Tips Kurus Dengan My Kunyah | Snek Sihat Untuk Diet

Salam semua, pengaruh TikTok sis banyak beli makanan je. Disebabkan video lalu - lalang FYP, dah terjebak beli. Seller ni banyak tau dia buat variasi untuk snek sihat. Nama pun dia letak My Kunyah. 

Makanan diet sihat

Memang nak mengunyah je kerja. Yang sis ambil ni rejer - rejer yang dah dipotong bahagian tepi. Tak cantik sikit tapi masih lagi boleh makan. Takkan nak buang kan. 

Menu Diet Sihat Brownies Bar Tanpa Gula Putih, Marjerin Dan Tepung

Selain daripada diet suku suku separuh, korang yang baru nak mencuba snek sihat ni, korang boleh cuba untuk beli rejer - rejer ni terlebih dahulu. 

Dalam banyak - banyak pilihan yang ada tu, sis berkenan nak cuba yang brownies bar sebab sis suka coklat. 

Nampak macam brownies tapi bukan ada tepung pun dalam tu. Salah satu bahan utama yang ada dalam tu adalah rolled oats. 

Makanan diet sihat

Apa yang penting, brownies bar ni ia rendah kalori, kaya serat dan protein. 

Yang bestnya, seller letak dalam kotak. Sis beli dalam 2 paket. Kedua - dua paket adalah brownies bar. Seller ada bagi free gift protein bar satu paket. 

Dah makan sedap sangat, tak ingat dah protein bar mana satu nak ambil gambar pun lupa. 

 Dalam kotak tu, dah ada siap - siap cara nak simpan macam mana bila dah sampai kat tangan. 

Brownies bar ni tak ada gula putih ya. Ia tak manis sangat. Best sangat kalau nak buat untuk kudapan. Kudapan yang ketagih. Asyik kunyah - kunyah sepaket pun habis terus. 

100% Original Homemade 

Seller buat 100% orginal homemade dengan penuh kasih sayang. Terfikir macam mana dia boleh reka macam - macam jenis pelbagai perisa. 

Cara Betul Untuk Penyimpanan

Disebabkan ini adalah makanan yang kena post. Nasib baik tak kena peram. Selamat sampai dalam 2 hari bekerja. 

Makanan diet sihat

Dah sampai tu, boleh je nak letak dalam suhu bilik. Tapi jangan lama sangat dalam 3 hari. Sebab sis ada makan terus hari dah sampai tu. Ok masih sedap. 

Nanti dalam kotak, seller ada bagi nota kertas macam mana cara nak simpan produk ni. 

Tapi, lagi best dan sedap kalau simpan dalam peti. Makan time sejuk - sejuk tu lagi nikmat. Tak keras pun, lembut. 

Tak sempat simpan lama kot korang, asyik mengunyah. Sekejap dah habis. Percaya lah. dah habis boleh restock balik. 

Tips Diet Sihat Dengan Produk My Kunyah

Produk My Kunyah ni banyak jenis tau. Di antara menu - menu yang ada adalah : 

1. Brownies bar 
2. Kek batik protein
3. Protein bar 
4. Choco nut bar
5. Almond bar 
6. Fit bar 
7. Kukis Jumbo 
8. Popnola

Produk My Kunyah ini sesuai untuk korang yang tengah nak jaga makan. Nak elak manis gula putih, nak elak tepung. 

Jadi, kalau korang nak diet try lah makan yang ni. 

Makanan diet sihat


Kesimpulan

Sekarang ini dah ramai yang ada kesedaran nak jaga kesihatan. Baguslah macam tu. Penyakit sekarang ni umur muda - muda dah kena penyakit. 

Dah ramai yang review produk My Kunyah ni dan sis sendiri pun beli. Memang sedap. Kalau boleh nak repeat lagi. 

Sekiranya korang berminat nak beli produk My Kunyah ini, boleh tengok sini ==> My Kunyah


Post a Comment

Previous Post Next Post