Salam semua, ada tak sini yang selalu ada masalah penyakit kuku, terutamanya masalah kuku kaki. Selalunya kalau penyakit kuku di kaki yang femesnya mesti cagu kuku.
Yang kuku cengkam tu, maksudnya kuku dah tumbuh dalam daging. Sis pernah kena zaman sekolah menengah dulu. Sampai mak bawa ke hospital untuk minor operation.
Korang tahu tak apa masalah kuku kaki yang biasa terjadi. Mungkin ramai yang tak tahu kan sebab masalah kuku kaki ni kadang - kadang ada orang yang ambil remeh.
Tapi sebenarnya kalau tak dirawat lagi mudarat. Jom ambil tahu apa masalah kuku yang biasa terjadi.
Masalah Kuku Kaki Yang Biasa Terjadi
1. Sindrom Nail -Patella
Mungkin ada yang tak pernah dengar. Tapi sindrom nail-patella ini mungkin agak jarang berlaku. Hanya akan menjejaskan kira-kira 1 dalam 50,000 orang.
Jika dibiarkan begitu sahaja, ia tetap berbahaya. Untuk pengetahuan kalian, sindrom ini akan mengakibatkan individu mengalami kecacatan atau kehilangan kuku tangan atau kuku kaki serta menjejaskan sendi tulang lain seperti lutut, siku atau pinggul.
Ia disebabkan oleh mutasi ginetik. Penyakit ini masih lagi tiada penawar. Sekiranya ada masalah ini, cepat - cepat jumpa doktor.
2. Finger Clubbing ( Perubahan Bentuk Jari Dan Kuku )
Jari belantan ( finger clubbing ) di mana keadaan kuku akan berubah dan menjadi seperti sebuah belantan akibat masalah kesihatan yang lain.
Keadaan ini akan menyebabkan bentuk dan tekstur kuku berubah. Individu yang pernah mengalami penyakit jantung, penyakit paru - paru, kanser dan gangguan gastrousus mungkin lebih berisiko.
Selain itu, masalah ini juga disebabkam oleh ginetik.
Simptom yang berlaku untuk finger clubbing adalah :
2. Kuku kaki akan membengkok ke bawah
3. Kuku kaki akan membonjol di depan
4. Kuku kaki akan melembut di atas
5. Kuku kaki kelihatan seperti sedang terapung
6. Sudut kuku dan kutikula yang tidak selari
3. Kuku Kaki Yang Cedera
Kuku kaki boleh mengalami trauma juga ataupun cedera. Ini disebabkan antaranya oleh gesekan, geseran, tekanan atau hentakan langsung.
Akibatnya, kuku jari kaki mungkin mengalami perubahan pada warna, bentuk atau tekstur yang lebih gelap dan tebal.
Lebih teruk lagi sekiranya tercabut dari soket.
4. Kuku Cengkam ( Cagu )
Cagu atau kuku cengkam adalah masalah kuku kaki yang tumbuh ke dalam. Kuku kaki yang tumbuh ke dalam ni sakit ya. Lama - lama nanti ibu jari kaki nampak merah dan bengkak.Sis selalu kena dekat ibu jari kaki. Kalau biarkan lama lagi, dekat kuku yang termasuk ke dalam tu akan nampak kuning maknanya dah ada nanah dalam tu.
Masalah cagu ni adalah kesilapan semasa nak potong kuku. Tahu tak kuku kaki ni lambat nak tumbuh nak banding kuku jari.
Mungkin juga berlaku akibat kecederaan yang lain menyebabkan punca bahagian sisi atau bucu kuku itu lebih tajam.
Jadi, cara potong kuku kena ada cara. Kalau nak potong kuku kaki ni, biasanya sis suka potong ikut bentuk kuku maksudnya jadi melengkung. Itu yang jadi cagu tu.
Sebab itu, orang kata kuku kaki tak apa lah biarkan panjang lebih sikit baru senang nak potong. Hati - hati lah semasa nak potong kuku kaki.
Kalau dah macam teruk sangat kaki jadi bengkak, kemerahan, ada nanah cepat - cepat pergi jumpa doktor.
5. Jangkitan Kuman
Terkena jangkitan kuman dekat bahagian kuku kaki masalah yang selalu biasa terjadi kepada individu.
Sekiranya ada simptom seperti di bawah, segera berjumpa dengan doktor.
2. Kuku kaki berbau agak busuk
3. Kuku kaki jadi tebal
4. Kuku kaki mula rosak
Terkena Jangkitan Kuman Di Kuku Kaki
Masalah kuku kaki ini ikutkan tiap - tiap tahun memang akan kena. Selalunya akan perasan bila warna kuku kaki ni berubah jadi kuning. Macam sis bagi tahu simptom tadi untuk jangkitan kuman.
Kalau nak bagi mudah faham jangkitan kulat kuku. Kalau dah jadi macam tu, nampak sangat kuku kaki kita dah tak sihat. Kaki ni ikutkan tak boleh sangat nak dalam keadaan lembap dan basah.
Selalu terkena mesti ibu jari kaki. Sebelum nak tidur mesti nak ke tandas kan. Lepas keluar tandas, pastikan lap kering bahagian kaki tu termasuk kawasan kuku kaki.
Tapi itu lah kadang - kadang terbabas naik katil terus tarik selimut sedangkan kaki kita dalam keadaan lembap.
Itu yang kadang - kadang ada kes celah - celah jari dimakan air tu. Pernah tak korang ada masalah ni.
Amirna Air Akar Kayu Membantu Untuk Masalah Penyakit Kuku
Sebenarnya tak tahu sangat kewujudan Amirna air akar kayu ni. Bila abah yang bagi tahu dia guna Amirna air akar kayu ni dekat ibu jari kaki dia.
Dia cakap membantu juga air akar kayu Amirna tu. Tapi bila dia cakap lepas titis air akar kayu kat kuku, terus jadi berbuih tandanya ada kuman dalam kuku tu. Itu yang jadi berbuih.
Mula - mula tak percaya sangat tau. Lepas tu nak tengok kat Tiktok betul ke apa yang abah cakap tu. Tengok video pun sis tak percaya lagi haaa.
Sebab air akar kayu dalam botol kecik macam ubat titis. Air tu pulak warna pink. Tiba - tiba lepas titis jadi berbuih pulak. Ajaib betul.
Akhirnya cuba la jugak sebab nak tahu, kalau menjadi memang terbaik lah. Lepas titis kat area kuku kaki yang terkena jangkitan kuman tu, terus jadi berbuih pink. Terkejut kejap.
Korang boleh tengok kalau kuku kaki yang dah tak sihat jadi macam mana. Ada yang lagi teruk pun ada. Gambar di bawah ni kredit dari google
Kiranya tak tipu la ya. Kalau titis dekat kuku sihat kan, ia takkan berbuih tau. Ia jadi berbuih bila kuku kaki dah tak sihat tandanya ada kuman dalam kuku tu.
Cara Guna Air Akar Kayu Amirna
Satu botol tu kandungan 10 ml saja. Memang pakai botol ubat titis. Pastikan lap kering kawasan bahagian kuku yang terlibat. Lepas tu baru boleh titis 2 kali sehari.
Sis biasanya titis sebelum nak tidur. Kalau korang rajin titis 2 kali sehari pagi dan malam.
Memang kena konsisten guna sebab nak nampak kesannya tu macam lambat sikit tapi berbaloi. Sis dah guna 1 bulan lebih kot.
Ada juga tertinggal tak titis. Tapi ok nampak perubahan kuku kaki semakin nak sihat. Nasib baik jumpa dengan air akar kayu Amirna ni.
Masa titis tu tak ada rasa sakit pun. Dah guna sebulan lebih pun, macam banyak lagi ubat titis tu. Harga pun murah je tak mahal sangat.
Kesimpulan
Air akar kayu Amirna ni bukan saja untuk masalah penyakit kuku saja, boleh digunakan juga untuk masalah kulit yang lain.
Boleh tengok dekat beg kuning tu ya apa masalah kulit yang lain. InsyaAllah membantu juga.
Sis review ni guna untuk masalah kuku kaki sis terkena jangkitan kuman. Alhamdulillah kuku kaki semakin sihat. Lagipun banyak orang dah review memang menjadi ubat titis ni.
Lagi satu, jaga kebersihan kaki ya ini yang penting. Pastikan kawasan kaki dan kuku ni kering jangan lembap terlalu lama terutamanya di celah - celah jari kaki.
Kalau korang ada masalah kuku kaki macam sis dan berminat untuk cuba ubat titis kuku ni, boleh klik SINI
إرسال تعليق