Salam semua, sebenarnya masalah lingkaran gelap bawah mata adalah masalah yang semua orang hadapi. Memang tak lari dah. Banyak faktor kenapa bawah mata boleh jadi gelap.
Salah satunya adalah tidak cukup tidur dan juga pertambahan usia. Biasa lah tu kan. Dan ada juga lah punca - punca lain kenapa bawah mata kita gelap.
Lingkaran hitam bawah mata boleh akibatkan muka kita nampak tak bermaya, tak segar, bawah mata pun nampak berkedut, nanti orang kata dah macam muka orang sakit.
Biasanya, korang buat apa kalau nak hilangkan gelap bawah mata ni, kalau macam sis memang dah dap dap dengan foundation sebab nak tutup gelap bawah mata.
Tapi tak membantu juga. Nampak jugak gelap bawah mata tu.
Eye Mask Untuk Menghilangkan Mata Panda Dan Mencerahkan Warna Kulit
Eye mask dipakai di bawah bahagian mata sahaja yang mengandungi bahan - bahan aktif yang sesuai bagi penyebab mata panda.
Bagaimana nak pilih eye mask dengan betul ? Dalam pemilihan untuk membeli eye mask yang sesuai adalah sangat penting.
Faktor usia juga memainkan peranan juga. Apabila umur meningkat, bahagian bawah mata akan mula ada garis - garis halus, selain daripada lingkaran gelap bawah mata.
Begitu banyak eye mask di pasaran. Mesti macam keliru nak pilih yang mana satu kan. Jadi, di sini sis nak kongsi tips untuk korang yang tengah mencari - cari eye mask yang sesuai.
Bahan Aktif Untuk Melegakan Bawah Mata
Adalah amat penting untuk memilih bahan aktif yang sesuai untuk penyebab mata panda. Pemilihan bahan aktif yang betul dapat memberikan kesan yang optimum.
1. Kolagen Dan Hyalurinic Acid
Sis pernah baca bahan aktif yang dapat membantu menghilangkan mata panda salah satunya kena mengandungi kolagen dan hyaluronic acid.
Pertambahan usia menyebabkan kulit bawah mata makin menipis. Fungsi kolagen adalah untuk menganjalkan kulit.
Hyalurinic acid pula membantu pembentukan kolagen pada kulit. Kedua - dua bahan ini akan membantu menganjalkan kulit bawah mata.
Selain itu, ia dapat mengurangkan penampilan kantong mata.
2. Kafein
Tahu tak korang yang bahan aktif seperti kafein ini juga membantu mencerahkan kulit dengan mengnyahkab sel - sel kulit mati.
Mata panda terjadi kerana kurang tidur yang mencukupi. Bila tidur kurang cukup, mata akan cepat rasa letih.
Fungsi lain kafein selain dapat mencerahkan warna kulit, ia juga dapat membantu kawasan mata berehat dan lebih segar dan tidak sembap.
3. Allantoin untuk alergi di sekitar mata
Bahan allantoin memiliki sifat anti-inflamasi. Kulit bawah mata hitam dan membengkak boleh menyebabkan alergi.
Sesiapa yang dah tahu manfaat Aloe vera juga dapat membantu untuk meredakan iritasi bawah mata.
4. Niacinamide Dan Vitamin C
Eye mask yang mengandungi bahan niacinamide juga memang terkenal untuk mencerahkan warna kulit. Selain itu, niacinamide juga dapat menegangkan kulit di sekitar area mata.
Tidak lupa juga vitamin C dan antioksidan juga dapat mencerahkan kulit.
Review Lanbena Eye Mask Retinol 5X Dan Vitamin C 4X
Ini bukan paid review ya. Memang sis tengah cari solusi nak hilangkan mata panda sis ni sebab nampak jelas sangat.
Kedua - dua eye mask ini sebenarnya seller yang cadangkan. Sebab dia tanya umur sis. Disebabkan umur dah meningkat, memang disarankan untuk pakai bahan yang ada retinol juga.
Sama juga dengan skincare, penggunaan retinol dalam skincare sangat - sangat direkomenkan untuk masuk dalam list skincare. Itu list skincare. Yang eye mask untuk penjagaan mata juga tidak terkecuali.
1. Lanbena Eye Mask Retinol 5X
Untuk eye mask retinol 5X, dalam satu bekas ada 30 pasang. Maksudnya 60 keping. Kalau korang pakai hari - hari memang cukup untuk 30 hari.
Kalau korang ada garis - garis halus bawah mata siap pakej lingkaran gelap bawah mata, memang sesuai pakai yang ini.
Eye patches dalam satu bekas ni memang sangat lembap. Bentuk separuh bulan sabit dan direka khusus untuk letak bawah mata.
Sesuai juga untuk kulit sensitif dan juga melembapkan bawah mata. Sepanjang sis pakai eye mask tak ada iritasi pun.
2. Lanbena Eye Mask Vitamin C 4X
Untuk Eye Mask Vitamin C 4X ini fungsinya adalah untuk mencerahkan bawah mata. Dalam bahan eye mask ni, ia ada antioksidan dan dapat memudarkan bahagian gelap bawah mata.
Cara Pakai Eye Mask Lanbena
Kedua - dua eye mask retinol dan vitamin C ini ada cara nak pakai macam mana. Untuk eye mask retinol boleh pakai pada sebelah malam.
Untuk eye mask vitamin C boleh pakai sebelah siang. Korang nak pakai selang sehari pun boleh tak ada masalah.
Sebelum itu, kena bersihkan muka bersih - bersih baru letak eye patches bawah mata. Dalam bekas dah ada sudu khas untuk ambil eye patches. Tak perlu guna tangan.
Pakai dalam 10 - 15 minit, kemudian boleh tanggalkan dan urut lembut sekejap.
Kesimpulan
Dengan pakai eye mask, ini adalah salah satu cara hilangkan gelap bawah mata. Tapi kalau korang asyik tidur lewat balik memang akan ada balik mata panda ni.
Semestinya kalau nak mata sihat, lifestyle pun kena jaga. Tidur yang mencukupi. Sebab tak cukup tidur ni tak boleh nak elak dah.
Nak lagi segala kerja sekarang menghadap skrin telefon dan skrin komputer. Jadi, kalau korang yang ada lingkaran bawah mata yang degil, elok sentiasa amalkan pakai eye mask.
Sesiapa yang berminat untuk pakai eye mask Lanbena, boleh tengok Vtiamin C eye mask dan Retinol eye mask
Post a Comment