukun wuduk yang wajib kena buat. Kalau tidak wuduk tak sah.
Rukun wuduk yang perlu dipenuhi oleh umat Islam ada enam rukun, iaitu:
1. Niat (Niat di dalam hati ketika mula membasuh muka)
2. Membasuh muka (Basuh seluruh muka dari tempat tumbuh rambut sehingga bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke kiri)
3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala
5. Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali
6. Tertib (Membasuh anggota-anggota tadi mengikut urutan rukun yang dinyatakan)
Tidak sah wudhu’ seseorang jika tertinggalnya salah satu rukun ini. Oleh itu pastikan mengikut dengan tertib panduan ini sehingga selesai melaksanakan wudhu’.
Niat Ambil Wuduk
Niat ambil wuduk merupakan salah satu rukun yang wajib. Tanpa niat, wuduk adalah tidak sah. Niat ini dibaca ketika mula membasuh muka. Niat beserta bacaan rumi adalah seperti di bawah :
نَوَيْتُ الْوُضُوْءَ اللَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Wudhua Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku mengambil wudhu’ kerana Allah Taala
Doa - Doa Semasa Berwuduk
Pernah tak korang masa tengah ambil wuduk, korang berdoa setiap kali basuh anggota tertentu. Doa-doa semasa berwuduk boleh di baca dalam hati sahaja. Lebih mudah jika dalam bahasa sendiri1. Doa ketika hendak wuduk.
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari bisikan syaitan, dan aku berlindung kepadaMu dari kedatangan syaitan.
2. Doa semasa basuh kedua tangan.
Ya Allah, aku mohon keberkatan dan berlindung denganMu dari sangkaan buruk dan kebinasaan.
3. Doa semasa berkumur
Ya Allah, tolonglah aku dalam membaca kitabMu, dan tolonglah aku dalam berzikir kepadaMu, dan tetapkan aku dalam kalimah syahadah dunia dan akhirat.
4. Doa semasa masukkan air ke hidung.
Ya Allah, kurniakanlah aku bau-bauan syurga dalam Engkau reda akan daku.
5. Doa semasa membasuh muka.
Ya Allah, terangilah wajahku dengan cahayaMu pada hari diterangi wajah-wajah aulia'Mu. Dan janganlah Engkau gelapkan wajahku di hari digelapkan wajah-wajah musuhMu.
6. Doa semasa membasuh tangan kanan hingga melebihi siku.
Ya Allah, berilah kitabku di tangan kananku dan hisablah aku dengan kiraan yang mudah.
7. Doa semasa membasuh tangan kiri hingga melebihi siku.
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari mendapat kitabku dengan tangan kiriku atau dari belakangku.
8. Doa semasa menyapu kepala.
Ya Allah, turunkanlah atasku rahmatMu dan barakahMu, dan lindunglah aku di bawah ArasyMu di hari tiada perlindungan kecuali hanya lindunganMu. Ya Allah, haramkan rambutku dan kulitku dari api nerakaMu.
9. Doa semasa menyapu kedua telinga.
Ya Allah, dengarkanlah aku akan panggilan-penggilan syurga bersama-sama orang-orang yang baik.
10. Doa semasa membasuh kaki kanan hingga buku lali
Ya Allah, tetapkanlah kakiku dalam perjalanan yang lurus bersama-sama dengan hamba-hambaMu yang soleh.
11. Doa semasa membasuh kaki kiri hingga buku lali
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari tergelincir kakiku di atas titian sirat di hari tergelincirnya kaki-kaki orang-orang Munafik dan Musyrik.
Doa Selepas Wuduk
Untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda, selepas selesai mengambil wuduk, boleh baca doa selepas wuduk
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ. سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ.
Bacaan Doa Selepas Wuduk Rumi
Asy-hadu An Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah Wa-asy-hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh.Allahummaj-‘alni Minat Tauwabin, Waj-‘alni Minal Mutatahhirin Waj-‘alni Min ‘ibadikas-solihin.“Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untuk Nya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusan Nya.
Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepada Mu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hamba Mu yang soleh.”
Kelebihan Membaca Doa Selepas Wuduk
Sekiranya kita amalkan membaca doa selepas wuduk ni lagi banyak kebaikannya.
“Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa, kecuali akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu.”
Kesimpulan
Semoga kita dapat memperbaiki cara mengambil wuduk dengan betul dan sempurna untuk melakukan ibadah solat dengan baik.
Post a Comment