Salam semua, serbuk perasa ni atas pilihan masing - masing. Kalau nak guna letak dalam masakan tak ada salah pun.
Ramai yang tak sedar apa yang kita masukkan dalam masakan seperti sos, kicap semua tu semua dah ada penambah perasa kan. Boleh semak balik bahan - bahan di belakang botol tu.
Jadi, boleh dikatakan kita ni tanpa sedar memang mengambil makanan yang ada msg setiap hari. Bukan nak kata suruh berhenti pengambilan msg.
Boleh je nak ambil ikut penerimaan badan masing - masing. Ada juga yang boleh menyebabkan alahan disebabkan MSG. Tapi tidaklah serius sangat.
Terlalu ambil makanan yang tinggi dengan monosodium glutamate adalah tidak bagus juga untuk tubuh.
Serbuk Perasa Tanpa MSG Dari Ocean Papa
Sekiranya korang nak beralih kepada serbuk perasa tanpa MSG pun lagi bagus. Yang ini pun sis beli sebab terasa nak kurangkan perasa - perasa yang ada MSG ni.
Sebab itu sis pilih serbuk perasa tanpa MSG dari Ocean Papa. Sis ambil serbuk cendawan dan serbuk ikan bilis.
Kenapa sis ambil 2 serbuk tu ? Mushroom seasoning ( serbuk cendawan ) dan serbuk ikan bilis, ia tak ada langsung MSG. Ke semuanya 100% dari cendawan dan ikan bilis segar.
Serbuk Perasa Cendawan Sebagai Pengganti MSG Dalam Masakan
Kali pertama nak guna serbuk perasa cendawan, baunya tu dah macam chicken stock sekali bau padahal serbuk perasa cendawan.
Serbuk perasa cendawan ini boleh menggantikan MSG dan diperbuat daripada cendawan shitake.
Nak masukkan dalam apa jua jenis masakan pun boleh. Sis pernah masukkan serbuk cendawan ni buat maggi sup. Letak dalam sayur goreng.
Letak dalam sup sayur pun boleh. Bihun pun boleh. Tak kisah korang nak letak dalam masakan macam mana.
Yang penting, serbuk perasa cendawan ini, ia rendah sodium, tanpa bahan pengawet, tanpa tambahan gula, ada vitamin B dan kalsium.
Serbuk Ikan Bilis 100% Dari Ikan Bilis Segar
Serbuk ikan bilis ini menggunakan 100% ikan bilis segar. Memang halus serbuknya. Sangat sesuai kalau korang buat nasi goreng kampung sebab sis selalu letak serbuk ikan bilis ni dalam nasi goreng.
Serbuk ikan bilis ni tak ada MSG, tanpa pewarna dan bahan pengawet. Boleh pelbagaikan kalau nak guna serbuk ikan bilis ni.
Sama ada nak tabur pada makanan yang telah dimasak. Untuk buat bubur pun boleh masukkan.
Kesimpulan
Cara nak simpan serbuk ni dah tak payah salin dalam bekas lain tau. Sebab packaging dia tu boleh tutup kemas selepas buka bahagian atas tu.
Jadi sesiapa yang nak bertukar kepada serbuk perasa tanpa MSG, boleh cuba dari Ocean Papa ni sebagai pengganti MSG dalam masakan. Sekiranya korang nak cuba boleh tengok sini ==> Serbuk cendawan dan serbuk ikan bilis
Post a Comment