Hilangkan Jerawat Dengan Sticker Jerawat / Acne Patch Lanbena

Salam semua, sticker jerawat atau acne patch ni tak pasti bila masa timbul. Dulu - dulu krim jerawat yang femes. 

Sticker jerawat

Sekarang ni, sticker jerawat. Bila influencer ramai yang review, lepas tu bila search penuh pasal sticker jerawat tak kisah brand apa pun. 

Dah lama tak pakai krim jerawat, sebab kulit muka bukan jenis acne-prone skin. Jadi, masalah jerawat tak ada sangat. Kalau naik jerawat pun time hormon tak stabil. 

Jarang juga nak naik jerawat. Kalau naik seketul dua pun tak besar sangat sebab kecut sendiri. Bila naik jerawat ni antara yang paling takut sebab parut nya tu lambat nak boleh hilang. 

Sis pulak jenis yang bukan buat krim jerawat ni dalam stok jika berlaku emergency hee. Naik sekali jerawat, kemudian dalam 5 bulan lagi baru naik seketoi. 

Ciri - Ciri Jerawat Pustula 

Jerawat yang biasanya naik kat muka ni, jenis pustula. Nak naik pulak setepek kat dahi jerawat nak muncul. 

Dah 2 kali dah kat situ tapi gap memang jauh sangat lah sampaikan dah hilang parut dah yang bekas jerawat dulu, baru dia pun mula nak keluar. Memang geram jugak haa. 

Apa ciri - ciri jerawat pustula ni ? Mula - mula sis ingatkan jerawat yang nak naik merah biasa tu. 

Tapi sebab buat tak tahu biarkan lah jerawat nak naik, lama - lama nampak benjolan macam ada terisi nanah dalam tu. 
Jerawat ini berlaku apabila bintik merah meradang dan tidak diubati dan akan kelihatan jerawat bernanah sama ada berwarna putih atau kuning. Ada yang memanggilnya sebagai jerawat matang.
Sebab tak rawat awal - awal yang jadi macam tu. Dalam 2 minggu sis biarkan macam tu, baru terfikir nak beli patch jerawat. 

Lama tau dia macam benjolan tu. Fikir - fikir nak cuba tampalan jerawat dari brand Lanbena. Sebelum ini, dah cuba eye patch Lanbena. 

Memang berkesan untuk sis nampak lah masalah bawah mata tu berkurangan sikit. Tak sempat lagi nak review sini. Nanti lain kali kita review. 

Patch Jerawat Lanbena Ultra-Thin Design 0.1mm

Banyak sticker jerawat yang dijual di pasaran. Untuk patch jerawat Lanbena ni, memang nipis tau cuma setebal 0.1mm. Yang ini untuk kegunaan harian.

Sis sekali tengok nipis sangat. Sticker tu ditutup dengan lapisan film atas. Ada 25 sticker ke semuanya dalam satu sampul kecik. 

Dalam 25 keping ni, sticker ni ada ikut saiz. 

Sticker jerawat

8mm = 8 keping 
10mm = 9 keping
12mm = 8 keping

Kalau korang ada jerawat besar sikit boleh guna yang sticker besar. Kalau saiz jerawat kecik, boleh guna sticker yang saiz kecil. 

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Sticker Jerawat 

Jerawat ni bila dah ada dekat kulit muka memang kena berhati - hati sangat. Takut tersentuh kan atau saja - saja sentuh. Atau pun geram sangat nak picit. Jangan ya jangan. 

Nanti, korang standby beli acne patch ni satu simpan buat stok. Jadi, bagaimana cara hilangkan jerawat dengan guna sticker jerawat ni. Senang je.

Sticker jerawat
Gambar ni contoh macam mana sticker jerawat ni tarik jerawat mata sampai nanah sekali dia tarik 


1. Disebabkan acne patch ni kena guna at least 5 jam sebelum tidur, korang pandai la adjust timing nak tidur tu. Jangan lebih masa takut ada iritasi. 

2. Bersihkan muka maksudnya selepas cuci muka, ambil sticker jerawat ni kalau boleh guna penyepit macam gambar kat bawah. Guna benda ni lagi mudah dari tarik guna tangan.

Sticker jerawat

3. Hati - hati tarik sticker, kemudian letak atas jerawat dan tekan dalam 3 - 5 saat. Kalau korang nak pakai skincare untuk night routine boleh je tanpa ada gangguan pun.

4. Biarkan dalam 5 jam. Nanti bangun jangan lupa tarik sticker tu nanti kalau jerawat korang tu ada nanah, sampaikan nanah ia tarik dan melekat dekat sticker tu.

5. Kawasan kena jerawat tu nanti akan jadi rata dah tak dah benjolan tu. 

Review Penggunaan Patch Jerawat, Jerawat Kecut Selepas 5 Jam

Sis naik jerawat jenis pustula yang ada nanah kat dalam tu, jadi jerawat ni ia macam benjolan sikit. Jerawat dah matang. 

Sticker jerawat

Lama jugak sis biarkan macam tu je risau takut jerawat pecah sendiri. Sticker jerawat yang ni kan, ia transparent tau. 

Bila dah tampal dekat kulit muka, macam tak nampak mana sticker tu dah ikut warna kulit. Bangun pagi esok, terkial - kial pulak cari mana sticker ni hee.

Sebab itu dipanggil ultra-thin design

Semasa nak tarik sticker tu, ia macam elastik sikit. memang cengkaman stikcer kuat melekat di kulit. 
Tapi tak sakit pun semasa tarik buang. 

Bila dah tarik, jerawat jadi kecut, dekat sticker tu sekali nanah pun tertarik melekat. Kuat tak kuat sticker jerawat. 

Sehari selepas pakai sticker jerawat, makin lebih baik dah, cuma tertinggal parut jerawat. Lama sangat sis biarkan benjolan macam tu baru nak pakai sticker jerawat. Salah sendiri jugak. 

Kesimpulan

Tak ada jalan short cut ya nak hilangkan atau nak kecutkan jerawat ni. Nak tak nak korang kena pakai apa - apa skincare yang bersesuaian untuk merawat jerawat. 

Tampalan jerawat ni dah macam inovasi baru dalam dunia skincare untuk merawat jerawat. Kalau jerawat yang naik 3 - 5 ketul ok lagi kot. Korang nak cuba boleh dapatkan di sini ==> sticker jerawat

Kalau kulit korang memang jenis kulit jerawat mungkin cara macam ni tak sesuai, kena consult doktor estetik untuk rawatan lanjut ya. 

Post a Comment

أحدث أقدم