Salam semua, sira labu Kelantan adalah makanan tradisional yang biasanya dihidangkan semasa majlis kahwin. Eh , tak ada lah nanti bila majlis kahwin je majlis lain pun ada juga.
Sira labu ini adalah menu yang wajib ada sebagai pencuci mulut.
Seingat sis dulu kan kalau kat kampung, bila ada majlis, satu periuk besar buat sira labu. Setiap kali tiba nya bulan ramadan, memang akan keluar menu sira labu untuk jualan.
Hakikatnya, sira labu Kelantan memang manis. Tapi janganlah cop semua orang Kelantan ni suka makan manis amat. Sis orang kelate pun memang tak suka sangat manis.
Biasanya dalam resepi ada letak kapur. Kapur tu fungsinya adalah supaya labu tu tak hancur sangat. Walaupun dah masak pun, memang tekstur labu tu keras dan tak lembik.
Senang nak buat sira labu Kelantan sebab bahan yang digunakan tak banyak. Dah banyak kali buat sira labu sejak rajin tanam labu ni.
Masa tuai buah labu ada dalam 3 biji labu yang dah matang, Tak berapa nak jadi sangat buah sebab nak kacuk bunga labu tu bukan senang juga.
Dulu bukan peminat labu pun, tiba - tiba asyik buat sira labu makin lama dah tersuka. Cumanya untuk sira labu kali ini memang sis tak letak pun kapur.
Sis nak elak letak kapur ni. Bila buat sendiri ni pandai - pandai la kan, nak manis pun ikut tekak kita.
Nak buat sira labu air tak perlu banyak letak sebab labu akan keluarkan air.
Kalau letak banyak air nanti labu terlebih empuk.
Resepi Sira Labu Kelantan Tak Letak Kapur Dan Kurang Manis
Bahan - Bahan
1 biji labu sederhana dibuang kulit, biji dan dipotong memanjang
2 helai daun pandan diikat
Gula melaka secukupnya ( yang ni terpulang nak letak 1 1/2 keret pun boleh )
1/2 cawan air
Garam secukup rasa ( boleh guna garam kasar )
Cara - Cara
1. Bersihkan labu. Dibelah dua. Kemudian dibuang kulit dan biji. Dipotong dan kemudian dibasuh bersih.
2. Sediakan periuk lebih baik guna periuk non stick. Masukkan daun pandan
3. Susun potongan labu dalam periuk.
4. Gula melaka patahkan jadi 4 dan letak celah - celah labu.
5. Masukkan garam dan air.
6. Letak atas dapur, periuk kena tutup dan biarkan mendidih.
7. Sambil tu selalu buka tudung periuk jangan bertutup lama sangat nak boleh ke empuk. Nanti labu terlembik pulak.
8. Nanti, akan nampak air labu akan keluar . Sentiasa guna api sederhana biar ia reneh sampai nampak air labu tu surut sikit.
9. Boleh cuba cucuk dengan garfu nampak dah empuk elok boleh tutup api.
10. Sedap makan sejuk simpan dalam peti.
first time saya dengar sira labu hehe boleh cuba kalau ada beli labu lebih nanti... selalu buat masak lemak labu je
ReplyDeletePost a Comment