Salam semua, cuba google tapi tak ramai ya yang review pengalaman pergi ke Pulau Suri. Tak berkesempatan betul nak menaip. Pergi tahun lepas lagi.
Gambar - gambar dan video penuh dalam phone. Banyak ambil video dari ambil gambar. Jadi, terpaksa screen shot dari video.
Pintu depan nak masuk Pulau Suri. Sebelum masuk kena bayar harga tiket |
Kalau tempat viral di Kelantan memang sis ketinggalan sikit. Sebab tak ambil tahu sangat.
Kebetulan berpakat dengan anak beranak yang lain nak pergi ramai - ramai ke Pulau Suri. Nak tengok dengan mata sendiri yang selalu orang sebut - sebut Pulau Suri.
Pasar Terapung Pulau Suri Kelantan ( Pasar Terapung Malaysia )
Banyak tempat menarik di Kelantan sebenarnya . Salah satunya Pasar Terapung Pulau Suri. Sebut saja pasar terapung mesti kaitkan dengan Thailand.
Di Thailand memang terkenal dengan pasar terapung, satu dunia dah tahu.
Di Malaysia pula salah satunya di negeri Kelantan juga ada pasar terapung. Salah satu cara untuk merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Kelantan.
Untuk pengetahuan semua, Pulau Suri atau lebih dikenali sebagai Kampung Pulau Suri adalah sebuah kampung nelayan tradisional di jajahan Tumpat, Kelantan.
Seingat sis semasa orang heboh pasal pasar terapung, Pulau Suri merupakan salah satu pasar terapung yang terawal di Malaysia.
Jadi, ini satu pengalaman menarik untuk pengunjung yang datang ke Pulau Suri.
Bertolak Dari Jeti Kuala Besar Untuk Ke Pulau Suri
Mungkin ramai yang tak tahu, nak pergi ke Pulau Suri ada 2 jalan. Bukan jalan darat tapi kena pergi dengan jalan air. Kena naik bot nak ke Pulau Suri.
Jadi, jeti yang ada nak ke Pulau Suri adalah :
1. Jeti Kuala Besar
2. Jeti Kok Majid
Semasa sis nak pergi sini, dah berpakat dengan anak beranak yang lain nak berkumpul dekat jeti Kuala Besar. Sebab anak beranak belah sana dari Rantau Panjang dan Pasir Mas. Sis pulak dari Kota Bharu.
Bertolak dari Jeti Kuala Besar ke Pulau Suri |
Jeti Kuala Besar ni dari Kota Bharu. Manakala Jeti Kok Majid dari Tumpat. Kalau dari Kota Bharu ni akan lalu jalan di hadapan Warung Pak Mat Pulau Pisang dan juga Restoran Suwarin Jinda.
Ini antara restoran yang korang wajib singgah kalau ke Kelantan.
Sis pergi hari Sabtu bertolak dalam pukul 10 pagi lebih. Dah nak sampai kat tempat jeti tapi tak perasan jalan tu tiba - tiba penuh sesak dengan kereta kiri kanan jalan yang tengah parking.
Mula - mula ingat ada kenduri ke, rupanya memang dah sampai pun. Sebab dah terlepas jalan masuk nak parking dalam.
Pusing balik, tengok dari jauh, penuh dengan kereta di tambah lagi dengan kereta parking kiri kanan dekat jalan lagi.
Tengok macam luas tempat parking dalam tapi tak berani nak masuk takut penuh. Maklumlah cuti hujung minggu.
Buat keputusan nak parking tepi jalan dan jalan kaki nak ke tempat jeti. Jauh jugak tempat parking dari jalan masuk nak ke jeti tu.
Selesai urusan parking tepi jalan tepi rumah orang, ada makcik dari rumah tersebut tegur.
Dia cakap nak ke jeti, lalu ikut jalan belakang rumah dia. Terpinga - pinga kejap sebab macam jauh. Lepas tu, dia cakap dekat je.
Tapi bila dah masuk jalan kaki lalu lepas kawasan semak sikit ada nampak bangunan. Sebaik jejak kaki kat situ nampak penuh kereta parking dalam.
Cuaca masa pergi tu tengah panas, terik atas kepala, nasib baik bawa topi pakai. Baru lah nampak jeti tempat orang lain berkumpul.
Sis call yang lain, berkumpul dengan yang lain dekat jeti situ.
Pengalaman Ke Pasar Terapung Pulau Suri Kelantan
Dekat jeti Kuala Besar memang ramai pengusaha bot kat situ. Kadang - kadang ada yang tanya nak pergi dengan bot dia pun boleh. Tapi kena kumpul - kumpul dulu biar cukup untuk naik satu bot.
Tak boleh terlalu ramai risau terbalik pulak. Ada bot besar dan ada juga bot yang kecil. Hari hujung minggu penuh memang ramai orang.
Dah cukup orang semua, kami naik bot cukup satu famili besar dalam bot tu. Ada jaket keselamatan, baik pakai ya kalau tak pandai berenang. Sis terus pakai.
Wajib ya pakai jaket keselamatan. Buat apa bayar tapi tak nak pakai kan |
Perhati jugak dalam bot tu ada juga yang tak pakai. Kalau dari segi aspek keselamatan, memang setiap bot, pemilik bot sediakan jaket keselamatan.
Untuk pengalaman ini, sis ringkaskan apa yang boleh membantu untuk korang yang nak berjalan - jalan di Pulau Suri Kelantan.
1. Harga Tiket Dan Waktu Operasi
Nak pergi ke Pulau Suri walaupun naik bot ada dikenakan bayaran. Untuk harga pergi dan balik bagi setiap orang adalah RM 3 setiap seorang.
Maksudnya tiket pergi RM 3 dan tiket pulang balik ke jeti semula RM 3. Jadi RM 6 seorang untuk pergi dan balik.
Bot memang banyak jangan risau. Ramai pengusaha bot kat sini kebanyakannya penduduk setempat dan merupakan salah satu punca pendapatan mereka.
Manakala untuk waktu operasi bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Hari beroperasi pula adalah hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.
Dah sampai Pulau Suri, nak masuk dalam tu ada harga tiket. Bayaran dikenakan RM 2 setiap seorang.
Tapi kalau tengok dekat facebook page Pulau Suri ni, kadang - kadang untuk hari cuti sekolah pun buka. Jadi, korang kena selalu tengok dekat facebook page Pulau Suri sekiranya ada update.
2. Fasiliti Yang Disediakan Di Pulau Suri
Sebenarnya, Pulau Suri sudah dinaik taraf dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang ada untuk keselesaan pengunjung.
Nak cari tempat letak kereta mudah, masuk ke dalam sikit kawasan jeti tu sebenarnya luas lagi tempat parking.
Tapi ada juga pengunjung yang parking dekat luar. Boleh je nak parking dekat tepi kiri kanan jalan tapi jangan menghalang laluan masuk rumah orang pulak.
Baru lepas makan. Kat sini ada sediakan meja makan tapi kena siapa cepat dia dapat |
Nak jalan tu jauh sikit kalau nak masuk melalui pintu utama jeti. Apa yang sis perhatikan di sini, di antara kemudahan yang disediakan di Pulau Suri adalah :
- Kemudahan bot untuk pergi dan balik
- Tempat letak kereta ( harga RM 2 )
- Tandas
- Bilik sembahyang
- Gerai makanan sama ada atas darat ataupun makanan yang disediakan penjual di dalam bot semasa berada di Pulau Suri
Dah sampai Pulau Suri, jangan risau tandas dan bilik solat ada disediakan. Kerusi tempat makan pun ada.
Ada yang sewa tikar sebab nak duduk macam ala piknik. Sewa tikat tak silap RM 1. Semasa sis pergi sana memang ramai sungguh orang, kena rajin sikit nak cari meja makan kosong.
3. Pelbagai Aktiviti Menarik Di Pasar Terapung Pulau Suri
Untuk menikmati pengalaman unik di sini dan mengenali budaya penduduk setempat, pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung.
- Berpeluang untuk merasai pelbagai jenis makanan tradisional Kelantan.
Ada banyak jenis makanan yang dijual di Pulau Suri. Jadi, korang jangan risau takut lapar semasa kat sana.
Macam - macam ada. Sis berpeluang makan kerabu nipah yang dijual oleh penduduk setempat. Susah tau nak jumpa sebab jarang orang buat.
Tak membeli sangat cuma dahaga beli air dan makanan sikit. Yang dalam bekas tu kerabu nipah |
Jalan - jalan sekitar kawasan bot atas air kebanyakan kat sini jual makanan |
Dekat sini juga korang akan tengok makanan yang dijual atas bot yang tengah menunggu kedatangan pengunjung. Boleh dapat rasa pengalaman beli makanan atas bot.
Sis sambil lalu tengok - tengok jer makanan yang dijual atas bot. Kat sini, ia ada 2 bahagian tempat jual atas bot dan satu lagi kawasan dengan gerai jualan lain.
- Menikmati Pengalaman Naik Bot Ke Pasar Terapung Pulau Suri
Sis tak pernah naik bot, ini pengalaman kali pertama. Bot banyak disediakan. Untuk korang yang baru nak merasai pengalaman naik bot boleh ke sini.
Sepanjang pergi dan balik, memang tak putus berselisih dengan pengunjung dari bot yang lain. Siap lambai - lambai pulak.
Sambil - sambil boleh menikmati alam semulajadi yang tenang dengan pokok nipah kiri kanan. Cumanya cepat sangat dalam 8 minit dah sampai Pulau Suri. Ikutkan nak lama lagi atas bot sebab tak puas.
- Ambil Foto Untuk Kenangan Dengan Pemandangan Yang Unik
Pemandangan yang unik dekat sini sebab ada pasar terapung dengan suasana tradisionalnya.
Dan juga banyak "spot" menarik yang boleh dijadikan untuk korang ambil gambar ataupun video untuk kenangan.
- Dapat Belajar Tentang Budaya Dan Tradisi Masyarakat Setempat
Dekat sini juga, korang boleh kenal dengan lebih dekat tentang budaya dan tradisi masyarakat sini. Kalau yang luar daripada Kelantan cuba berinteraksi dengan penduduk setempat.
4. Tips Untuk Ke Pulau Suri
Kalau tak ada halangan boleh datang awal sis pergi dalam pukul 11 pagi sampai, penuh orang dekat jeti.
Sis pergi semasa tengah musim panas. Kena sediakan topi bawa terus. Ada juga berhampiran dekat jeti ada gerai yang jual topi kalau nak beli.
Semasa nak naik bot dengan topi kena hati - hati sikit takut terbang topi, naik bot tak payah pakai tak apa pegang sekejap. Bot pun berbumbung.
Pakai pakaian yang mudah nak melangkah. Seeloknya pakai seluar nak langkah naik turun bot ni senang. Satu lagi bila dah sampai kat jeti Pulau Suri, bot - bot ini semua berhenti nak dekat antara satu sama lain.
Hati - hati dengan tangan semasa pegang atau sentuh bot takut terkepit tangan. Tak kira lah tiang besi di bot tersebut.
Sediakan duit cash sebab nak bayar harga tiket pergi dan balik. Nak bayar harga tiket masuk Pulau Suri lagi. Nak bayar tempat parking kalau nak parking dalam.
Jalan - jalan sekitar gerai -gerai yang ada di Pulau Suri |
Nak bayar harga makanan lagi. Makanan kat sana pun harga standard tak mahal sangat.
Nak balik ke jeti balik sama ada jeti Kuala Besar atau jeti Kok Majid. Pastikan bot yang dinaiki adalah dari jeti tertentu.
Nanti tertukar, naik - naik pergi jeti lain pulak. Tapi tak apa, orang yang bawa bot tu awal - awal dah laung ni bot dari jeti sekian - sekian.
Review Pulau Suri Kelantan
Pulau Suri ini adalah salah satu tempat pelancongan di Kelantan. Ini salah satu promosi untuk pengunjung di luar sana kenal lebih dekat dengan keunikan budaya orang Kelantan.
Satu pengalaman menarik untuk sis cuma tu lah maklumlah buka hujung minggu ataupun cuti sekolah ni tengah ramai orang.
Penuh orang maklumlah hari cuti |
Sampai Pulau Suri dulu, sis tak jangka ramainya orang. Penuh satu pulau. Jadinya macam bising ditambah pulak ada satu brand ni tengah buat promosi kat sini. Dengan suara speakernya.
Sebelum nak balik ke Jeti Kuala Besar, sis ingat nak pergi tandas dulu. Memang kat sini ada semua kemudahan. Tapi itu lah ada kelemahan di mana - mana pun.
Dah sampai tandas tapi nasib baik tak masuk lagi dalam bilik toilet. Dah ada orang bersungut tak ada air dalam toilet. Seriau sis terus tak jadi nak masuk.
Tak tahu lah mungkin time tu memang ramai orang sis pun terfikir - fikir kat pulau ni air tu saluran macam mana ?.
Berkumpul dekat jeti sebelum naik bot untuk balik semula ke Jeti Kuala Besar |
Kesimpulan
Yang ini pengalaman pergi dari jeti Kuala Besar. Dari jeti Kok Majid tak pernah pergi lagi. Pulau Suri ni ada satu lagi di Pulau Suri ( Sri Tanjung ) namanya.
Dulu orang tak kenal pun tempat ini. Sejak kewujudan Pulau Suri semakin ramai pengunjung yang datang ke sini.
Walaupun dikenali dengan pasar terapung untuk membeli - belah, Pulau Suri ini juga adalah satu tempat untuk mempromosikan warisan dan budaya setempat.
Dalam masa yang sama, ia adalah salah satu langkah untuk meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
Diharapkan segala harga tiket tu tak naik harga dah. Buat korang yang ingin menikmati keunikan pengalaman di Pulau Suri, Jom berkunjung ke sini.
Post a Comment