Pentingnya Mengetahui Tekanan Darah Sebagai Petanda Utama Kepada Kesihatan

Salam semua, perasan tak setiap kali kalau pergi klinik atau kena admit masuk ward, mesti doktor mula - mula sekali akan check tekanan darah. 

Tekanan darah

Pentingnya untuk mengetahui tekanan darah adalah salah satu dari tanda vital ( Vital Sign ). Tanda - tanda tersebut ialah : 

1. Tekanan darah 
2. Nadi
3. Suhu badan 
4. Kadar pernafasan

Tekanan darah ini adalah salah satu untuk menentukan tahap kesihatan seseorang. Sekiranya bacaan tidak normal, ada la tu yang tak kena dengan badan.

Samaada tekanan darah tinggi ke atau tekanan darah rendah ke, dua - dua adalah tak elok untuk tubuh. Ikutkan sis tahun ni dah 3 kali admit ke ward. 

Tahun ini, Allah uji dengan ujian kesihatan. Ikutkan banyak nak cerita tapi satu - satu la dulu.

Nak kata penting tak penting nak tahu tekanan darah ni. 

Sampaikan hari nak masuk wad untuk daftar, bila misi tanya ada darah tinggi ke ? Jawab kat dia tak ada, tapi bila check misi cakap kenapa naik ni darah. 

Rupanya masa nak naik ke bilik wad tu sis guna tangga bukan guna lif, padahal wad tingkat 1 je. Itu pun dah mempengaruhi kita punya tekanan darah. 

Sebab tu, bila dah masuk wad ni berapa kali sehari misi check tekanan darah. Rasa macam best sebab ada orang tolong check hari - hari. Padahal kat rumah sendiri jarang pulak nak check.

Tapi alhamdulillah, sepanjang sis dalam wad, bacaan tekanan darah normal. Selalunya kalau nak tengok tekanan darah kita ni ok ke tak, lepas bangun tidur, check bacaan BP ( blood pressure ). 

Setiap pagi dalam pukul 5:30 pagi tu, misi dah ambil bacaan tekanan darah. Kalau masa tengah rehat pun bacaan tinggi, maknanya ada tak kena tu dengan badan. 

Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Bacaan Tekanan Darah 

Banyak faktor yang mempengaruhi tekanan darah individu tersebut. Antaranya adalah : 

Bersenam

Ambil ukuran tekanan darah sebelum bersenam atau anda akan mendapat bacaan yang tinggi

Bersarapan

Pada waktu pagi, dapatkan bacaan tekanan darah sebelum bersarapan, kerana proses pencernaan akan menurunkan kadar bacaan. 

Jika perlu makan, tunggu selepas 30 minit selepas makan sebelum mengambil bacaan tekanan darah

Buang air

Pastikan anda mengosongkan pundi kencing atau ia akan menyebabkan bacaan anda tinggi

Alkohol, kafein dan tembakau

Untuk bacaan tepat, tunggu 30 minit selepas minum alkohol, kafein atau merokok

Saiz manset (cuff)

Saiz yang tidak bersesuaian menyebabkan bacaan tidak tepat. Doktor boleh membantu menunjukkan cara memasang manset dengan betul

Pakaian

Untuk bacaan tepat, manset tidak boleh dipasang di atas pakaian, sebaiknya terus ke atas kulit lengan

Suhu

Dalam keadaan sejuk, bacaan tekanan dijangka akan meningkat

Kedudukan

Untuk hasil konsisten dan boleh dibandingkan, sentiasa gunakan lengan semasa melakukan pemeriksaan dan letakkan pada kedudukan yang betul. 

Elak daripada duduk dalam keadaan menyilang kaki

Tekanan

Elakkan berada dalam keadaan tertekan dan duduk dengan selesa sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 minit

Bercakap

Elakkan bercakap semasa mengambil tekanan darah, atau ia akan meningkatkan kadar bacaan tekanan darah anda

Tekanan darah

Bacaan Tekanan Darah Tinggi Meningkatkan Risiko Ke Atas Organ 

Fungsi tekanan darah ini adalah untuk membantu darah mengalir dalam sistem peredaran darah. Jadi sekiranya terganggu, aliran darah juga akan terkesan.

Ia boleh menjejaskan pelbagai organ terutamanya jantung, otak, dan buah pinggang yang menerima bekalan darah yang tinggi. 

Tekanan darah tinggi mungkin tidak menyebabkan kematian secara langsung tetapi ia membawa kepada keadaan kesihatan lain yang serius

Contohnya seperti penyakit jantung iskemik (sebab kematian nombor satu di Malaysia), strok (nombor 3!), dan penyakit buah pinggang kronik.

Memang kena berjaga - jaga sekiranya bacaan untuk tekanan darah dah tak normal. 

Apa Simptom Tekanan Darah Tinggi ? 

Sebenarnya, tekanan darah tinggi ni tiada simptom yang khusus. Apa yang boleh nampak contoh terdekat, individu itu akan mengalami serangan strok dan jantung. 

Cuma kita kena berjaga - jaga selalu buat pemeriksaan tekanan darah secara berkala. Golongan muda pun dah ramai kena darah tinggi nak banding golongan tua. 

Tekanan darah

Yang penting, setiap rumah perlu ada alat pengukur tekanan darah elektronik. Sekiranya lepas check bacaan tekanan darah melebihi 120/80. 

Cepat - cepat pergi dapatkan pemeriksaan dari doktor. Bila dah naik umur lagi kena kerap check tekanan darah. 

Kesimpulan 

Kalau dah ada penyakit darah tinggi ni, memang doktor akan berikan ubat. Jadi, apa yang perlu diusahakan adalah jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat. 

Cukupkan rehat dan jangan stres. Sentiasa melakukan pemeriksaan bacaan tekanan darah secara berkala. 


1 تعليقات

إرسال تعليق

أحدث أقدم